Memaparkan catatan dengan label Resepi kuih tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi kuih tradisional. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mac 2022

Kuih Nagasari yang sedap

Rasa lemak santan dan manis pisang yang sangat sedap. Jom buat!


Ada setandan pisang baharu sahaja Pak Hencik tebang. Separuh tandan sudah diberi kepada Siti, adik ipar yang datang berkunjung ke rumah. Maklumlah, dah lama tak berjumpa sejak pandemik covid-19 ni.

Separuh lagi ada di rumah ni lah. Hihihi. Beberapa hari lepas dah buat muffin, hari ni nak cuba buat kuih traditional pula. 



RESEPI KUIH NAGASARI

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1 cawan tepung beras

1 cawan santan pekat, Mak Hencik guna 1 kotak kecil santan kotak.

4 cawan air

2 sudu besar membukit tepung jagung

5 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam


Bahan inti

Pisang dibelah dua


Daun pisang secukupnya sebagai pembungkus kuih.


Cara-cara menyediakannya.

Jom.. jom.. jom.. kita ke dapur!


๐Ÿ’š Sediakan daun pisang untuk membungkus kuih nagasari.

๐Ÿ’šDaun pisang dilayur dan dipotong mengikut saiz yang sesuai.


๐Ÿ’šPisang. Nak guna pisang apa pun terpulang. Pisang yang tak boleh digunakan ialah pisang rosak. Hihihi


๐Ÿ’šPisang dibelah dua, Ketepikan.


๐Ÿ’šDalam sebuah bekas merah, campurkan semua bahan kecuali gula. Kacau sehingga rata dan tidak berbintil.



๐Ÿ’šTapis adunan ke dalam kuali.

๐Ÿ’šMasukkan gula.

๐Ÿ’šBuka api dapur.



๐Ÿ’šKacau selalu sehingga rata. Mula-mula ringan sahaja. Lama-lama sikit nanti jadi berat. Teruskan sahaja mengacau.

๐Ÿ’šKacau sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.

๐Ÿ’šBila dah meletup-letup tu,  dah boleh tutup api.


๐Ÿ’šBila adunan dah sejuk sikit, bolehlah kita mula membungkus.

๐Ÿ’šAmbil sekeping daun pisang, letakkan adunan santan ke atasnya.

๐Ÿ’š Kemudian letakkan sekeping pisang yang dibelah tadi..



๐Ÿ’š Kemudian, letakkan pula adunan santan di atas pisang tadi sehingga menutupi pisang.


๐Ÿ’šGulung adunan beserta pisang tadi dan lipat bahagian kiri dan kanan. Siap.



๐Ÿ’šBungkus sehingga habis 



๐Ÿ’š Masukkan kuih ke dalam pengukus dan kukus sehingga pisang masak, lebih kurang 20 minit.



๐Ÿ’šKuih nagasari dah masak, tutup suis pengukus.

๐Ÿ’šBiarkan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari pengukus dan hidangkan 



 ๐Ÿ’šJom makan kawan-kawan.

๐Ÿ’š Bismillah..

Rabu, 28 November 2018

Kuih Buku Manis @ lepat ubi kayu

Kuih tradisional yang sangat mudah dibuat. Pernah buat tak? Pernah makan tak?


Seronok sesekali pergi pasar ni. Banyak sayur kampung yang boleh dibeli. Pucuk ubi, pucuk paku, betik muda, nangka muda, mangga muda, kulat sisir, daun ranti dan pelbagai jenis ulaman.

Yang paling Mak Hencik tertarik adalah ubi kayu. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ Sekilo harganya rm3. Mak Hencik ambil seketul sahaja. Setelah ditimbang, harganya adalah rm4.

Jadi, hari ni kita boleh buat kuih.


RESEPI KUIH BUKUH MANIH
@ LEPAT UBI KAYU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 3/4 cawan ubi kayu parut
1 cawan santan pekat, Mak Hencik guna sekotak kecil santan kotak.
3/4 cawan gula
1/2 cawan gula merah
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil pewarna kuning

Cara-cara membuatnya.

Jom.. Jom.. Jom kita melepat hari ini.

 
Ubi kayu dikupas kulit.


Parut ubi kayu.


Di dalam bekas, masukkan ubi kayu parut, gula, gula merah, santan dan sedikit garam.

Ubi parut tu Mak Hencik tak perah pun airnya. Tak pahit pun.


Kacau sehingga rata.


Masukkan sedikit pewarna kuning. Kacau lagi sehingga warna kuning bergaul sebati dengan ubi parut. Biarkan dulu sebentar.


Layur daun pisang di atas api dapur gas supaya daunnya lembut dan tidak pecah apabila dilipat. Lap dengan kain bersih dan potong kepada saiz yang sesuai.



Letakkan dua sudu besar adunan ubi tadi. Sebab nak senang, Mak Hencik lipat seperti kuih lepat. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sambil membungkus tu, kita boleh panaskan air kukusan.


Nah! Siap membungkus. Bolehlah masukkan dalam kukusan yang sudah mendidih tu.


Kukus selama 15-20 minit.


Bila sudah masak, buka pengukus. Biar sejuk dululah sebelum boleh dimakan. Karang melecur lidah. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Buka sebiji.


Mmm.. Elok lembutnya. Manis pun dah OK ni.

Jemput makan..

Bismillah..

Selasa, 22 Mei 2018

Lepat Pisang Sukatan Cawan Mudah Giler

Sedap juga lepat pisang kalau ianya lembut. Nak bagi lembut perlulah letak pisang secukupnya. Kalau nak bagi keras, letaklah tepung lebih! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lepat stail ni adalah kegemaran suami berbanding yang berintikan kelapa. Eh tak ori ler kalau camtu! Habis... Nak buat camana.. dah suka gaya gini.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


RESEPI LEPAT PISANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 1/2 cawan pisang lenyek - tak perlu hancur sangat
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih muda
2 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang

Cara-cara menyediakannya


Di dalam bekas, masukkan pisang lenyek kasar, tepung gandum, kelapa parut putih (seeloknya dari kelapa muda), gula, gula merah, garam dan esen pisang.


Gaul sehingga sebati. ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† Ketepikan dahulu.


Daun pisang dilayur atau lalukan atas api untyk melembutkannya dan tak pecah bila dilipat.
Kalau malas nak layur, korang gosok ngan seterika. Hihi.

Setelah dilayur, belah daun pisang kepada saiz kecil yang dikehendaki.


Letak daun pisang di tempat rata dan sudukan satu atau dua sudu besar ke atasnya.


Mak Hencik gulung jer. ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†. Pastikan kemas dan daun pisang tidak pecah.


Lipat hujung kiri dan kanan dengan kemas. Pastikan adunan pisang tidak terkeluar.


Buat sampai habis dan susun di dalam pengukus.


Kukus selama 20 minit.


Sudah masak lepat pisang kita hari ini. Cuba kita buka satu. Mmm.. sedang elok lembutnya. Sedap.

Jemput makan kawan-kawan.


Bismillah..

Isnin, 21 Mei 2018

Tepung Pelita Percubaan Pertama...

Pelita apa yang tiada api?
Pelita apa yang boleh dimakan?

Hurm... Tepung pelitalah.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kalau makan kuih ni, usus kita akan bercahaya terang, pasal pelita sudah berada dalam perut. Huhuhu

Ini adalah percubaan pertama yang Mak Hencik buat. Ada satu masalah yang perlu diatasi iaitu apabila kita tuang adunan santan untuk lapisan kedua, lapisan hijau tu naik ke atas dan bercampur dengan yang putih. Canner tu? Kena masak sekejap atas dapur ke adunannya..? Atau akukah yang gopoh dan tergesa-gesa. Hurmm...

Tapi rasanya.. fullamak datuk datin!! Sedap secukup rasa dengan lemaknya.. dengan manisnya yang sederhana.๐Ÿ‘๐Ÿ‘



RESEPI TEPUNG PELITA
Oleh Dapur Cempakasari
Terima kasih penyumbang resepi : Rarra Sakura via FB

Bahan-bahan

Lapisan bawah hijau pandan

1 cawan tepung gandum
2  1/2 cawan santan cair - Mak hencik guna 1/2 cawan santan pekat + 2 cawan air
1 cawan air daun pandan - daun pandan dikisar dengan secawan air dan tapis. Sukat betul-betul satu cawan. Hehe
4 sudu besar gula
1 sudu kecil pewarna hijau

Lapisan atas putih santan

2 cawan santan pekat - Mak Hencik guna 2 cawan santan kotak
1 cawan air
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya

Jom buat.. caranya sangat mudah.



Oleh kerana tak reti nak buat kelonsong daun pisang, maka Mak Hencik guna bekas plastik kecil. Mak Hencik alas dengan daun pisang untuk dapatkan rasa asli tepung pelita serta aromanya.

Kemudian masukkan satu sudu besar gula ke dalam setiap bekas.



Campurkan tepung gandum, air daun pandan, santan cair dan gula. Kisar supaya adunan sebati. Tak ada ketul-ketul dah..



Susun bekas yang sudah dimasukkan gula ke dalam pengukus.



Tuang adunan pandan sebagai lapisan pertama.



Tutup pengukus dengan tudungnya. Sebelum tu lebih baik balut tudung pengukus tu dengan kain untuk menghindari wap air menitik masuk ke dalam kuih.

Atau boleh juga tutup bekas kuih dengan aluminium foil. Mak Hencik guna cara ini.

Biarkan selama 20-30 minit.



Seterusnya kita buat lapisan santan pula. Di dalam besen kecil kita campurkan santan, garam dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati atau kacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak berbintil.



Apabila lapisan hijau pandan sudah masak, tuangkan lapisan putih santan perlahan-lahan.



Dah habis semua tuang bahagian putih, tutup dengan aluminium foil kalau tak balut penutup dengan kain, pastu tutup dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.


Bila dah masak, angkat. 


Inilah rupa antara yang jadi sempurna.



Sudu sikit.



Bismillah..

Mmm... Sedapnya.. jemput makan kawan-kawan semua..

Sedap sungguh si tepung pelita,
Mari dimakan di petang hari;
Betulkah sedap bagai yang dikata,
Boleh sahaja cuba buat sendiri..

Okbai