Isnin, 9 April 2018

Sambal Pauh yang Mudah, Ringkas dan Sedap.

Amaran! Inilah lauk pembuka selera. Lauk yang ajaib. Lauk yang bukan calang-calang! πŸ˜‚πŸ˜‚Makan dengan nasi panas.. ya ampunnnn sedapnya.



Lauk ni makanan orang lama. Rasa pedas, masin, manis dan masam bergaul sebati di dalam mulut.


Bak kata orang sekali cuba, nak rasa lagi.. lagi.. dan lagi. Ishhh! Berlebih pula kau nih yea.. hahaha. Pernyataan di atas tu hanya untuk penggemarnya sahaja.. Hanya orang yang suka tempe tahu kelazatan tempe tersebut. Begitulah diibaratkan..


RESEPI SAMBAL PAUH YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 ekor ikan selayang - dipanggang dan ambil isinya
1 biji buah pauh atau nama lainnya ialah mempelam - disagat
3 biji cili padi - kalau lebih pedas, tambahlah cili lagi
1 sudu kecil garam, atau secukupnya
1 sudu besar gula, atau secukupnya

Cara-cara membuatnya


Mula-mula mestilah panggang ikan atas kuali. Ku guna kuali yang tak berapa nak ajaib jer. Kuali ajaib tu nampak gayanya terus menjadi bahan hiasan tersorok dalam kabinet dapur. Silap-silap hari bulan, boleh jadi barang antik! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dah masak ikan tu sejukkan dulu. Oh ya.. Boleh tukar ikan ikut selera dan ikut stok ikan yang ada dalam peti sejuk masing-masing.


Buah pauh atau mempelam ni Mak Hencik beli kat Pasar Nilai. Seringgit sahaja untuk sebiji.

Sesiapa yang ada pokok pauh atau mempelam ni bolehlah gi panjat. Petik sebiji untuk dibuat sambal. Kalau petik banyak boleh cicah kicap juga. Adoiii kecur liur tiba-tiba nih. πŸ‘…πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦


Kupas kulit pauh. Ooo cantik pula isi dia. Kuning diraja gitu warnanya. Mujur isinya masih pejal, kalau lembik tak sesuai. Takut berair pula bila ditumbuk nanti.


Buah pauh tu disagat. Hati-hati dengan jari, jangan tersagat sekali. Huhu


Ikan panggang yang disejukkan tadi diasingkan isi dan tulang. Ambil isi ikan sahaja. Aikkk tulang tu nak buat apa? Buat jer la nak buat apa pun.. ko punya pasalla. Hahaha.


Oleh kerana secara tradisinya nak buat benda alah ni guna lesung batu, maka Mak Hencik pun tak ada la pulak nak guna pengisar kering. Pengisar basah memang rejectlah. Huhu

Di dalam lesung, bubuh cili padi, garam dan gula. Tumbuk secara berirama sehingga hancur dan lumat. Berirama? Wakakaka


Sesudah lumat, masukkan isi ikan dan buah pauh sagat. Tumbuklah lagi.


Tumbuklah lagi secara berirama sehingga lumat. Berirama? Wakakaka


Nampaknya isi ikan dah hampir lumat. Pauh sagat tu tak perlu lumat sangat. Kalau nak lumat juga hah tumbuklah lagi.


Bila dah siap, masukkan ke dalam mangkuk hidangan dengan saiz yang sesuai.


Untuk hari ini, begini sahajalah hidangan yang mampu disediakan. Jemput makan semua. Jemput.. jemput..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan