Jumaat, 13 Ogos 2021

Belebak Ubi

 Belebak ubi nama diberi, rasa sekali pasti nak makan lagi, berkali-kali!

Kalau sebut ubi stello, hanya sedikit sahaja yang kenal tapi kalau sebut ubi keledek, pasti semua orang kenal. Hakikatnya, ia merujuk kepada benda yang sama iaitu sweet potato. 😁😁😁

Kalau ada ubi keledek, tak tau nak buat apa bolehlah kita buat kuih traditional ni.

Nak cuter jugak, masa dok tengah mengacau bancuhan dalam kuali, tiba-tiba  lampu padam. Alamak! Elektrik terputus. Tapi dah alang-alang buat, Mak Hencik sambung sampai habis. 


RESEPI BELEBAK UBI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dipotong jejari kemudian direbus hingga empuk dengan sedikit garam.
2 cawan tepung beras 
4 cawan Santan pekat 
1 cawan gula (suka manis tambah lagi)
Secubit garam
1 biji pisang - lenyek
3 titis esen pisang 
Daun pisang secukupnya


Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur..


✅Jejari ubi kayu direbus hingga empuk dengan sehelai daun pandan disimpul dan sedikit garam.

✅ Ubi keledek tu nak berlainan kaler pun boleh. Kalau letak ubi jepun lagi sedap.


✅Pisang dilenyek. Boleh guna apa-apa jenis pisang pun.

✅Kalau tak nak letak ni pun takpe.


Jom kita mulakan..


✅ Dalam kuali, masukkan santan, tepung beras, gula, garam dan pisang lenyek. Kacau rata sehingga tepung beras bercampur sebati dengan santan. Masukkan juga beberapa titis esen pisang. Lepas tu baharulah buka api.


✅ Kacau selalu sehingga gula hancur dan bancuhan menjadi pekat.


✅ Bila bancuhan dah jadi macam kat atas, tutup api.


✅ Masukkan jejari ubi keledek yang ditoskan air tadi ke dalam kuali adunan.


✅ Gaul rata. Ketepikan.


✅ Sediakan daun pisang. Layur dahulu di atas api gas. Layur tu maksudnya lalukan di atas api supaya jadi layu. Bila daun pisang layu, bila kita membungkus, ia tak pecah. Tapi kalau ada daun pisang  gegala, pisang ni tak payah dilayur sebab ia sejenis daun pisang yang tak pecah apabila digunakan untuk membungkus.

✅ Potong daun pisang sebesar tapak tangan.

✅ By the time daun pisang siap, adunan ubi keledek tu dah sejuk, maka bolehlah kita mulakan proses membungkus.


✅ Bentang daun pisang, letakkan 2 sudu dan lipat. Biar terdedah sikit kat bahagian atas tu.


✅ Susun dalam pengukus.


✅Kukus selama 10  ke 15 minit.


✅. Dah masak dah. Tutup api  Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.


✅ Dah siap.. jemput makan kawan-kawan.

✅ Bismillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan