Bila dah bosan goreng rempah, kita tukar ke goreng rempah kari ni. Kalau tak ada daun kari tak apa, tapi lebih sedap jika ada. πΏπΏπΏ Nak rangup sikit, bubuh tepung jagung. Simple jer.. πππ
RESEPI AYAM GORENG REMPAH KARI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
9 ketul ayam
*5 biji bawang putih
*1/4 biji bawang merah besar
*5 hiris halia
Bahan bertanda * ditumbuk halus
3 sudu besar serbuk kari daging boleh, ikan boleh
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu kecil kunyit
Garam secukupnya
Cara-cara
Jom.. jom.. jom.. hari ni goreng ayam.
Ayam yang dipotong dibasuh bersih dan ditoskan airnya.
Tumbuk sehingga halus bawang putih, bawang merah dan halia.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas ayam. Masukkan juga kunyit, serbuk kari, serbuk pati ikan bilis dan garam secukupnya.
Gaul sehingga sebati. Kalau lambat lagi nak makan, peraplah sekejap. Kalau dah tak sabar-sabar lagi nak makan nasi, haaa terus panaskan minyak.
Masukkan sedikit tepung jagung, gaul sehingga rata.
Bila minyak sudah panas, terjunkan ayam secara slow motion ke dalam kuali.
Bila sudah keperangan dan garing, balikkan ayam. Apabila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
Masukkan ke dalam pinggan hidang.
Bolehlah kita menjamu selera. Jemput makan kenkawan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan