Ahad, 29 Ogos 2021

Cara buat laksa beras

Teringin nak makan laksa lemak. Laksa lemak sedap dimakan dengan laksa beras. Mari la kita cuba buat sendiri..


RESEPI LAKSA BERAS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Majalah RASA

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras (Mak Hencik guna cap Teratai)
1 sudu besar tepung gandum (tak menimbun)
2 sudu kecil minyak masak 
1 1/2 air panas mendidih (atau secukupnya)
Sedikit minyak untuk disapu pada loyang pengukus

Acuan tu Mak Hencik guna acuan muruku.

Cara-cara membuatnya.

Jom..jom.. jom kita cuba membuatnya.


🌸Panaskan air lebih dari 1 cawan setengah, nanti sukat jer 1 cawan setengah untuk digunakan.

🌸Tunggu sehingga mendidih.


🌸Dalam sebuah bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu kecil minyak masak dan 1 sudu besar tepung gandum. 


🌸Air dah mendidih ni


🌸Ambil air dan masukkan ke dalam bekas tepung tadi.


🌸Tuang sikit-sikit air panas mendidih tu sambil dikacau dengan senduk kayu, atau apa-apa senduklah asalkan bukan dengan tangan.


🌸Dah jadi adunan dah tu. Dah sejuk sikit tu bolehlah guna tangan.


🌸Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Agak2 muat acuan muruku tu.


🌸Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak masak supaya laksa tak melekat.


🌸Kirai laksa di dalam loyang pengukus. Kirai semua sekali ya semua adunan tadi.


🌸Ni dah siap laksanya, tapi belum masak lagi. Kena kukus dulu.


🌸Letak loyang pengukus atas periuk kukus dan tutup pengukus. Kukuslah selama 15 ke 20 minit. (Habislaaa piuk rice cooker kuuu.. ha3)


🌸Bila laksa dah berubah warna, dah nampak jernih, tutup api kukusan.


🌸Angkat laksa bersama periuk kukus dan lalukan bawah air paip.


🌸Sediakan bekas yang mengandungi air (air paip jer Mak Hencik guna), keluarkan laksa dari loyang pengukus tadi.

Biarkan laksa sejuk dalam air tu, kemudian bolehlah dicerai,-ceraikan urat laksa tersebut.


🌸Selepas tu tapiskan air dan sedia dimakan. 

🌸Nak makan laksa apa ya.. Haaa.. boleh belaka... Laksa utara boleh, laksa  kelantan boleh, laksa Terengganu pun boleh.. laksa apa lagi...


🌸Ni laksa Kelantan. 


🌸Ni pulak laksa Penang.

🌸Jemput makan semua..

🌸Bismillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan