Isnin, 23 April 2018

Resepi Ikan Rebus Goreng Wallaweh Sedapnya

Kalau musim hujan, lauk ni lah yang menjadi pembuka selera. Asal jadi gitu eh? 😊😊😊


Pasal sedapla weh!
Ikan rebus ni boleh direbus banyak-banyak sekaligus. Lepas tu boleh dipanaskan setiap hari. Kalau air rebusan sudah hampir kering, tambahlah sedikit air dan rebus lagi. Semakin banyak kali dipanaskan, semakin sedap pula rasa dia. Tak caye?


RESEPI IKAN REBUS GORENG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 ekor ikan selayang - boleh tukar dengan ikan lain yang digemari
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara


Langkah 1

Cara merebus ikan

i. Ikan yang digemari disiang, dibasuh bersih dan ditoskan.

ii. Ambil periuk, tabur sedikit garam dan letak dua keping asam gelugur. Ambil ikan dan letakkan di atas garam dan asam tadi.

iii. Tabur sedikit garam di atas ikan dan letak sekeping asam gelugur. Susun lagi ikan sehingga habis.

iv. Kalau ada lagi ikan, ulangi proses di (i).

v. Akhir sekali, tabur sedikit garam di atas ikan yang disusun tadi dan letak asam keping.

vi. Masukkan air sama aras dengan ikan.

vii. Letakkan periuk atas dapur. Tutup dengan tudung periuk dan buka api. Biarkan sehingga ikan masak
Tak perlu air kering.

viii. Bila sudah masak, tutup api.


Langkah 2

Cara goreng ikan rebus. Jeng.. jeng.. jeng..!

i. Panaskan minyak. Tak perlu panas sangat, teruskan masukkan ikan rebus ke dalam kuali.

ii. Tutup kuali dengan tudung periuk. Sebabnya ia akan meletup-letup. Nanti minyak merecik ke segenap dapur kita pula.


iii. Bila agak-agak dah masak, buka tudung periuk dan balikkan ikan. Tutup semula dengan tudung periuk.


vi. Bila sudah masak, tutup api dapur dan buka tudung periuk. Angkat ikan dan toskan minyak.


Inilah rupa ikan rebus goreng yang sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih. Rasanya ikan ni adalah sepupu sebab saiz diaorang sama besar. 😂😂😂

Jemput makan kenkawan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan