Isnin, 16 April 2018

Nasi Minyak Hujan Rintik-Rintik dengan Daging Gulai ala Kawah

Makan nasi minyak ni rasa macam makan kat kenduri pula. Kena pula dengan gulai daging ala-ala gulai kawah, ayam masak pedas, sambal belacan dan papadom. Sedappp!


Bau minyak sapi dalam nasi pun sudah menyelerakan. Warna pula cantik berbintik-bintik seperti kerlipan bintang di angkasa. Kahkahkah.


RESEPI NASI MINYAK HUJAN RINTIK-RINTIK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan beras basmathi
2 biji bawang putih - dihiris halus
1/2 biji bawang merah besar saiz besar - dihiris halus
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 cawan air
1 cawan susu
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar pewarna kuning

Cara-cara membuatnya

Mehler kita kita ke dapur


Beras basmathi dibasuh bersih, direndam lebih kurang 15 minit, kemudian ditoskan air. Ketepikan.

Bawang putih hiris, bawang merah hiris, halia hiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan disimpul dan minyak sapi.


Panaskan minyak sapi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Masukkan juga bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia.

Mak Hencik tenggekkan periuk nasi elektrik atas dapur gas. Periuknya ajer tau. Jangan ko tenggekkan badan periuk nasi elektrik tu pula. Meraung mak ko tengok nanti.


Kacau sehingga kekuningan.


Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan air dan susu cair.

Masukkan juga 1 ketul kiub ayam dan 1/2 sudu kecil garam.


Kacau seketika sehingga kiub ayam hancur dan garam bergaul sebati. Matikan api dapur dan pindahkan periuk nasi ke dalam badan periuk nasi elektrik.


Ambil beras yang ditoskan tadi, masukkan ke dalam periuk nasi elektrik yang telah pun dimasukkan ke dalam badannya.

Kacau sedikit, kemudian pasang suis periuk nasi elektrik. Biarkan sehingga masak.


Bila nasi sudah masak, buka penutup periuk nasi.


Menggunakan hujung sudu, buat lima lubang.


Masukkan pewarna kuning di dalam sudu dan tuang ke dalam lubang tadi.


Menggunakan sudip, dengan perlahan kaup-balikkan nasi supaya biji nasi tu tak patah. Kita mau nasi tu panjanngg dan cantikkk. 😘😘

Siaplah nasi kita.

RESEPI GULAI DAGING ALA KAWAH
Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1/2 kg daging lembu
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 hiris halia - dihiris halus
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

1/4 cawan rempah kari daging - dicampur dengan sedikit air
4 cawan santan
1 biji ubi kentang - dibelah 8
2 biji lada hijau
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakannya


Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Sediakan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.


Ubi kentang dibelah 8


Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Lepas tu masukkan bahan hiris. Kacau seketika.


Kacau sehingga bawang bertukar ke warna kekuningan.


Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau rata sehingga naik minyak.


Kemudian masukkan daging beserta air rebusannya.


Masukkan pula air asam jawa.


Masukkan santan


Masukkan kentang, garam secukupnya dan gula jika suka. Kalau tak suka, jangan bubuh.


Kacau seketika sehingga kuah mendidih.


Sementara itu, kita kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.


Apabila kuah mendidih, masukkan bawang kisar tadi. Kuah akan jadi pekat sedikit.

Biarkan kuah mereneh dan pekat sedikit kemudian dirasa. Mmmm.. sedapnya. Kihkihkih


Bila sudah masak, tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk. Siap untuk dihidang.


Jemput makan semua.. seadanya..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan