Ahad, 29 Ogos 2021

Cara buat laksa beras

Teringin nak makan laksa lemak. Laksa lemak sedap dimakan dengan laksa beras. Mari la kita cuba buat sendiri..


RESEPI LAKSA BERAS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Majalah RASA

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras (Mak Hencik guna cap Teratai)
1 sudu besar tepung gandum (tak menimbun)
2 sudu kecil minyak masak 
1 1/2 air panas mendidih (atau secukupnya)
Sedikit minyak untuk disapu pada loyang pengukus

Acuan tu Mak Hencik guna acuan muruku.

Cara-cara membuatnya.

Jom..jom.. jom kita cuba membuatnya.


🌸Panaskan air lebih dari 1 cawan setengah, nanti sukat jer 1 cawan setengah untuk digunakan.

🌸Tunggu sehingga mendidih.


🌸Dalam sebuah bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu kecil minyak masak dan 1 sudu besar tepung gandum. 


🌸Air dah mendidih ni


🌸Ambil air dan masukkan ke dalam bekas tepung tadi.


🌸Tuang sikit-sikit air panas mendidih tu sambil dikacau dengan senduk kayu, atau apa-apa senduklah asalkan bukan dengan tangan.


🌸Dah jadi adunan dah tu. Dah sejuk sikit tu bolehlah guna tangan.


🌸Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Agak2 muat acuan muruku tu.


🌸Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak masak supaya laksa tak melekat.


🌸Kirai laksa di dalam loyang pengukus. Kirai semua sekali ya semua adunan tadi.


🌸Ni dah siap laksanya, tapi belum masak lagi. Kena kukus dulu.


🌸Letak loyang pengukus atas periuk kukus dan tutup pengukus. Kukuslah selama 15 ke 20 minit. (Habislaaa piuk rice cooker kuuu.. ha3)


🌸Bila laksa dah berubah warna, dah nampak jernih, tutup api kukusan.


🌸Angkat laksa bersama periuk kukus dan lalukan bawah air paip.


🌸Sediakan bekas yang mengandungi air (air paip jer Mak Hencik guna), keluarkan laksa dari loyang pengukus tadi.

Biarkan laksa sejuk dalam air tu, kemudian bolehlah dicerai,-ceraikan urat laksa tersebut.


🌸Selepas tu tapiskan air dan sedia dimakan. 

🌸Nak makan laksa apa ya.. Haaa.. boleh belaka... Laksa utara boleh, laksa  kelantan boleh, laksa Terengganu pun boleh.. laksa apa lagi...


🌸Ni laksa Kelantan. 


🌸Ni pulak laksa Penang.

🌸Jemput makan semua..

🌸Bismillah..


Jumaat, 13 Ogos 2021

Belebak Ubi

 Belebak ubi nama diberi, rasa sekali pasti nak makan lagi, berkali-kali!

Kalau sebut ubi stello, hanya sedikit sahaja yang kenal tapi kalau sebut ubi keledek, pasti semua orang kenal. Hakikatnya, ia merujuk kepada benda yang sama iaitu sweet potato. 😁😁😁

Kalau ada ubi keledek, tak tau nak buat apa bolehlah kita buat kuih traditional ni.

Nak cuter jugak, masa dok tengah mengacau bancuhan dalam kuali, tiba-tiba  lampu padam. Alamak! Elektrik terputus. Tapi dah alang-alang buat, Mak Hencik sambung sampai habis. 


RESEPI BELEBAK UBI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dipotong jejari kemudian direbus hingga empuk dengan sedikit garam.
2 cawan tepung beras 
4 cawan Santan pekat 
1 cawan gula (suka manis tambah lagi)
Secubit garam
1 biji pisang - lenyek
3 titis esen pisang 
Daun pisang secukupnya


Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur..


✅Jejari ubi kayu direbus hingga empuk dengan sehelai daun pandan disimpul dan sedikit garam.

✅ Ubi keledek tu nak berlainan kaler pun boleh. Kalau letak ubi jepun lagi sedap.


✅Pisang dilenyek. Boleh guna apa-apa jenis pisang pun.

✅Kalau tak nak letak ni pun takpe.


Jom kita mulakan..


✅ Dalam kuali, masukkan santan, tepung beras, gula, garam dan pisang lenyek. Kacau rata sehingga tepung beras bercampur sebati dengan santan. Masukkan juga beberapa titis esen pisang. Lepas tu baharulah buka api.


✅ Kacau selalu sehingga gula hancur dan bancuhan menjadi pekat.


✅ Bila bancuhan dah jadi macam kat atas, tutup api.


✅ Masukkan jejari ubi keledek yang ditoskan air tadi ke dalam kuali adunan.


✅ Gaul rata. Ketepikan.


✅ Sediakan daun pisang. Layur dahulu di atas api gas. Layur tu maksudnya lalukan di atas api supaya jadi layu. Bila daun pisang layu, bila kita membungkus, ia tak pecah. Tapi kalau ada daun pisang  gegala, pisang ni tak payah dilayur sebab ia sejenis daun pisang yang tak pecah apabila digunakan untuk membungkus.

✅ Potong daun pisang sebesar tapak tangan.

✅ By the time daun pisang siap, adunan ubi keledek tu dah sejuk, maka bolehlah kita mulakan proses membungkus.


✅ Bentang daun pisang, letakkan 2 sudu dan lipat. Biar terdedah sikit kat bahagian atas tu.


✅ Susun dalam pengukus.


✅Kukus selama 10  ke 15 minit.


✅. Dah masak dah. Tutup api  Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.


✅ Dah siap.. jemput makan kawan-kawan.

✅ Bismillah..


Rabu, 11 Ogos 2021

Cara simpan kerisik, mudah untuk masak

Nampak macam coklat ke?  Oh tidak! Ini ialah kerisik.  


Selalunya kita beli kerisik dalam plastik dan buat stok untuk disimpan. Bila nak guna, baharulah kita keluarkan dari peti sejuk. 

Masalahnya bermula apabila kita nak masak masakan menggunakan kerisik contohnya rendang, tetapi kita lupa keluarkan awal dari peti sejuk. Terkial-kiallah kita korek guna sudu, ketuk guna alu lesung atau cuba potong guna pisau untuk mengambil kerisik sebab masih beku lagi.

Nak mengatasi masalah tersebut, jom cuba  simpan  cara begini 👇👇

🌸 Ni la rupa kerisik yang Mak Hencik beli kat pasar basah. Biasanya kalau beli yang rupa begini, fresh lagi jadi bolehlah disimpan lama.


🌸Ambik sudu dan masukkan kerisik ke dalam bekas buat ais.

🌸Dah habis masukkan kerisik ke dalam bekas ais, tekan sikit supaya ia mampat. Tekan jer guna belakang sudu.

🌸Lepas tu masukkan ke dalam peti sejuk beku. Tunggu dalam 3 ke 4 jam atau sehingga kerisik menjadi beku.


🌸Bila dah beku, keluarkan dari peti sejuk dan keluarkan dari bekas ais.

🌸 Masukkan dalam bekas dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk biasa sahaja.

🌸Bila nak masak, ambik sahajalah seketul atau sebanyak jumlah yang diperlukan. 

🌸Mudah kan?


Selasa, 10 Ogos 2021

Chicken Wrapped ala Subway

Pasti sedap! Rasa macam nak menangis bila makan!


Nampak macam sikit, kecik jer tapi percayalah.. sangat kenyang bila dah habis makan sebiji. 

Yang bagusnya untuk kita mak-mak yang tak ada vitamin 'R' ni ialah mudah. Ya! sangatlah mudah nak membuatnya. Anak-anak pun sangat suka. Jadi, jomlah kita raikan anak-anak kita hari ni. Hati ibu mana yang tak bahagia melihat anak-anak gembira.



RESEPI CHICKEN WRAPPED
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

5 keping roti tortilla
2 keping ayam gunting
5 keping cheese keping
5 keping chicken slice, dipanggang
4 helai daun salad, dipotong kasar
Sos cili, mayonnaise dan cheese

Cara-cara membuatnya

Jom..jom kita ke dapur.


🌿🌿Mak Hencik guna ayam gunting. Ayam ni lebihan kami buat Chicken chopped. 

🌿🌿Cara buat ayam gunting
1. Isi ayam dipotong nipis. 
2. Perap dengan bancuhan tepung goreng ayam apa-apa jenama. (Tepung goreng ayam + sedikit air)
3. Salutkan ayam dengan campuran tepung goreng ayam + breadcrumbs. Kalau tak nak campurkan dengan breadcrumbs pun takpe.
4. Goreng dengan minyak yang banyak.
5. Bila masak, angkat dan toskan.

🌿🌿Nampak macam malas nak buat ayam gunting tu, boleh jer gantikan dengan naget ke, meatball ke.. guntngkan atau hiris nipis, sedap juga rasanya.


🌿🌿Ayam gunting tadi dipotong kecil. Mak Hencik potong bentuk jejari. Kalau nak potong dadu ke, tiga segi ke,  terpulang lah yea..


🌿🌿Pilihlah sos yang kita sukai. Mak Hencik guna sos cheese, mayonnaise dan sos cili.


🌿🌿 Chicken slice. Panggang sekejap atas kuali, bila dah ada rupa hangus-hangus sikit, balikkan. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.


🌿🌿Daun salad dipotong kasar.


🌿🌿 Cheese keping


🌿🌿Roti tortilla. Belilah apa-apa jenama.

Jom kita buat lipat melipat pula..


🌿🌿Roti tortilla dipotong separuh macam kat atas 


🌿Bahagikan Kepada 4 bahagian. Letak cheese keping, salad, ayam gunting Dan chicken slice.


🌿🌿Paipkan dengan sos yang kita gemari.


🌿🌿Lipat ke atas.


🌿🌿Lipat ke kanan.


🌿🌿Lipat ke bawah. Siap!


🌿🌿Buat sampai habis.


🌿🌿 Pandangan atas.


🌿🌿Mak Hencik suka sos lebih. Jadi Mak Hencik paipkan lagi sos.. 😁😁😁

🌿🌿Jemput makan kawan-kawan. Bismillah..