Rasa lemak berkrim. Kelazatan yang takleh nak move on! 😂😂😂
Masak butter ni adalah antara masakan yang paling mudah dengan bahan yang mudah-mudah juga. Dalam masakan ni, kita boleh letak telur masin kuning, atau boleh juga letak telur kuning yang digoreng dengan butter cair yang banyak sehingga membentuk serdak.
Tapi kalau nak cepat, boleh ambil cara ini yang paling ringkas. Ratah makan sahaja pun sedap benda alah ini. So cooooooolll..
RESEPI UDANG GALAH MASAK BUTTER
oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
8 ekor udang galah
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang merah besar, dihiris halus
1 biji lada hijau, dipotong serong
1 biji cili padi, dihiris halus. Kalau nak pedas, silalah tambah lagi.
1/2 biji bawang besar Holland, dipotong wedges
1 cawan susu sejat@cair
1 cawan air
2 tangkai daun kari
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Cara-cara menyediakannya
Jom.. Jom.. Kita memasak. 💪💪
Udang dibersihkan, dibasuh dan ditoskan.
Bahan-bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah besar, bawang besar Holland, cili padi, lada hijau, daun kari dan kiub ayam.
Susu sejat atau susu cair.
Serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
Jom memasak ..
Cairkan mentega.
Masukkan udang dan kacau.
Goreng sehingga separuh masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan butter lebihan menggoreng tadi dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris. Kacau sedikit.
Masukkan pula cili padi, daun kari, lada hijau dan bawang besar Holland.
Bila sudah layu, masukkan udang galah separuh masak tadi.
Kacau rata.
Masukkan pula susu sejat.
Masukkan juga air.
Masukkan kiub ayam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tak payah bubuh garam gula dah sebab sudah ada kiub ayam.
Renehkan sehingga udang galah masak sepenuhnya dan kuah menjadi pekat.
Sudah masak, angkat dan hidangkan.
Hidangan untuk hari ini. Mana nasi nih..
Jemput makan semua..
Bismillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan