Rabu, 24 Mac 2021

Agar-agar Pandan Lapis Santan

Penyejuk tekak yang lejen. Tambah-tambah apabila dimakan semasa panas terik. Ya ampunnn sedapnya.💃💃💃


Guna air pandan original juga menjadikan rasanya memukau kaw kaw.. Ambil 5 helai daun pandan, lepas tu kisar dengan secawan air, tapis untuk dapatkan airnya.

Itu pun kalau ada daun pandan, kalau tak ada gantikan sahaja dengan pandan flavour.. abis cerita 😆😆


AGAR-AGAR PANDAN LAPIS SANTAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

20g agar-agar tali
2 cawan air daun pandan
5 cawan air
1 cawan santan kotak
1 cawan gula
2 biji telur, dikocak sedikit, letak sebiji sahaja pun okey
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya.

🌷Mula-mula kita menyediakan bahan-bahannya dulu.


🌷Agar-agar tali dibasuh dan ditoskan airnya.


🌷2 cawan air daun pandan. Kisar 10 helai daun pandan yang diracik, tapis dan ambil airnya.


🌷1 cawan santan kotak


🌷2 biji telur, digodek sedikit. Nak letak sebiji telur pun okey jugak.

Cara memasak.

🌷Jom kita mulakan.


🌷Dalam sebuah periuk, masukkan 2 cawan air daun pandan, 4 cawan air dan agar-agar tali. Masak sehingga agar-agar hancur.


🌷Bila agar-agar sudah hancur, baharulah masukkan secawan gula dan sedikit garam. Biarkan sehingga gula hancur.


🌷Apabila gula sudah hancur, masukkan pula secawan santan.


🌷Lepas tu masukkan sedikit pewarna hijau supaya warnanya menyerlah dan cantik menawan😆😆


🌷Kacau-kacau sikit supaya warna hijau bercampur sebati gitewww.

🌷Tunggu sehingga sehingga menggelegak.


🌷Bila dah menggelegak, tuang bancuhan telur yang digodek tadi sambil dikacau lagi sehingga rata.


🌷Lepas tu biarkan ia menggelegak lagi sekali. Mesti tunggu sampai menggelegak tau.. supaya lapisan santan dan telur tu naik ke atas.

🌷Kalau dah menggelegak, biarkan lama sikit, dalam 4 ke 5 minit gitewww.


🌷Sambil tunggu dia menggelegak tu, kita sediakan loyang. Basahkan sikit dengan air. Orang kata senang sikit nak tanggalkan agar-agar bila dia beku nanti. 

🌷Mak Hencik guna loyang saiz 11"X11" sebab suka nipis jer. Kalau nak tebal sikit agar-agar tu, boleh guna saiz 10"X10".

🌷Kalau tak kesah nak tebal ke nipis, boleh pakai besen, cawan, kole atau apa yang mana hadow yang mana di dapur kita.. 🤭🤭🤭


🌷Balik kepada agar-agar yang menggelegak tadi.. bila dah lama mendidih, dah nampak bahagian santan tu timbul, bolehlah tutup api.

🌷Pastu tuang dalam loyang tadi dan biarkan ia  pejal.

🌷Bila dah sejuk sikit, bolehlah disimpan dalam peti sejuk.


🌷Bila agar-agar dah pejal, bolehlah dipotong.


🌷Siap untuk dimakan. Jemput makan ya..

Bismillah..🌷