Alamak!
Terkejut pula bila baca wassap dari suami. Kalau dia balik lambat, biasanya dia lapar. Mesti dia nak makan. Kebetulan hari ni aku tak masak pula. Harunya.. harunya..
Apa perlu dibuat ni, ya Allah? Tetiba teringat ada nasi baki pagi tadi. Kalau nak masakan yang cepat, nasi gorenglah jawapannya.
"Nak nasi goreng tak?"
"Nak. Saya otw balik."
Alamak!
NASI GORENG DAGING BURGER
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
3 cawan nasi sejuk
1 keping daging burger - dicincang
2 batang sosej - dipotong serong
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah - dihiris
2 biji lada hijau - dipotong serong
2 inci karot - dihiris halus
3 sudu besar kicap manis
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Jomlah kita memasak...
Bahan utama, nasi putih
Antara bahan-bahannya seperti bawang putih, bawang merah, lada hijau, karot, daging burger cincang dan sosej yang telah dipotong serong.
Mula-mula kita panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah. Kacau sedikit. Bila sudah layu, masukkan pula lada hijau. Kacau lagi.
Masukkan pula daging burger cincang. Renjiskan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga daging burger separuh masak.
Seterusnya masukkan pula sosej. Kacau lagi sehingga sosej masak.
Selepas itu masukkan pula karot. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan nasi. Masukkan juga garam dan gula secukupnya. Renjis sedikit lagi serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit kicap untuk memeriahkan warna nasi goreng kita. Kacau lagi. Lagi. Lagi dan lagi sehingga semuanya bergaul rata dan mesra.
Yeaaaaa.. ini dia hasil masakan kita. Bolehlah kita hidangkan bersama telur goyang, timun dan tomato 🍅🍅. Sedapnya nikmat Allah ini.
Jemput makan kawan-kawan..
Makan sosej makan burger,
Nak makan apa lagi mak bertanya;
Biarpun nasi goreng hanya bubuh daging burger,
Rezeki Allah, tetap sedap rasanya.
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan