Jumaat, 8 Januari 2021

Puding Karamel Yang Sedap

Rasa lemak, manis dan berkrim. Sedap Sangat sedap dimakan sejuk. Makan sekali, nak makan berkali-kali.

Cara buat pun sangat mudah menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Campur-campur, godek-godek, masukkan dalam bekas lalu dikukus. Sejukkan. Dan dah boleh makan.


Sambil menunggu puding sejuk, kita baca perbualan di bawah. Perbualan antara seorang lelaki dengan seorang wanita, balu kepada kawan baiknya sendiri.

Tajuk: Jangan suka berjanji..

"Yang ni bini Arwah Ramli, Kan?"

"Ya. Encik ni siapa?"

"Panggil Aku Abang Lan. Kawan Arwah dulu. Sama-sama kerja bawak lori.."

"Ooo..Arwah ada hutang apa-apa ke?"

"Saya nak cakap pun segan. Tapi bila ingat balik cakap Arwah, saya gagahkan diri datang ke sini"

"Apa yang Arwah cakap?"

"Arwah ada pesan...Kalau dia tak ada, dia minta saya yang jaga Mona dan anak-anak dia.. Kawan saya ni, Abang Din, pun ada kat situ. Dia boleh jadi saksi." 

"Err..ya ke. Tak sangka pulak dia pesan macam tu."

"Mungkin Arwah dah dapat rasa perkara macam ni nak jadi. Sebab tu dia pesan macam tu.."

"Kalau itu yang keluar dari mulut Arwah, saya tak ada halangan apa-apa.."

"Jadi Mona setuju nak jadi isteri kedua saya?"

"Eh, saya bukan Mona. Saya ni Shima.."

"Hah! Mona tu siapa?"

"Mona tu beruk peliharaan Arwah laki saya!"....... terikat kat pokok kelapa sana tu, dgn anak anaknya..🤣

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Meh kita sambung buat puding karamel pula.


PUDING KARAMEL
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan Karamel

1 1/2 cawan gula
2 cawan air

Bahan-bahan puding

1 tin susu sejat 
1 tin air (guna tin susu sejat)
3/4 tin susu pekat manis - kalau tak suka manis, kurangkan kepada 1/2 cawan 
6 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam


Cara-cara menyediakannya

🌻Buat karamel dahulu.

🌻Letak pan atas dapur. Masukkan gula. Kacau sedikit dengan sudip kayu sehingga gula cair dan warnanya berubah menjadi perang.

🌻 Seterusnya, dengan berhati-hati, tuang air ke dalam gula cair.

🌻Biarkan sehingga air gula hancur dan menjadi likat.

🌻Tutup api dan biarkan sejuk.

Cara buat puding


🌻Di dalam sebuah bekas, masukkan susu cair, susu pekat manis, air, telur, esen vanilla, sedikit garam dan tepung kastard.
🌻Bintil telur tu perlu dibuang untuk mengelakkan hanyir.
🌻Kacau sehingga sebati.


🌻Tapis dan biarkan seketika.


🌻Di dalam bekas kecil, tuangkan 1 senduk kecil air gula karamel.

🌻Atau tuang sehingga menutupi dasar bekas.


🌻Kemudian, tuang pula bancuhan puding yang ditapis tadi ke dalam bekas yang mengandungi karamel.


🌻Buat sampai habis


🌻 Masukkan ke dalam pengukus. Tutup dengan tudung pengukus yang dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis pada pudding.

🌻Letak timer untuk 15 minit.
🌻Kukus sehingga masak.


🌻Bila sudah masak, tutup suis pengukus dan buka tutup pengukus.
🌻 Keluarkan puding karamel dari pengukus dan biarkan sejuk.


🌻Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti sejuk.


🌻Bila dah betul3 sejuk, bolehlah dimakan. Hahaha


🌻Lagi sedap rasanya apabila kita telungkupkan puding tu dalam mangkuk atau piring, baru makan.

🌻Sebabnya gula karamel tu mengalir ke bawah dan menutupi kesemua bahagian puding.


🌻Macam ni. 👆👆

🌻Jemput makan semua.

🌻Bismillah..