Rabu, 22 Disember 2021

Bomboloni Kastard

Resepi mudah yang mesti dicuba. Terutamanya untuk ibu yang mempunyai anak ramai.. Berbaloi-baloi!


Resepi Bomboloni Kastard
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB Nazuwa Zam Zam

Bahan-bahan

Bahan A
2 sb yis
1 sb susu pekat
1 sb gula
1/2 cwn air suam
*Mix semua & biar hingga 20min atau hingga kembang. Better guna bekas yang agak besar.

Bahan B
2 cwn tepung gandum
3 sb minyak masak/butter yang dicairkan
1 biji telur
1 st baking powder
1 st garam
1 biji kentang direbus hingga empuk & dilenyekkan

Filling Kastard
2 sb tepung kastard
1 cwn susu fresh milk
1 sb gula
1 biji telur
*Panaskan semua bahan atas api perlahan hingga agak kental. Kemudian masukkan 1sk esen vanilla & 1 sb butter. Kacau hingga sebati

Utk filling chocolate, saya guna nutella 

Nota: 
* Lembut & fluffy sangat kejadiannya - sesuai sangat nak diisi filling. 
* Saya simpan separuh adunan dalam fridge. Bila nak guna, keluarkan adunan & uli sekali lagi. Tunggu hingga adunan kembang sebelum digoreng.  Hasilnya tetap lembut macam adunan yg asal.

Cara-cara membuatnya


Rebus kentang dan lenyek semasa masih panas.


Masukkan yis ke dalam air suam bersama gula, tunggu sehingga berbuih dan kembang.


Sediakan tepung gandum. 

Buatkan tulang di tengah, kemudian tuang bancuhan yis yang telah berbuih tadi  


Uli sehingga rata dan tidak melekat di tangan.


Tutup dengan kain maslin dan biarkan doh kembang selama lebih kurang 30 minit.


Bila doh sudah kembang sekali ganda, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.

Doh dibentukkan bulat.


Tabur dulu dengan tepung gandum supaya tidak melekat apabila diangkat untuk digoreng nanti.


Panaskan minyak masak, goreng doh sehingga kekuningan.

Bila dah masak, balikkan supaya ia masak sekata.


Dah masak, angkat dan toskan minyak.


Ambil pisau saiz kecil, buatkan lubang pada bomboloni.


Tabur bomboloni dengan gula aising. Sedia untuk dipicit inci. Kalau bomboloni coklat, boleh guna Nutella.

Cara buat inti Kastard


Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam pan.  Buka api dan kacau sehingga pekat.


Bila dah pekat, masukkan mentega. Tutup api 


Kacau sehingga rata dan tunggu biar sejuk.


Bila dah sejuk, masukkan ke dalam piping plastik 


Kembali Kepada doh yang telah dililubangkan.


Dan dibedakkan dengan gula aising atau gula kastor sebelum dipicitkan inti kegemaran.


Ni dah siap dipaipkan inti Kastard. Jemput makan semua..

Bismillah..



Sabtu, 27 November 2021

Kuih Lompang Pandan Hajjah Badariah

 Nak tahu cara buat kuih lompang yang ada lesung pipit? Ini rahsianya..


Penggemar kuih tradisional mesti suka kuih kompang ni kan. Cara buatnya sangat mudah dan ringkas. Untuk rasa yang lebih sedap, jangan lupa letak air daun pandan kisar. Harumannya semerbak memenuhi ruang dapur kita. Untuk kuih lompang yang berlekuk, pastikan adunannya secukup sukatan ya. Jangan berlebihan atau berkurangan sukatan cecairnya tu ya 😊😊



RESEPI KUIH LOMPANG PANDAN

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Hajjah Badariah bt Abdul Rahman via FB Masak Apa Hari Ini

(Mak Hencik buat separuh sukatan, menghasilkan 12 biji)


Bahan-bahan


1 cawan gula (kurangkan ke 3/4 cawan jika tak gemar manis)

1 1/2 cawan air

1 helai daun pandan

(Gula dan air dimasak sehingga gula hancur, kemudian sejukkan)

2 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung ubi

2 cawan air daun pandan (kisar 10 helai daun pandan bersama 2 cawan air, tapiskan)

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil pewarna hijau


Kelapa parut putih secukupnya

Acuan lompang

Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan lompang


Jom kita ke dapur..



💚Mula-mula kita sediakan air gula 

💚Masak 1 cawan gula bersama 1 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul sehingga gula hancur.

💚Matikan api dan sejukkan.


💚 Sediakan air pandan dengan mengisar 10 helai daun pandan bersama 2 cawan air. Tapis dan sukat. Ambik 2 cawan.

💚Sediakan 1/2 sudu kecil air kapur. Nak sikit jer tau sebab kalau terlebih nanti kuih akan rasa kapur, tak sedap jadinya.

💚Sediakan bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 1 sudu besar tepung ubi dan sedikit garam. Gaul rata.


💚 Masukkan pula air daun pandan dan air kapur beserta 1/2 sudu kecil pewarna hijau  Kacau sehingga sebati.


💚 Masukkan air gula. Kacau lagi sehingga sebati.


💚Tapiskan bancuhan tepung. Ketepikan.


💚 Sediakan acuan lompang. Sapu acuan dengan minyak masak.


💚Kukus acuan selama 10 minit.


💚Tuang bancuhan tepung tadi ke dalam acuan lompang.


💚Kukus selama 20 minit.


💚Selepas 20 minit, buka penutup kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa penutup.

💚 Bila dah masak, tutup api. Keluarkan dari pengukus. 

💚 Tunggu sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan.


💚 Sementara tu, gaul kelapa parut putih dengan sedikit garam dan kukus selama 10 minit.


💚Bila dah sejuk sikit, keluarkan kuih lompang dari acuan.

💚Mak Hencik guna pemegang sudu yang murah tu untuk keluarkan kuih sebab ia nipis. Sudu yang dibeli di kedai 2 ringgit. Hihihi. Kalau guna pemegang sudu mahal jadi tak cantik sebab dia tebal. Hahaha. Sungguh ni.

💚 Akhirnya.. Letakkan kelapa parut kukus sebelum dimakan.

💚Jemput ya kawan-kawan.. Bismillah..




Rabu, 17 November 2021

Brownies Kedut resepi FB

Benda mudah. Kalau ada bahan di rumah, boleh terus buat. Dah buat sekali, pasti nak buat lagi. Itulah kelebihan membuat brownies. Mudah, cepat dan sedap!

Rasanya sedikit chewy dan garing di luar. Memang sedap. Tak sia-sia Mak Hencik cuba.


BROWNIES KEDUT

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

Bahan A.

1 cawan dark chocolate beryl's

125gm mentega


Bahan B 

1 cawan gula perang

2 sudu besar gula kastor, kalau suka kurang manis gula ni tak perlu letak.

2 biji telur


Bahan C 

1 cawan tepung naik sendiri 

2 sudu besar serbuk koko

1/2 sudu kecil garam


Topping

Nutella atau 

1/2 cawan dark chocolate beryl's dicarkan dengan 1 sudu besar mentega.


Cara-cara membuatnya 

Jom kita membaking hari ni 


Loyang 7'X7' disapu dengan mentega dan dialas dengan baking paper. Tinggikan bahagian hujung supaya mudah ditarik keluar apabila masak.
Ketepikan.


🌷Secara double boiler, cairkan 1 cawan dark chocolate.

🌷 Bila sudah cair, masukkan 125gm mentega dan kacau sehingga mentega cair dan bergaul sebati.

🌷 Tutup api dan biarkan suam.


🌷Ayak secawan tepung naik sendiri bersama 2 sudu besar serbuk koko dan 1/2 sudu kecil garam. Ketepikan.


🌷Dalam sebuah bekas, masukkan 1 cawan gula perang, 2 sudu besar gula kastor dan 2 biji telur. Kacau sehingga sebati menggunakan whisk. Ketepikan.


🌷Apabila campuran coklat dan mentega sudah suam, tuang ke dalam bekas berisi campuran gula dan telur.


🌷Kacau sehingga rata.


🌷 Kemudian masukkan pula bahan ayak tadi.


🌷Kaup-balikkan sehingga sebati.

🌷Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.


🌷Tuang bancuhan brownies ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.


🌷Bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 40 minit.

🌷jangan buka pintu oven yea..😁😁


🌷 Kejadian selepas 20 minit. Tunggu sehingga masak ya 


🌷 Apabila sudah masak, regangkan sedikit dan biarkan selama 30 ke 40 minit. Nanti brownies akan jadi berkedut.


🌷Ni rupa dia . Kan dah berkedut! Kalau orang, kita tak suka yang kedut-kedut  
😂😂😂 


🌷Potong 6 X 6 keping.

🌷 Sediakan topping
Cairkan 1/2 cawan dark chocolate beryl's menggunakan kaedah double boiler. Bila sudah cair masukkan 1 sudu besar mentega. Kacau sehingga sebati. Biarkan suam.


🌷Bila sudah suam, masukkan ke dalam plastik.


🌷Paipkan ke atas brownies ikut kreativiti masing-masing.

🌷Dah siap!


🌷Jom cuba dulu sekeping, kawan-kawan!

🌷 Bismillah..