Selasa, 15 Mac 2022

Muffin Pisang Kayangan

 Mafin pisang ni kita tambah coklat chip premium dan kacang walnut. Rasanya memang macam kat kedai bakeri weh.. Kayangan sangat! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Kalau di rumah ada pisang yang dah ranum, elok sangatlah dimasak cepat-cepat supaya pisang tidak menjadi rosak dan membazir. 

Biasa kita buat cekodok atau lempeng pisang. Sekali sekala kita buatkan mafin pula. Rasanya enak, segar dan tentunya tiada bahan pengawet.


RESEPI MUFFIN @ MAFIN PISANG COKLAT CHIP DAN WALNUT
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi:  Facebook

5 biji pisang saiz besar, dilenyek

1 1/2 cawan tepung naik sendiri ( kalau tiada, boleh guna 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat)

1/2 cawan gula petang
1/2 cawan gula, boleh kurangkan sedikit jika kurang gemar rasa manis
1/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan susu segar atau full cream kotak
1 biji telur

1/2 cawan walnut, dipanggang sekejap kemudian dipatah-patahkan
1/2 cawan coklat chip

1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perisa pisang
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis


Cara-cara membuatnya

Jom..jom kita ke dapur


๐Ÿ’šPanggang kacang walnut dalam air fryer selama 3 minit. 
๐Ÿ’šBila dah masak, angkat dan Ketepikan.


๐Ÿ’šDalam sebuah  bekas, lenyek pisang sehingga hancur


๐Ÿ’šMasukkan  sebiji telur, 1/2 sudu kecil seen pisang, 1/2 cawan gula petang dan 1/2 cawan gula. Gaul rata.

๐Ÿ’š Masukkan 1/3 cawan susu segar, 1/3 cawan minyak jagung dan 1/2 sudu kecil garam.Gaul rata


๐Ÿ’šAdunan yang telah digaul rata.


๐Ÿ’š Masukkan tepung naik sendiri bersama 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis.

๐Ÿ’šKaup-balikkan beberapa kali sehingga rata.

๐Ÿ’šAmbil kacang walnut tadi dan patah-patahkan supaya menjadi kecil.


๐Ÿ’šAkhir sekali, masukkan kacang walnut tadi dan coklat chip.


๐Ÿ’š Kaup-balikkan dua tiga kali jer, siap.


๐Ÿ’š Sediakan acuan mafin. Nak yang cantik, beli yang cantik. Harga pun mahal sedikit. Jika nak yang tak cantik, beli yang tak cantik,  murahlah harganya. Kihkihkih

๐Ÿ’š Panaskan ketuhar selama 10 minit.

๐Ÿ’š Masukkan adunan mafin ke dalam acuan.

๐Ÿ’šNak bagi cantik, boleh letak 4 ke 5 biji coklat chip di atasnya.


๐Ÿ’šMasukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.

๐Ÿ’šGambar menunjukkan keadaan mafin selepas 10 minit dibakar.


๐Ÿ’šBila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan tunggu sehingga sejuk sedikit.


๐Ÿ’šNi la dia.. kejadian muffin pada hari ini. 

๐Ÿ’šJemput makan kawan-kawan.

๐Ÿ’š Bismillah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan