Sabtu, 14 September 2019

Talam Keladi Sukatan Cawan

Warna ungu yang menggoda di atas kulit putih bersih yang lembut. Ohhh.. Sedapnya!




Ini adalah hasil kali kedua. Hasilnya adalah menjadi dengan cemerlang. Rasanya pun sedap. Tekstur juga lembut elok. Pendek kata Mak Hencik sangat berpuas hati. Rasa seronok sekali.



Kata orang.. Perkara yang baik ni elok untuk kita kongsikan dengan orang lain juga.  😜😜😜




RESEPI KUIH TALAM KELADI
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Blog Sinar Kehidupan ku (blog kuih talam paling best)

Bahan-bahan

Lapisan bawah

2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan ubi keladi, dipotong kiub kecil, direbus.

(untuk lebih tepat, campuran air dan santan tu jadikan 1 liter atau 1000ml)

Lapisan atas

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
3 biji telur
1 sudu kecil perisa keladi, optional
1 sudu kecil pewarna ungu

(untuk lebih tepat, jadikan campuran air dan santan tu 750ml)

Cara-cara membuatnya

Hari ini kita menalam.. Ajommm..



Seketul ubi keladi ni kita guna 1/4 sahaja. Kopek kulitnya, potong dadu dan basuh bersih. Kemudian rebus dengan sedikit air sehingga ubi keladi empuk.



Ubi keladi yang telah empuk ditoskan. Biarkan seketika.



Sediakan loyang 10"X10". Oles bahagian bawah dan tepi loyang dengan minyak masak dan alas dengan plastik. Biar plastik melekat di loyang.

Masukkan loyang beralas plastik ke dalam pengukus. Mak Hencik guna pengukus elektrik. Biarkan dahulu. Suis pun jangan on dulu.



Langkah 1
Di dalam bekas, masukkan semua bahan A. Kacau sehingga rata menggunakan whisk.



Langkah 2
Masukkan bancuhan bahan A ke dalam periuk dan kacau selalu. Masak sehingga naik wap.



Langkah 3
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah tersedia di dalam pengukus.



Langkah 4
Taburkan ubi keladi yang telah ditoskan tadi ke semua bahagian.



Langkah 5
Balut tudung pengukus dengan kain dan tutup pengukus. Kukus selama 25 minit atau sehingga lapisan bawah masak.

Sambil itu kita sediakan lapisan atas pula.



Langkah 6
Di dalam periuk, masukkan gula.

Di dalam bekas, masukkan tepung gandum, tepung ubi, air dan santan. Kacau sehingga sebati dan tapiskan serta masukkan ke dalam periuk berisi gula tadi.



Kacau sebentar supaya gula hancur sedikit. Kemudian baharulah buka api. Kacau selalu dan masak sehingga naik wap.

Bila sudah naik wap, tutup api dan biarkan dahulu.



Langkah 7
Kembali kepada pengukus. Bila Lapisan bawah sudah masak, buka tudung kukusan. Ambil garpu dan cakar atau gores di bahagian atasnya.



Langkah 8
Bila sudah siap menggores, ambil adunan ungu tadi dan tuang ke atas lapisan putih.



Tuang semua sekali πŸ‘†πŸ‘†



Langkah 9
Kukus semula selama 25 minit atau sehingga lapisan atas atau lapisan ungu masak.



Langkah 10
Bila lapisan atas sudah masak, buka tudung pengukus dan kukus lagi 5 minit. Kali ini kita kukus tanpa ditutup.

Tujuannya supaya bahagian atas tu kering dan kuih talam lambat basi.



Langkah 11
Bila sudah masak, biarkan dahulu sehingga kuih talam kita betul-betul sejuk, lebih kurang 2-3 jam gitu. Kemudian baharulah keluarkan dari loyang.



Potonglah kuih talam dengan pisau plastik apabila kuih betul-betul sejuk untuk hasil yang cantik.

Jemput makan kenkawan semua..

Bismillah .

19 ulasan:

  1. Terima kasih kongsikan ilmu.. semoga Allah berkati hidup cik.. minta halalkan ilmu ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga Allah memberkati hidup Sam juga. Sharing is caring

      Padam
  2. Terima,kasih byk sudi kongsi resepi

    BalasPadam
  3. Jazakallah atas ilmu perkongsian. Moga Allah membekarti puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Semoga Allah memberkati puan juga😊😊

      Padam
  4. Terima kasih atas perkongsian resrpi

    BalasPadam
  5. Boleh saya tahu guna tepung beras capa apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tentu dik. Cap teratai, satu gajah..mcm2

      Padam
    2. Terima kaseh cempaka sariπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ™‹πŸ™‹πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Šsudi share

      Padam
  6. Saya guna resepi mak hencik yer..tq

    BalasPadam
  7. Allahh sedapnya... Tq resepi yg detail step by step. Keladi dah sedia ni😁

    BalasPadam
  8. Sedap ni,sy share ye..nk try buat minta ii menjadiπŸ€—

    BalasPadam