Rabu, 15 November 2017

Ayam Masak Kicap Berkuah yang Sedap tak Terkata


Orang putih kata, "Don't judge a book by it's cover."

Mmm.. apa maksudnya?

Maksudnya...  kalau kita nak menilai orang, janganlah kita tengok pada kecantikan luaran sahaja. Adalah lebih baik jika kita melihat kecantikan dalamannya sekali.

Ini bukanlah bermaksud kita kena jadi gatai tangan dan gatai mata pergi menyelak kain dan baju orang tersebut untuk melihat kecantikan fizikal di dalamnya. Hohoho.


Tapi biasalah.. Kitakan manusia biasa. Dasar manusia yang gilakan dunia (huhuhu).. Kalau nampak orang kaya, dengan lagak macam putera raja, bergaya, memakai pakaian berjenama, banyak duit, banyak harta pasti sedikit-sebanyak penilaian kita akan terlari juga.. Terpengaruh juga kita ni..hahaha.


Setiap yang Dia ciptakan pasti ada buruk dan baiknya. Hendaklah kita sentiasa ingat di sebalik sesuatu kejadian, ada hikmahnya yang tidak kita faham sekelip mata. Mungkin ambil masa untuk kita memahaminya dan nampak kebaikannya.


Begitu juga kalau kita ternampak sesuatu yang hitam-legam. Nilailah dulu fizikal dan mentalnya. Baru kita tahu apakah rasanya...


Hitam-hitam si tampuk manggis,

Sungguhpun hitam ku pandang manis.

Hitam-hitam si buah langsat,

Sungguhpun hitam kau sungguh lazat.

Walaupun mangkuk ini nampak hitam, tapi jangan disangka tiada ayam!


Hihihi




RESEPI AYAM MASAK KICAP BERKUAH YANG LAZAT

oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam dipotong 8
*4 tangkai cili kering. (Kalau nak pedas boleh tambah ikut darjah kepedasan masing-masing)
*1/2 inci halia
*2 ulas bawang putih
*1 biji bawang merah yang besar tu. (tak tau nama apa)
Bahan bertanda * dikisar halus. 

1/2 cawan kicap manis
2 sb sos tiram
3/4 cawan air 1 biji tomato dibelah 6
2 biji lada merah atau lada hijau
1/2 biji bawang holand dihiris besar.
1 sb tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air  
sedikit daun sup untuk hiasan


Cara-cara memasak. Jomler kita...


Langkah 1
Ayam yang dipotong 8 dibersihkan. Nak potong 9 pun boleh, nak potong 10 pun boleh. Nak potong kecil-kecil pun boleh. Tak nak potong boleh? Nak basuh dan masak separuh ekor tu? Boleh? Boleh? Arghhhhh suka hati ko ler. Dah ayam tu ko yang punya...


Langkah 2
Sesudah ayam ditos, bolehlah ambik kuali. Kalau ada kuali brand Tefal pun sekaranglah boleh guna. Boleh tunjuk-tunjuk kat kawan-kawan dalam fesbuk. Mak Hencik guna kuali cap Tepel jerrr. Huhuhu.

Bubuh minyak dalam 2 cawan ke dalam kuali. Tunggu minyak panas, barulah boleh dimasukkan ayam. Bubuh pelan-pelan jer. Bacalah bismillah dulu yea. Mohon jangan ko campak ayam tu terbang ke dalam kuali, kecuali ko nak cari nahas terpercik minyak panas pulak minah  oii.

Agak-agak dah masak, angkat ayam tu. Jangan dibiar gembira berenang di dalam minyak panas sampai legam. Kang kena sudip kepala ko tu! Mak ko yang bagi..


Langkah 3
Ni ler rupa ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.Toskan minyaknya.


Langkah 4
Ini adalah bahan-bahan yang dikisar halus. Kalau nak kisar kasar pun tak po aihhhh. Dah kita yang buat dia kan. Kalau terlebih rajin dan terlebih tenaga boleh pergi usung lesung batu dan tumbuklah dengan sekuat tenaga. Mohon jangan pulak ko pecahkan lesung pusaka nenek-moyang ko tuh. Takut-takut kali ini alu lesung pula melayang laju menuju sasaran yang tak sepatutnya.. Adoiii!


Langkah 5
Tinggalkan sedikit minyak bekas kita menggoreng ayam tadi. Tak perlu basuh kuali tu. Mmmm jimat cecair pencuci pinggan-mangkuk ayun kita. Agak-agak dalam tiga susu besar tau. Panaskan minyak.


Langkah 6
Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam kuali dengan lemah-lembut dan sopan-santun. Biar mak-mak dan mak cik-mak cik yang tengok ko jatuh suka kat hang. Kontrol-kontrol sikit jangan tercampak blender dalam kuali pulak.. Tumis sampai bahan kisar masak.



Langkah 7
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan kicap dan sos tiram. Tak payah bubuh garam gula dah. tapi kalau kita suka manis, tambahlah gula dalam 1 sudu kecil. Jangan lupa masukkan air. Kalau nak kuah banyak, tambahkan air, kicap dan sos tiram.



Langkah 8
Ini botol kicap dan botol sos tiram yang Mak Hencik guna. Terpulanglah pada hangpa nak guna jenama yang hangpa suka. Banyak jenama kat pasaran, duit kita jer yang kurennnggg..



Langkah 9
Korang hiris bawang holand, lada merah dan hijau serta tomato. Hiris jangan tak hiris. Mohon jangan dilenyek benda alah tu semua. Karang ko pulak yang kena lenyek...



Langkah 10
Masukkan tomato. Mak Hencik suka tomato tu hancur sikit supaya kuahnya ada rasa masam-masam manja giteww. Pasai tu laa Mak Hencik masukkan tomato awaii!



Langkah 11
Lepas tu masukkan lada dan bawang Holand hiris.


Langkah 12
Gaul sebati menggunakan sudip. Kalau nak guna jari-jemarimu yang halus dan runcing seperti bendi tu pun dipersilakan..Ahak hak hak. Tunggu sampai mendidih tau.


Langkah 13
Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan air. Ini kerana Mak Hencik suka kuah yang pekat sikit. Bila dan dapat kepekatan yang sesuai, tutup api dan bolehlah cari mangkuk yang bergaya.


Langkah 14
Masukkan ke dalam mangkuk bergaya dan make up kan dengan hirisan daun sup.
Sekarang dah siap untuk dihidangkan. Letak atas meja, ambiklah pinggan yang berisi nasi putih. Hahhh apalagi..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Nyum-nyum

6 ulasan:

  1. http://dapurcempakasari.blogspot.com/2017/11/ayam-masak-kicap-berkuah-yang-sedap-tak.html?m=1

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah anak saya usia 14 tahun, ada cuba ikut resepi Ayam masak kicap ni. Menjadi, cuma terlalu ghairah nak menyeprisekan mama, dia terlupa nak petik suis periuk nasi huhuhuhu. Thank you dapurcempakasari.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Semoga anak terus cemerlang.

    BalasPadam