Khamis, 26 April 2018

Biskut Coklat Chip Rangup Sukatan Cawan

Sambil tengok tv cerita slot akasia lah, samarinda lah, alamanda lah, mulut rasa nak mengunyah pula. Sedap juga kalau ada biskut raya ni.. walaupun bukan hari raya.
 😎😎😎

Biskut ni sangat rapuh. Bila digigit, ada rasa coklat dan kacang. Mmm.. sedapnya!


BISKUT COKLAT CHIP RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

250 gm mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 biji telur
2 sudu besar susu cair / susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan jenis kekacang yang disukai - Mak Hencik guna kacang tanah chunk yang readymade jual kat kedai bakeri
2 cawan coklat chip
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara menyediakannya

Jom buat biskut raya..


Di dalam bekas adunan, pukul mentega, gula perang, gula, sedikit garam, susu cair dan minyak sehingga sebati. Mak Hencik guna whisk.

Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi.


Masukkan tepung yang telah diayak bersama cream of tartar, baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata.

Masukkan pula coklat chip dan kekacang yang digemari. Gaul lagi sehingga sebati.


Adunannya memang lembik sedikit.


Masukkan ke dalam piping bag supaya senang nak dibentuk nanti.


Ambil dulang untuk membakar. Sapu sikit dengan mentega. Lepas tu tekanlah piping bag untuk membentuk biskut sebesar duit 20 sen.. Mak Hencik dapat 4 dulang.

Panaskan oven 10 minit, 170°C, kemudian bakarlah selama 18 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Bila dah masak, keluarkan dari oven. Saiz biskut akan jadi lebih besar dari yang asal tadi.


Sejukkan sekejap di rak sebelum dimasukkan ke dalam bekas atau balang.


Dok dalam balang diam-diam no.. satgi ada orang jumpa hang, habis hang dikerjakannya. 😂😂😂


Dapat 2 bekas tupperware ni.. banyak tau. Bila nak makan kita keluarkan..

Nak makan? Jemput-jemput..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan