Sabtu, 19 Mac 2022

Kuih Nagasari yang sedap

Rasa lemak santan dan manis pisang yang sangat sedap. Jom buat!


Ada setandan pisang baharu sahaja Pak Hencik tebang. Separuh tandan sudah diberi kepada Siti, adik ipar yang datang berkunjung ke rumah. Maklumlah, dah lama tak berjumpa sejak pandemik covid-19 ni.

Separuh lagi ada di rumah ni lah. Hihihi. Beberapa hari lepas dah buat muffin, hari ni nak cuba buat kuih traditional pula. 



RESEPI KUIH NAGASARI

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1 cawan tepung beras

1 cawan santan pekat, Mak Hencik guna 1 kotak kecil santan kotak.

4 cawan air

2 sudu besar membukit tepung jagung

5 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam


Bahan inti

Pisang dibelah dua


Daun pisang secukupnya sebagai pembungkus kuih.


Cara-cara menyediakannya.

Jom.. jom.. jom.. kita ke dapur!


💚 Sediakan daun pisang untuk membungkus kuih nagasari.

💚Daun pisang dilayur dan dipotong mengikut saiz yang sesuai.


💚Pisang. Nak guna pisang apa pun terpulang. Pisang yang tak boleh digunakan ialah pisang rosak. Hihihi


💚Pisang dibelah dua, Ketepikan.


💚Dalam sebuah bekas merah, campurkan semua bahan kecuali gula. Kacau sehingga rata dan tidak berbintil.



💚Tapis adunan ke dalam kuali.

💚Masukkan gula.

💚Buka api dapur.



💚Kacau selalu sehingga rata. Mula-mula ringan sahaja. Lama-lama sikit nanti jadi berat. Teruskan sahaja mengacau.

💚Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.

💚Bila dah meletup-letup tu,  dah boleh tutup api.


💚Bila adunan dah sejuk sikit, bolehlah kita mula membungkus.

💚Ambil sekeping daun pisang, letakkan adunan santan ke atasnya.

💚 Kemudian letakkan sekeping pisang yang dibelah tadi..



💚 Kemudian, letakkan pula adunan santan di atas pisang tadi sehingga menutupi pisang.


💚Gulung adunan beserta pisang tadi dan lipat bahagian kiri dan kanan. Siap.



💚Bungkus sehingga habis 



💚 Masukkan kuih ke dalam pengukus dan kukus sehingga pisang masak, lebih kurang 20 minit.



💚Kuih nagasari dah masak, tutup suis pengukus.

💚Biarkan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari pengukus dan hidangkan 



 💚Jom makan kawan-kawan.

💚 Bismillah..

Selasa, 15 Mac 2022

Muffin Pisang Kayangan

 Mafin pisang ni kita tambah coklat chip premium dan kacang walnut. Rasanya memang macam kat kedai bakeri weh.. Kayangan sangat! 😂😂😂


Kalau di rumah ada pisang yang dah ranum, elok sangatlah dimasak cepat-cepat supaya pisang tidak menjadi rosak dan membazir. 

Biasa kita buat cekodok atau lempeng pisang. Sekali sekala kita buatkan mafin pula. Rasanya enak, segar dan tentunya tiada bahan pengawet.


RESEPI MUFFIN @ MAFIN PISANG COKLAT CHIP DAN WALNUT
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi:  Facebook

5 biji pisang saiz besar, dilenyek

1 1/2 cawan tepung naik sendiri ( kalau tiada, boleh guna 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat)

1/2 cawan gula petang
1/2 cawan gula, boleh kurangkan sedikit jika kurang gemar rasa manis
1/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan susu segar atau full cream kotak
1 biji telur

1/2 cawan walnut, dipanggang sekejap kemudian dipatah-patahkan
1/2 cawan coklat chip

1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perisa pisang
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis


Cara-cara membuatnya

Jom..jom kita ke dapur


💚Panggang kacang walnut dalam air fryer selama 3 minit. 
💚Bila dah masak, angkat dan Ketepikan.


💚Dalam sebuah  bekas, lenyek pisang sehingga hancur


💚Masukkan  sebiji telur, 1/2 sudu kecil seen pisang, 1/2 cawan gula petang dan 1/2 cawan gula. Gaul rata.

💚 Masukkan 1/3 cawan susu segar, 1/3 cawan minyak jagung dan 1/2 sudu kecil garam.Gaul rata


💚Adunan yang telah digaul rata.


💚 Masukkan tepung naik sendiri bersama 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis.

💚Kaup-balikkan beberapa kali sehingga rata.

💚Ambil kacang walnut tadi dan patah-patahkan supaya menjadi kecil.


💚Akhir sekali, masukkan kacang walnut tadi dan coklat chip.


💚 Kaup-balikkan dua tiga kali jer, siap.


💚 Sediakan acuan mafin. Nak yang cantik, beli yang cantik. Harga pun mahal sedikit. Jika nak yang tak cantik, beli yang tak cantik,  murahlah harganya. Kihkihkih

💚 Panaskan ketuhar selama 10 minit.

💚 Masukkan adunan mafin ke dalam acuan.

💚Nak bagi cantik, boleh letak 4 ke 5 biji coklat chip di atasnya.


💚Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.

💚Gambar menunjukkan keadaan mafin selepas 10 minit dibakar.


💚Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan tunggu sehingga sejuk sedikit.


💚Ni la dia.. kejadian muffin pada hari ini. 

💚Jemput makan kawan-kawan.

💚 Bismillah..