Sabtu, 20 Julai 2024

Tips Karipap Kekal Rangup

Bukan senang nak buat kulit karipap kekal rangup sampai ke petang. Begini tips nya.. Ajom..







Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang ❤️

1.Sukatan marjerin

🍰Untuk 1 kilo tepung, gunakan 1 cawan minyak dan juga 2 sudu majerin.

🍰Bila minyak dan majerin kita tadi dah panas, curahkan ke atas tepung tu.  Awas yer... panas yang amat ni. Sila gaul pakai sudu dulu.

2. Jenis Tepung
🍰Pakai tepung cap sauh sahaja

3. Sukatan air
🍰Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung

4. Guna air kapur

🍰Ni la rahsia Che Kelly buat karipap rangup sampai petang. Air rendaman kapur makan yang jernih macam ni. 

🍰setiap 1 kilo tepung masukkan 2 sudu makan air kapur

🍰Tepung tadi kita gaulkan . Lepas tu masukkan air dan air kapur tadi. Uli sampai jadi mcm ni jangan risau kalau tak licin, janji dah sebati.

🍰Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik,  tak nak bagi kena angin.

🍰4 jam kemudian boleh la digunakan untuk buat karipap.

🍰Tujuan kita buat macam ni ialah nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit. Ini cara Che Kelly buat kulit karipap. Orang lain mungkin lain  caranya.

🍰Goreng panas-panas. 
Kalau nak buat frozen cukup goreng separuh masak.

Selamat Mencuba ❤️ 

πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan