Jumaat, 27 April 2018

Kari Ikan Tenggiri dengan Terung

Apabila mak saya memasak kari ikan, dia suka campurkan dengan sejenis sayuran. Biasanya mak akan bubuh bendi atau kacang panjang atau terung.


Jadi saya pun terpengaruh juga dengan cara mak. Makanya hari ini saya masakkan kari ikan yang dicampur dengan terung panjang ungu.


RESEPI KARI IKAN TENGGIRI DENGAN TERUNG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 keping ikan tenggiri
1 biji terung panjang
1 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah besar - dihiris
2 hiris halia - dihiris halus memanjang
3 cawan santan
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 tangkai lada hijau atau merah
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya.

Jom.. jom.. jom..


Dua potong ikan tenggiri. Cukuplah untuk kami orang tua makan. Budak-budak mestilah suka makan ayam.


Terung panjang ungu dipotong dua dan dibelah empat.


Santan dan serbuk kari ikan yang disukai. Serbuk kari ikan tu dicampur dengan sedikit air jadi bancuhan.


Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus.


Langkah 1
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau sehingga kekuningan.


Langkah 2
Bila sudah kekuningan, masukkan bancuhan serbuk kari.Kacau sehingga naik minyak. Tapi Mak Hencik ni bukanlah orang yang penyabar, jadi faham-fahamlah... hihihi...


Langkah 3
Bila air dah kering, masukkan kepingan ikan tenggiri, diikuti air asam jawa dan terung yang telah dipotong.


Langkah 4
Bila terung sudah layu dan berubah warna, masukkan santan. Kacau seketika.

Sambil itu, bolehlah dimasukkan garam secukup rasa dan gula sikit jika suka. Masukkan juga lada hijau atau lada merah. Kacau lagi seketika sekali-sekala sehingga kuah menggelegak.


Langkah 5
Biarkan kuah menggelegak seketika. Kemudian bolehlah tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Yang pastinya mangkuk yang samaaaa jer setiap hari. Kahkahkah.


Hidangan hari ini.. seadanya.. Jemput makan sama-sama kawan-kawan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan