Ahad, 8 April 2018

Paru Masak Sambal yang Sedap

Ooo.. gitu rupanya masak paru nih. Mana kutahu. Kan ku dah cakap dulu, ku tahu makan sahaja. Hu hu ☔☔


Kali pertama masak paru, Mak Hencik potong paru tu kemudian basuh dan goreng. Habis dapur kena minyak panas yang merecik melompat keluar kuali. Mak aihhh taubat tak nak buat dah.. beli jer lebih senang, pujuk diri sendiri. 😂😂😂 Tapi itu dulu... Terkenang semasa dulu 🎵🎵🎵 hatiku merasa rindu 🎵🎵🎵

Cara ni belajar dari kakak yang jual nasi lemak. Tq kak. 😘


Oleh kerana paru ni organ dalaman, maka Mak Hencik masak kadang-kadang sahaja. Kalau beli pun ok cuma kalau buat sendiri dapat makan banyak kali. Rasa pun boleh buat ikut citarasa sendiri.


RESEPI PARU MASAK PEDAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg paru - dipotong besar dan direbus.
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
5 sudu besar cili kering kisar
1 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang besar Holand - dihiris besar
3 keping asam gelugur - sekeping untuk sambal, 2 keping untuk merebus paru
1/2 cawan ait atau secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Meh ler kita ke dapur..


Paru dicuci bersih, dibilas dan direbus dengan air secukupnya bersama 2 keping asam gelugur.


Bila sudah masak, keluarkan dari periuk dan toskan air. Biarkan sejuk.


Bila sudah sejuk, hiris nipis paru tersebut.


 Panaskan minyak yang banyak dan goreng paru yang dihiris tadi. Nak goreng garing boleh, nak goreng sekadar goreng pun boleh. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Sesudah goreng, toskan minyak dan ketepikan.


Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Sehari dua ni kerap pula guna alu dan lesung. Nasib badan.. huhu


Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kering kisar.


Kacau seketika sehingga hampir garing.


Masukkan air, asam.keping, sedikit garam dan gula. Biarkan mendidih.


Sementara itu, hiris lada hijau dan bawang besar Holand.

Masukkan bahan hiris ke dalam kuali dan biarkan ia pekat.


Bila bahan tumisan sudah pekat, tutup api. Jika ada minyak yang berlebihan, keluarkan. Lepas tu, barulah masukkan paru yang sudah siap goreng ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.


Akhir sekali, masukkan ke dalam pinggan hidangan.

Hari ni hidangan paru masak pedas ni Mak Hencik sajikan bersama nasi lemak. Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan