Jumaat, 5 Februari 2021

Kek Coklat Kukus Topping Coklatl

Dah puas makan kudapan seperti kerepek ubi, muruku dan jajan, Kita buatkan pula kek Coklat Kukus. Bubuh dalam bekas kecil. Curah pula toping Coklat. Aduuuhhh sedap!

Lama dah tak buat kek Coklat Kukus ni. Memang sedapler sorang-sorang dok mengusung dari peti ais. 😆😆😆


KEK COKLAT KUKUS

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1 cawan gula 

1 cawan susu pekat

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu sejat atau susu cair atau susu coklat

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

30 biji bekas kecil


Bahan-bahan Topping Coklat

1 1/2 cawan coklat keping bentuk syilling

1 cawan whipping cream

Coklat rice atau parutan coklat, jika suka.


Jom kita ke dapur untuk sediakan bahan dan menyediakan kek coklat hari ini.

Jom..


Sediakan bahan seperti telur 3 biji, secawan gula, tepung naik sendiri, serbuk koko, secawan susu pekat manis dan secawan minyak masak. Esen vanilla jangan dilupa.

Tepung naik sendiri boleh digantikan dengan tepung gandum ditambah dengan 1 sudu kecil baking powder dan diayak.


1 cawan susu cair atau susu segar pun boleh, susu coklat pun okey.

Cawan tu tadinya diguna untuk sukat serbuk koko, tu pasal ada kaler cekelat.🤭🤭🤭


Caranya mudah ya amat.

Sediakan blender. Masukkan minyak masak, esen vanilla, gula, susu pekat dan telur. Blend atau kisar sehingga gula hancur.


Kemudian masukkan pula secawan air panas, sedikit tepung gandum diikuti sedikit susu cair. Blend sehingga tepung bergaul sebati.

Ulangi sehingga habis tepung dan susu cair tuuu.


Haa.. ni lah hasilnya.


Sediakan bekas plastik kecil. Tuangkan 1/2 bekas jer. Pasalnya nanti bila masak dia akan kembang dan naik.


Dah siap tuang, masukkan ke dalam pengukus.


Tutup pengukus dengan penutup yang dibalut dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kek.

Letak timer 15 ke 20 minit. Kukuslah sehingga masak.


Bila dah masak, keluarkan dari pengukus dan ssejukkan dulu sekejap.

Sementara kita buat topping Coklat pula. Caranya sangat mudah dan rasanya pun sedap.


Mula-mula masukkan secawan setengah Coklat keping jenama kegemaran. Mak Hencik guna jenama Beryl's. Chairman guna kaedah double boiler.

Double boiler ni kaedahnya kita letak pan berisi coklat tu di atas periuk yang berisi air. Jadi takde la coklat kita hangus nanti.


Bila coklat sudah cair, masukkan secawan whipping cream. Kacau rata. Lepas tu tutup api.


Tuangkan ke atas kek Coklat Kukus tadi. Nak cantik sikit, boleh taburkan dengan coklat rice ke..parutan coklat ke..

Siap.

Jemput makan semua..

Bismillah..