Rabu, 28 November 2018

Kuih Buku Manis @ lepat ubi kayu

Kuih tradisional yang sangat mudah dibuat. Pernah buat tak? Pernah makan tak?


Seronok sesekali pergi pasar ni. Banyak sayur kampung yang boleh dibeli. Pucuk ubi, pucuk paku, betik muda, nangka muda, mangga muda, kulat sisir, daun ranti dan pelbagai jenis ulaman.

Yang paling Mak Hencik tertarik adalah ubi kayu. 😀😀 Sekilo harganya rm3. Mak Hencik ambil seketul sahaja. Setelah ditimbang, harganya adalah rm4.

Jadi, hari ni kita boleh buat kuih.


RESEPI KUIH BUKUH MANIH
@ LEPAT UBI KAYU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 3/4 cawan ubi kayu parut
1 cawan santan pekat, Mak Hencik guna sekotak kecil santan kotak.
3/4 cawan gula
1/2 cawan gula merah
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil pewarna kuning

Cara-cara membuatnya.

Jom.. Jom.. Jom kita melepat hari ini.

 
Ubi kayu dikupas kulit.


Parut ubi kayu.


Di dalam bekas, masukkan ubi kayu parut, gula, gula merah, santan dan sedikit garam.

Ubi parut tu Mak Hencik tak perah pun airnya. Tak pahit pun.


Kacau sehingga rata.


Masukkan sedikit pewarna kuning. Kacau lagi sehingga warna kuning bergaul sebati dengan ubi parut. Biarkan dulu sebentar.


Layur daun pisang di atas api dapur gas supaya daunnya lembut dan tidak pecah apabila dilipat. Lap dengan kain bersih dan potong kepada saiz yang sesuai.



Letakkan dua sudu besar adunan ubi tadi. Sebab nak senang, Mak Hencik lipat seperti kuih lepat. 😂😂

Sambil membungkus tu, kita boleh panaskan air kukusan.


Nah! Siap membungkus. Bolehlah masukkan dalam kukusan yang sudah mendidih tu.


Kukus selama 15-20 minit.


Bila sudah masak, buka pengukus. Biar sejuk dululah sebelum boleh dimakan. Karang melecur lidah. 😅😅


Buka sebiji.


Mmm.. Elok lembutnya. Manis pun dah OK ni.

Jemput makan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan