Sabtu, 19 Mac 2022

Kuih Nagasari yang sedap

Rasa lemak santan dan manis pisang yang sangat sedap. Jom buat!


Ada setandan pisang baharu sahaja Pak Hencik tebang. Separuh tandan sudah diberi kepada Siti, adik ipar yang datang berkunjung ke rumah. Maklumlah, dah lama tak berjumpa sejak pandemik covid-19 ni.

Separuh lagi ada di rumah ni lah. Hihihi. Beberapa hari lepas dah buat muffin, hari ni nak cuba buat kuih traditional pula. 



RESEPI KUIH NAGASARI

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1 cawan tepung beras

1 cawan santan pekat, Mak Hencik guna 1 kotak kecil santan kotak.

4 cawan air

2 sudu besar membukit tepung jagung

5 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam


Bahan inti

Pisang dibelah dua


Daun pisang secukupnya sebagai pembungkus kuih.


Cara-cara menyediakannya.

Jom.. jom.. jom.. kita ke dapur!


💚 Sediakan daun pisang untuk membungkus kuih nagasari.

💚Daun pisang dilayur dan dipotong mengikut saiz yang sesuai.


💚Pisang. Nak guna pisang apa pun terpulang. Pisang yang tak boleh digunakan ialah pisang rosak. Hihihi


💚Pisang dibelah dua, Ketepikan.


💚Dalam sebuah bekas merah, campurkan semua bahan kecuali gula. Kacau sehingga rata dan tidak berbintil.



💚Tapis adunan ke dalam kuali.

💚Masukkan gula.

💚Buka api dapur.



💚Kacau selalu sehingga rata. Mula-mula ringan sahaja. Lama-lama sikit nanti jadi berat. Teruskan sahaja mengacau.

💚Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.

💚Bila dah meletup-letup tu,  dah boleh tutup api.


💚Bila adunan dah sejuk sikit, bolehlah kita mula membungkus.

💚Ambil sekeping daun pisang, letakkan adunan santan ke atasnya.

💚 Kemudian letakkan sekeping pisang yang dibelah tadi..



💚 Kemudian, letakkan pula adunan santan di atas pisang tadi sehingga menutupi pisang.


💚Gulung adunan beserta pisang tadi dan lipat bahagian kiri dan kanan. Siap.



💚Bungkus sehingga habis 



💚 Masukkan kuih ke dalam pengukus dan kukus sehingga pisang masak, lebih kurang 20 minit.



💚Kuih nagasari dah masak, tutup suis pengukus.

💚Biarkan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari pengukus dan hidangkan 



 💚Jom makan kawan-kawan.

💚 Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan