Sabtu, 21 April 2018

Cara masak ikan Rebus

Cara masak ikan rebus adalah pelbagai, mengikut orang dan penduduk setempat. Ada yang  rebus ikan bubuh asam, lengkuas,  bawang putih hiris dan garam. Ada  yang bubuh gula melaka, ada bubuh cuka dan lain-lain.

Pendek kata lain orang, lain caranya. Mak Hencik pula merebus ikan ikut cara mak Mak Hencik. Caranya mudah sahaja. Cuma kena tahu mengagak asam dan garam supaya ikan ada rasa masam dan masin sesedapnya.


IKAN REBUS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 ekor ikan
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara


Mak Hencik guna ikan selayang atau ikan sardin. Korang boleh juga tukar ikut ikan pebret korang. Ikan termenung, selar, selar kuning, ikan tamban, tongkol, ikan duri dan lain-lain lagi laa.

Ikan disiang, basuh bersih dan toskan airnya. Ketepikan.


Ambil periuk, taburkan sedikit garam dan letakkan dua keping asam gelugur.


Susun ikan di atas garam dan asam keping tadi. Kemudian tabur pula sedikit garam di atas ikan yang disusun tadi dan letakkan dua keping asam gelugur lagi.


Susun lagi ikan di atas lapisan ikan tadi. Kemudian tabur lagi sedikit garam di atas ikan yang kita susun tadi.

Kalau ada lagi ikan, maka kita pun susun macam tadi juga, iaitu dengan taburkan sedikit garam, letak asam keping dan ikan. Tabur garam, letak asam keping dan susun ikan. Begitulah seterusnya sehingga habis ikan disusun dalam periuk.

Pasal garam dan asam nak diletak banyak mana tu adalah anggaran macam nak goreng ikanlah. Agak-agak gitew..


Seterusnya kita masukkan air sama aras dengan ikan.


Lepas tu kita tutup periuk, biar terbuka sikit. Kemudian barulah buka dapur kita tu.
Tunggu sampai masak.


Dah masak tutup api. Air tak perlu kering, cukup sekadar ikan masak. πŸ‘†πŸ‘†Itulah hasilnya.

Ikan rebus ni kalau nak tahan lama, kita kenalah perhangatkan dia setiap hari. Masa nak panaskan tu, kalau air dah kering, tambahlah air lagi. Bila dah mendidih tutuplah api.

That's all guys. πŸ’žπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’


Tiada ulasan:

Catat Ulasan