Khamis, 16 November 2017

Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sangat Sedap.

Rasa kari kepala ikan yang Wow dengan rasa lemak santan segar. Mmmm..Sungguh Lazat!


Untungnya memasak kari kepala ikan ini ialah kita boleh makan dia sampai ke titisan kuah yang terakhir. Slurrrrrpppp

Kita boleh mulakan merasa kari kepala ikan ini dari bahagian matanya. Korek sikit dengan jari dan masukkan biji matanya ke dalam mulut. Pejam mata dan rasakan kelazatannya. Mmmm... lemak-lemak masin kari sedap rasanya.

Selepas itu bolehlah pula kita meneroka ke bahagian yang lain pula. Cubit-cubit manja dan masukkan ke dalam mulut. Mmmm... lemak-lemak masin kari sedap rasanya.

Cuma ada sedikit pantang-larang berkaitan kari kepala ikan nih. Kalau kita percaya makan kari kepala ikan ini boleh menyebabkan otak kita jadi bengap atau bangang, maka eloklah jangan dimakan. Kalau terliur sangat, masaklah banyak-banyak dan sedekahkanlah kepada jiran-tetangga dan rakan-taulan.

Habis... tak boleh rasa langsung?
Tak payahlah nak rasa... Ko ambik bau jerr... Saper suruh ko percaya...

hihihi


KARI KEPALA IKAN JENAHAK YANG SANGAT SEDAP 
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ketul kepala ikan
*1 biji bawang merah besar
*1 biji bawang putih
*1/2 inci halia
Bahan bertanda * hendaklah dikisar halus

1 cawan santan pekat dicampur dengan 1 cawan air
4 sb rempah kari ikan dicampur dengan 1/2 cawan air
3 sudu besar air asam jawa (ikut kemasaman asam jawa masing-masing)

1 biji lada hijau
1 biji lada merah
5 batang bendi
1 biji tomato dibelah empat
1 tangkai daun kari

3 sb minyak masak untuk menumis



Cara-cara memasak.

Jommmmm


Langkah 1
Pilih ikan yang hendak dimasak. Kepala ikan yang sedap dimasak kari ialah dari jenis yang besar. Mak Hencik terserempak dengan si ikan Jenahak. Jadi Mak Hencik tangkap seekor. Hangpa nak guna ikan merah boleh, kepala ikan tongkol boleh. Hatta kepala ikan Salmon pun boleh. Kalau kepala ikan keli ke, ikan belanak ke, ikan sardin ke atau ikan bilis, Mak Hencik tak pasti. Sebab Mak Hencik tak pernah buat. Hang nak try buat kaaa? Boleh ajerrr.


Langkah 2
Ikan tadi disiang dan diambil bahagian kepala sahaja. Bersihkan betul-betul. Bahagian badan yang lain jangan pulak dibuang nak oii. Mahai harga ikan nihhh. Pitam mak karang. Bahagian badan yang lain simpan elok-elok dalam peti ais.


Langkah 3
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar atau ditumbuk. Nak kisar atau tumbuk halus ke, kasar ke  terpulang. Mak Hencik blend guna blender jer.


Langkah 4
Buatkan paste kari dengan mencampur serbuk kari ikan dengan air. Mak Hencik suka letak serbuk kari daging sikit campur dengan serbuk kari ikan. 1:3 gitu. 1 sudu kari daging: 3 sudu kari ikan. Hangpa jangan dok ikut Mak Hencik sebab lidah orang lain-lain.

Biarkan dulu paste kari tadi.


Langkah 5
Panaskan kuali dan tuang minyak dengan berhati-hati. Jangan kecam kuali Mak Hencik yang tak berjenama ni. Tapi jasanya dah lebih sedekad tau. Mak Hencik cakap jer supaya korang tau. Hihihi


Langkah 6

a. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau hingga warna kuning keemasan. Kalau hangus nanti tak sedap pulak. Jeling mak mentua nanti. Jadi kacau dengan baik dan beri penuh perhatian supaya tidak sampai menjadi hitam ya. Hihihi

b. Bila bahan kisar sudah berubah ke warna kekuningan, bolehlah dimasukkan paste kari kita tadi. Kacau rata sampai kering air dan keluar minyak.



Langkah 7
Masukkan kepala ikan tu, diikuti oleh air asam jawa. Balik-balikkan kepala ikan tu biar terkena kari kita. Biar kepala ikan dan paste kari tu bergaul mesra, sehati sejiwa giteww.


Langkah 8
Masukkan santan dan air.
Bubuh garam dan secubit gula secukup rasa. Kalau korang tak suka rasa manis gula tu, tak yah lah bubuh ya. Ikut citarasa sendiri. Mak Hencik bubuh ni sebab ada orang suruh.. Huhu

Sambil-sambil tu kuah kari perlu dikacau tau supaya tidak berketul. Nanti dahlah rupa buruk, rasa pun tak sedap. Jadi kacaulah selalu sehingga mendidih.


Langkah 9
Bendi tu kalau korang tak suka, boleh tukar ikut selera masing-masing. Ada orang suka letak terung bulat atau terung panjang. Ada orang suka letak kacang panjang pun ada. Semua boleh. Bubuhlah sayuran ikut selera masing-masing. Jangan bergaduh. Tak baik bergaduh nih.


Langkah10
Apabila mendidih, masukkan bendi, diikuti dengan tomato, lada merah, lada hijau dan last but not least daun kari kita tu.


Langkah11
Tunggu sampai mendidih sekali lagi. Sambil sekali sekala dikacau supaya mesra penduduk dalam periuk ni..


Langkah 12
Inilah rupa kari kepala ikan kita pada hari ini. Mmmm nampak sangat menyelerakan. Bau kari pun dah menusuk hidung Mak Hencik nih. Apalagi.. ambiklah mangkuk bergaya untuk masukkan kari kepala ikan kita ni oii.. Dah boleh makan kita ni oii..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan