Rabu, 29 November 2017

Maggi Goreng Ala Kampung yang Sedap

Masakan yang  cepat dan ringkas. Sedap pula tu!


Kebaikan megi kering ni ialah ia boleh disimpan lama. Megi ni pun ada banyak jenis juga. Kita boleh pilih jenis yang kita suka. Jenama juga berbeza-beza. Kita boleh pilih juga jenama yang kita mahu, sesuai dengan citarasa kita.


Ia juga boleh digunakan semasa kecemasan terutamanya kalau ada tetamu yang singgah sebentar secara mengejut. Makan megi la jawabnya. Megi ni cepat dan mudah untuk dimasak. Boleh masak megi pelbagai cara juga.

Ia juga sengaja disimpan untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Boleh dimasak tengah-tengah malam buta apabila perut menyanyi gembira. Sekali-sekali nak juga merasa hidangan megi ni. Hihihi


Megi Goreng Ala Kampung
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

5 ketul maggi - dicelur
1 ketul isi ayam - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji lada hijau - dihiris serong
1 sb cili kisar
3 sb minyak masak
4 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 cawan air
1 st serbuk perasa ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

sedikit karot - disagat memanjang
sedikit kobis - dipotong memanjang 
sedikit daun salad - hiasan
sedikit bawang goreng - hiasan

Cara-cara membuatnya

Meh ler kita ke dapur..


Langkah 1
Celur megi sehingga lembut. Kemudian angkat dan toskan airnya.


Langkah 2
Sediakan bahan untuk menumis seperti bawang putih yang diketuk, cili kisar, lada hijau yang dipotong serong dan isi ayam yang dipotong kecil. Kalau tak makan ayam, boleh tukar dengan sumber protein yang lain seperti daging, udang atau sotong. Terpulanglah pada kita yea.. lagi pula yang nak makan pun kita.. Hehe



Langkah 3
Mak Hencik gunakan lobak merah dan kobis sebagai sumber vitamin untuk hidangan ini.
Terpulang pada kita jugalah nak masukkan sayur apa. Mungkin apa-apa sahaja sayuran yang sesuai yang ada dalam peti ais kita, kita boleh masukkan. Gunakan apa yang hado..



Langkah 4 
Sediakan kuali dan masukkan minyak. Tunggu hingga minyak panas.


Langkah 5 
Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih yang diketuk dan cili kisar. Kacau sehingga cili kisar masak dan naik bau.


Langkah 6
Apabila cili kisar sudah masak, masukkan isi ayam. Kacau rata sehingga isi ayam masak.


Langkah 7
Apabila isi ayam sudah masak, masukkan sayur kobis, lobak merah dan lada yang telah dipotong serong tadi. Kacau rata.


Langkah 8
Apabila sayuran sudah hampir layu, masukkan air.



Langkah 9
Masukkan juga sos cili, sos tiram, serbuk ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. 



Langkah 10
Akhir sekali masukkan megi yang ditos tadi. Mmm.. tengok megi Mak Hencik dah jadi macam topi. Gunalah kudrat yang ada untuk menggaul rata megi kita supaya bercampur-gaul sebati.
 

Langkah 11
Beginilah rupa megi goreng Mak Hencik hari ini. Cuba rasa sikit. Mmm... sedap. Secukup rasa. Bolehlah dimatikan api.


Langkah 12
Masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiaskan dengan daun salad dan bawang goreng. Dalam peti ais Mak Hencik ada salad jer sayur hijau. Jadi Mak Hencik guna jer laa. Korang bubuhlah apa yang korang ada. Janji hiasan ni boleh dimakan. 

Jom ambil pinggan..Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan