Saiz udang ni agak besar juga. Senang nanti nak kopek kulit bila nak makan. Petai pula ku letak sepapan. Haaa.. sikit ke banyak tu? 😀😀
RESEPI UDANG MASAK SAMBAL DENGAN PETAI YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
12 ekor udang saiz besar
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang merah besar
4 sudu besar cili kering giling
1 papan petai
1 biji lada hijau atau merah
1 biji bawang besar Holand saiz kecil - dipotong bulat
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Marilah mari.. marilah mari.. 🎵🎵🎵
Udang dipotong muncung dan misainya. Basuh bersih dan toskan. Kalau suka, boleh belah belakang udang dan buang urat hitam. I tak buang pun.. Jangan kecam I..
Beli petai di pasar, 4 papan rm5. Ingat nak bubuh 2 papan, nampak macam banyak pula. Jadi Mak Hencik bubuh sepapan sahaja.
Petai tu dibelah dua. Boleh nampak kalau ia rosak atau berulat. Kali ni Mak Hencik tak buang kulitnya. Biasa buang kulit, lepas tu belah dua. Entahlah.. tak rasa rajin pula hari ni..
Jom mulakan.
Langkah 1
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kering sehingga naik bau dan masak.
Langkah 2
Bila sudah hampir garing, masukkan udang
Langkah 3
Masukkan pula air asam jawa, sedikit garam dan gula secukupnya.
Langkah 4
Masukkan pula petai.
Langkah 5
Masukkan lada hijau. Kacau seketika. Biar kuah menjadi pekat sedikit.
Langkah 6
Akhir sekali masukkan bawang besar Holand yang dipotong bulat.
Langkah 7
Kuah sudah hampir pekat nih. Kalau suka masak tumis ni berkuah, dah boleh matikan api.
Mak Hencik nak bagi kuah tu pekat dan melekat kat udang. Jadi, kita biarkan dulu seketika sambil dikacau sekali-sekala.
Langkah 8
Nampaknya kuah sambal tumis ni dah pekat. Jadi, bolehlah tutup api.
Langkah 9
Masukkan ke dalam pinggan untuk dinikmati bersama nasi. Hari ni udang sambal petai ni kami makan dengan nasi lemak.
Jemput makan..
Bismillah..
Langkah 10
Ngapppp! 😂😂😂
Tiada ulasan:
Catat Ulasan