Nak tahu cara buat kuih lompang yang ada lesung pipit? Ini rahsianya..
Penggemar kuih tradisional mesti suka kuih kompang ni kan. Cara buatnya sangat mudah dan ringkas. Untuk rasa yang lebih sedap, jangan lupa letak air daun pandan kisar. Harumannya semerbak memenuhi ruang dapur kita. Untuk kuih lompang yang berlekuk, pastikan adunannya secukup sukatan ya. Jangan berlebihan atau berkurangan sukatan cecairnya tu ya ๐๐
RESEPI KUIH LOMPANG PANDAN
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal: Hajjah Badariah bt Abdul Rahman via FB Masak Apa Hari Ini
(Mak Hencik buat separuh sukatan, menghasilkan 12 biji)
Bahan-bahan
1 cawan gula (kurangkan ke 3/4 cawan jika tak gemar manis)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
(Gula dan air dimasak sehingga gula hancur, kemudian sejukkan)
2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air daun pandan (kisar 10 helai daun pandan bersama 2 cawan air, tapiskan)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Kelapa parut putih secukupnya
Acuan lompang
Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan lompang
Jom kita ke dapur..
๐Mula-mula kita sediakan air gula
๐Masak 1 cawan gula bersama 1 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul sehingga gula hancur.
๐Matikan api dan sejukkan.
๐ Sediakan air pandan dengan mengisar 10 helai daun pandan bersama 2 cawan air. Tapis dan sukat. Ambik 2 cawan.
๐Sediakan 1/2 sudu kecil air kapur. Nak sikit jer tau sebab kalau terlebih nanti kuih akan rasa kapur, tak sedap jadinya.
๐Sediakan bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 1 sudu besar tepung ubi dan sedikit garam. Gaul rata.
๐ Masukkan pula air daun pandan dan air kapur beserta 1/2 sudu kecil pewarna hijau Kacau sehingga sebati.
๐ Masukkan air gula. Kacau lagi sehingga sebati.
๐Tapiskan bancuhan tepung. Ketepikan.
๐ Sediakan acuan lompang. Sapu acuan dengan minyak masak.
๐Kukus acuan selama 10 minit.
๐Tuang bancuhan tepung tadi ke dalam acuan lompang.
๐Kukus selama 20 minit.
๐Selepas 20 minit, buka penutup kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa penutup.
๐ Bila dah masak, tutup api. Keluarkan dari pengukus.
๐ Tunggu sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan.
๐ Sementara tu, gaul kelapa parut putih dengan sedikit garam dan kukus selama 10 minit.
๐Bila dah sejuk sikit, keluarkan kuih lompang dari acuan.
๐Mak Hencik guna pemegang sudu yang murah tu untuk keluarkan kuih sebab ia nipis. Sudu yang dibeli di kedai 2 ringgit. Hihihi. Kalau guna pemegang sudu mahal jadi tak cantik sebab dia tebal. Hahaha. Sungguh ni.
๐ Akhirnya.. Letakkan kelapa parut kukus sebelum dimakan.
๐Jemput ya kawan-kawan.. Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan