Memaparkan catatan dengan label Resepi agar-agar dan puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi agar-agar dan puding. Papar semua catatan

Rabu, 24 Mac 2021

Agar-agar Pandan Lapis Santan

Penyejuk tekak yang lejen. Tambah-tambah apabila dimakan semasa panas terik. Ya ampunnn sedapnya.๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ


Guna air pandan original juga menjadikan rasanya memukau kaw kaw.. Ambil 5 helai daun pandan, lepas tu kisar dengan secawan air, tapis untuk dapatkan airnya.

Itu pun kalau ada daun pandan, kalau tak ada gantikan sahaja dengan pandan flavour.. abis cerita ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


AGAR-AGAR PANDAN LAPIS SANTAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

20g agar-agar tali
2 cawan air daun pandan
5 cawan air
1 cawan santan kotak
1 cawan gula
2 biji telur, dikocak sedikit, letak sebiji sahaja pun okey
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya.

๐ŸŒทMula-mula kita menyediakan bahan-bahannya dulu.


๐ŸŒทAgar-agar tali dibasuh dan ditoskan airnya.


๐ŸŒท2 cawan air daun pandan. Kisar 10 helai daun pandan yang diracik, tapis dan ambil airnya.


๐ŸŒท1 cawan santan kotak


๐ŸŒท2 biji telur, digodek sedikit. Nak letak sebiji telur pun okey jugak.

Cara memasak.

๐ŸŒทJom kita mulakan.


๐ŸŒทDalam sebuah periuk, masukkan 2 cawan air daun pandan, 4 cawan air dan agar-agar tali. Masak sehingga agar-agar hancur.


๐ŸŒทBila agar-agar sudah hancur, baharulah masukkan secawan gula dan sedikit garam. Biarkan sehingga gula hancur.


๐ŸŒทApabila gula sudah hancur, masukkan pula secawan santan.


๐ŸŒทLepas tu masukkan sedikit pewarna hijau supaya warnanya menyerlah dan cantik menawan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


๐ŸŒทKacau-kacau sikit supaya warna hijau bercampur sebati gitewww.

๐ŸŒทTunggu sehingga sehingga menggelegak.


๐ŸŒทBila dah menggelegak, tuang bancuhan telur yang digodek tadi sambil dikacau lagi sehingga rata.


๐ŸŒทLepas tu biarkan ia menggelegak lagi sekali. Mesti tunggu sampai menggelegak tau.. supaya lapisan santan dan telur tu naik ke atas.

๐ŸŒทKalau dah menggelegak, biarkan lama sikit, dalam 4 ke 5 minit gitewww.


๐ŸŒทSambil tunggu dia menggelegak tu, kita sediakan loyang. Basahkan sikit dengan air. Orang kata senang sikit nak tanggalkan agar-agar bila dia beku nanti. 

๐ŸŒทMak Hencik guna loyang saiz 11"X11" sebab suka nipis jer. Kalau nak tebal sikit agar-agar tu, boleh guna saiz 10"X10".

๐ŸŒทKalau tak kesah nak tebal ke nipis, boleh pakai besen, cawan, kole atau apa yang mana hadow yang mana di dapur kita.. ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ


๐ŸŒทBalik kepada agar-agar yang menggelegak tadi.. bila dah lama mendidih, dah nampak bahagian santan tu timbul, bolehlah tutup api.

๐ŸŒทPastu tuang dalam loyang tadi dan biarkan ia  pejal.

๐ŸŒทBila dah sejuk sikit, bolehlah disimpan dalam peti sejuk.


๐ŸŒทBila agar-agar dah pejal, bolehlah dipotong.


๐ŸŒทSiap untuk dimakan. Jemput makan ya..

Bismillah..๐ŸŒท

Selasa, 17 September 2019

Puding Roti Jelly Kristal

Cantik menawan. Lemak, manis, lembut dan gebu.. Rasa tertawan!




Semasa ke pasaraya untuk membeli barang basah tadi. Mak Hencik sudah menanam dalam kepala otak ni untuk membeli agar-agar serbuk. Tup Tup bila sampai di rumah baharulah Mak Hencik teringat. Apakan daya..

Oleh kerana hayat roti pun dah tinggal dua hari lagi, maka projek buat puding roti viral bertukar dengan kreatifnya menjadi puding roti jeli kristal. Tapi caranya jadi lebih mudah. Rasanya pun sedap. Lebih- lebih lagi jika dimakan sejuk. Sedap. Cubalah.



PUDING ROTI JELI KRISTAL
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

12 keping roti sandwich, dicarik atau dipotong kiub
1 tin susu cair atau susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar mentega, dicairkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit kismis
Sedikit badam hiris atau kekacang pilihan lain
1 bungkus jeli kristal perisa strawberi atau perisa lain yang digemari

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom kita memuding hari ni.



Roti keping dicarik-carik. Tapi hari ni Mak Hencik rajin sikit, Jadi Mak Hencik potong kiub.



Mak Hencik gunakan kismis hitam dan badam hiris.



Telur 3 biji



Langkah 1
Di dalam bekas yang sesuai, masukkan susu cair, susu pekat, mentega cair, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga rata dan sebati menggunakan whisk. Kita nama kan bancuhan ni sebagai bancuhan telur ya.

Tip: untuk kurangkan hanyir telur, buang benda yang bertali  dalam telur tu dulu sebelum digunakan.



Langkah 2
Sediakan acuan atau loyang yang sesuai. Sapu dengan minyak masak atau mentega.



Langkah 3
Tabur separuh daripada roti yang dicarik atau dipotong kiub tadi ke dalam loyang. Ratakan.

Lepas tu taburkan pula separuh kismis dan badam hiris.

Kemudian tuang separuh daripada bancuhan telur ke atas roti yang ditabur kismis dan badam hiris.



Langkah 4
Ulangi langkah 3 untuk lapisan kedua.

Tabur dan ratakan roti.
Tabur pula kismis dan badam hiris ke atas roti tadi.
Tuang bancuhan telur ke atasnya.



Langkah 5
Lepas tuang bancuhan telur, tekan-tekan sikit roti dengan sudu supaya roti tenggelam dalam bancuhan telur.



Langkah 6
Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.



Langkah 7
Bila puding roti sudah masak, kita keluarkan dari pengukus dan sejuk kan sebentar.

Sementara itu kita sediakan jeli kristal.

Caranya ialah ikut sahaja cara-cara yang tercatat di kotak tu. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Langkah 8
Panaskan 2 cawan air dan masukkan serbuk jeli dan serbuk gula.



Kacau sehingga hancur.



Langkah 9
Bila sudah hancur, tuang bancuhan jeli ke atas puding roti yang disejukkan tadi dengan cermat.



Ini dia hasilnya.



Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti sejuk.



Bila puding roti sudah sejuk, jeli pun sudah beku, maka bolehlah dipotong.



Haaa.. Ambillah dua ketul untuk dirasa.

Jemput makan kawan-kawan.

Bismillah..

Ahad, 4 Ogos 2019

Koktel buah-Buahan yang sangat mudah

Segar dan menyejukkan tekak..

Hidangan pencuci mulut atau desert ni paling mudah disediakan. Paling sedap apabila dimakan setelah disejukkan dalam peti sejuk.


KOKTEL BUAH-BUAHAN
Oleh Dapur Cempakasari

1 tin buah-buahan campuran, asing kan air dan buahnya
1- 2 bungkus sumi jeli
1 cawan coco de nata
1 tin susu cair @ susu sejat
2 tin air, sukat guna tin susu cair tadi
7 sudu besar gula
1/2 cawan tepung kastard di campur dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Kita buat sekarang. Kita masak kuah dia dulu.


1. Satukan susu cair, air, gula, esen vanilla dan sedikit garam di dalam periuk. Buka api. Biarkan ia mendidih sambil dikacau sekali sekala.

2. Bancuh tepung kastard dan air. Apabila kuah sudah mendidih, tuang ke dalam periuk tadi sambil dikacau.

3. Kuah dah jadi pekat sedikit. Tutup api. Tuang ke dalam bekas hidang. Sejukkan.

4. Bila sudah sejuk, masukkan buah campuran, nata de coco dan sumi jeli. Bubuh ais.

5. Siap untuk dinikmati. Yum yum..

Sabtu, 13 April 2019

Puding Roti Warna Warni

Puding roti ni bukan nampak seksi, tapi nampak seksa!



Seksa wehhh. Seksa nampak bintit-bintit tu. Seksa menahan rasa nak merasa puding nih satu hal juga. Seksa weh!
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Seksi ke.. Seksa ke.. Pastikan rasanya sedap terutamanya bila masuk ke dalam mulut sejuk-sejuk. Hahaha
๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜€


PUDING ROTI WARNA WARNI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

20 g atau 1 bungkus agar-agar tali
5 cawan air
4 keping roti, dibuang tepi dan dicarik-carikkan
1 tin susu cair
2 sudu besar mentega
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah dan kuning
1 sudu besar serbuk coklat

Cara-cara membuatnya.

Sediakan bahan-bahan dahulu. Jom..


Antara bahan-bahan yang digunakan.


Agar-agar tali dibasuh dan ditoskan.

Cara-cara menyediakannya.


Agar-agar dimasak bersama 5 cawan air sehingga hancur.


Sementara menunggu agar-agar tali hancur, kita ambil pengisar. Masukkan susu cair, roti yang dicarik, susu pekat manis, tepung kastard, telur dan esen vanilla.


Kisar sehingga hancur.


Apabila agar-agar tali sudah hancur, masukkan gula. Kemudian, tuang bahan kisar tadi sambil dikacau sehingga sebati.


Lepas tu masukkan mentega. Kacau lagi supaya sebati.

Sediakan tiga bekas dan pewarna kegemaran. Mak Hencik pilih warna kuning, merah jambu dan coklat.


Tuangkan agar-agar ke dalam tiga bekas. Letaklah pewarna. Untuk warna coklat, bubuh serbuk koko atau coklat dan cepat-cepat kacau.

Sediakan acuan yang sesuai.


Tuang agar-agar merah, diikuti kuning dan coklat. Ulangi sehingga habis.


Biarkan suam sebentar kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Apabila agar-agar sudah mengeras dan dingin, bolehlah di keluarkan dari peti sejuk.


Nak terbalikkan dulu pun boleh sebelum dipotong.


Atau boleh jer terus potong dari dalam bekas.

Dah boleh makan.
Jom makan..

Bismillah..

๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’™