Ahad, 24 Mei 2020

Kek Mentega Cheese

Rasa lemak-lemak cheese 🧀. Sedap!


Kepada penggemar kek polos, kek ni mudah dibuat. Bahan pula simple sangat. Macam buat kek mentega tu jugak cuma ia ditambah sedikit cream cheese.


Mak Hencik buat kek ni sebagai pelengkap juadah Hari Raya Aidilfitri.


RESEPI KEK MENTEGA CHEESE
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Elijam Aziean Angah via Dari dapur.com

Bahan-bahan

250gm mentega
200gm cream cheese
200gm gula halus
6 biji telur Gred B
250gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning

Sedikit snow powder sebagai hiasan, jika suka.

Cara-cara menyediakannya.

Persediaan awal.


🌻Sediakan acuan 9 inci, tak kira lah bulat ke, petak ke, suka hati uols. 😁😁 Gris acuan dengan minyak atau mentega dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan

🌻Kalau tiada tepung naik sendiri, boleh gantikan dengan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu kecil baking powder.

🌻Panaskan oven pada suhu 160C selama 10 minit.

Jom kita try buat kek ni.


🌻Di dalam bekas yang sesuai, masukkan 250gm mentega, 200gm cream cheese dan 200gm gula halus.
Guna mixer, pukul sehingga adunan menjadi kembang dan putih.

🌻Bila adunan sudah kembang dan putih, masukkan telur sebiji demi sebiji dan 1 sudu kecil esen vanilla sambil dipukul manja sehingga sebati.


🌻Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil dikaupbalik guna sudip. Katanya supaya kek jadi gebu.

🌻Tapi ku dah tak baca resepi tadi, jadi dah terguna mixer dah. 😆😆 Teruskan ajer lah misi ni.


🌻Masukkan pewarna. Mak Hencik pilih warna kuning. Tak nak bubuh pun takper tapi lebih berseri jika warnanya lebih ceria.


🌻Kaup balik lagi sehingga sebati.

🌻Jangan terlebih kacau kata resepi tu lagi, takut tak gebu.


🌻Ambil acuan yang telah tersedia tadi dan masukkan adunan kek.


🌻Hentak-hentak manja sebelum dimasukkan ke dalam oven.


🌻Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160C selama 50 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


🌻Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbaik di atas redai.


🌻Bedakkan sikit kat atasnya dengan snow powder.

🌻Bolehlah kita menjamu selera dengan hidangan utama Hari Raya.

Nasi beryani

Lauk kari daging dengan kentang dan ayam masak merah. Papadom pun ada. 

Nasi impit, kuah kacang, satay homemade, lemang homemade dan rendang daging jiran bagi. 

Kek mentega cheese, dadih perisa buah-buahan campuran dan blueberry cheese tart. 

🌻Alhamdulillah. Mak Hencik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020. Maaf Zahir dan Batin. 🌷🌷🌷
 Kita jaga kita.

Jumaat, 15 Mei 2020

Petua Ikan Bilis Kekal Rangup

Bagaimana menjadikan ikan bilis goreng kekal rangup dalam tempoh yang lama?


Begini caranya.

IKAN BILIS GORENG RANGUP
Sumber: Wanie Ishak via Keluarga

1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.

3. Perap selama 5 minit.

4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis uols akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.

JOM TRY..!😊 😊