Memaparkan catatan dengan label Resepi maggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi maggi. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2019

Murtabak Maggi yang Mudah dan Sedap

Menu savouri pilihan untuk breakfast atau minum petang. Mudah dan sedap! Sesuai juga untuk dihidangkan kepada tetamu yang muncul tanpa dijangka! 😋😋😋



Sejak cuti sekolah ni, semua bergoreng sudah dimasak. Bihun goreng, maggi goreng, nasi goreng, macaroni goreng dan spaghetti goreng. Habis bahan dah nak goreng. Hihihi 😆😆😆

Beberapa hari lepas, terpandang murtabak maggi di Wall FB. Terus mentol lampu menyala terang-benderang untuk menyediakannya.

Jadi, tunggu apa lagi..


RESEPI MURTABAK MAGGI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 keping maggi - dicelur dan ditoskan
6 biji telur
7 helai daun sup - dihiris halus
1 biji lada merah - dicincang. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi
1/2 biji bawang besar - dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk melengser pada kuali.

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur

Mula-mula kau buat dulu persediaan awal sebelum memasak. Atau dalam bahasa Perancis disebut mise en place.

Jom..


Celur maggi sampai lembut dan toskan air.


Telur 5 biji lepas tu tambah lagi sebiji. Jadi berapa? Kau pikir ambiklah sendiri. ðŸĪŠðŸĪŠ


Hiris daun sup, cincang bawang besar Holland, cincang lada merah, serbuk perasa maggi, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan sedikit garam.


Sedikit daging yang telah direbus empuk dan dicincang.

Kalau kau rasa tak suka daging, boleh ajer ditukarkan kepada sumber protein lain macam ayam ke udang ke.. Atau tak nak letak sumber protein pun tak perr


Langkah 1

Dalam bekas yang sesuai, satu kan semua benda kecuali minyak masak tu. Sebab minyak tu untuk disapu pada kuali.


Godek dengan garpu sehingga sebati.


Langkah 2

Sediakan pan, sapu sedikit minyak. Kalau nak senang hidup kau, guna kuali non stick. Biarkan panas sekejap.

Tuang adunan secukupnya ke dalam pan. Tutup dengan tudung periuk. Biarkan sehingga telur berubah ke warna keperangan.


Langkah 3

Balikkan murtabak dan biarkan ia masak sempurna.


Langkah 4

Apabila sudah masak, kau jangan biar dia jadi rentung pula. Cepat-cepatlah kau angkat masuk ke dalam pinggan.

Lepas ulang langkah 2 hingga 4 untuk murtabak maggi yang kedua dan ketiga.


Langkah 5

Murtabak maggi dalam pinggan tu kita hiaslah dengan sos cili dan dan mayonnaise. Eh.. Eh.. Eh.. Asal kita lak? Kau lah yang hias.. Kau yang buatkannnnnm . 😜😜😜


Ambillah sekeping untuk dirasa. Kau rasalah.. Sedap ke tidak?

Bismillah..

Mmmm.. Sedapnya. Eh! Aku pulak yang rasa. Hahaha 😂😂😂

Sabtu, 19 Oktober 2019

Maggi Kari Goreng Telur

Sedapnya maggi goreng mamak. Maggi goreng mamak satu!



Amboiii.. Awak order dengan saya ke? Tapi saya ni bukan mamak ya.. Walau bagaimana pun saya ambil order awak ni.

Tapi tak tau ler jadi ke tidak macam yang awak selalu makan tu.

Selesai makan.

Tak cakap apa-apa pun.. Tak nak puji ke..? Atau beri komen membina..? Tapi Maggi goreng dah tambah dua tiga kali.

Sabau jer laa.. 😂😂😂



RESEPI MAGGI KARI GORENG TELUR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

4 bungkus maggi kari - dicelur dan ditoskan
4 bungkus perencah kari maggi
3 biji bawang putih - diketuk
3 biji telur
1 biji lada hijau - dipotong serong
Bebola seaweed atau sumber protein yang sesuai
Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan
Daun sup - dihiris
Bawang goreng

Cara-cara menyediakannya.

Jom kita masuk ke dapur.



Empat bungkus maggi.



Perencah Maggi. Untuk 4 paket Maggi, Mak Hencik guna 3 paket perencah sahaja untuk kurang kan sikit rasa masin. 

Kalau korang nak bubuh 4 bungkus perencah untuk 4 bungkus maggi pun boleh.. Just go on.. Ikut citarasa dan selera memasing.. 



Bawang putih ketuk, lada hijau dipotong serong, tiga biji telur, perencah kari Maggi dan produk seaweed dipotong kecil.



Maggi yang sudah dicelur dan ditoskan airnya.

Jom kita memasak pula.



1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih ketuk dan lada hijau yang dipotong serong.



2. Bila bawang putih sudah kekuningan, masukkan bebola seaweed dan kacau sehingga masak. Lepas tu tolak semuanya ke atas kuali sikit. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak.



3. Masukkan maggi diikuti oleh perencah kari maggi dan telur.



Kacau sehingga rata dan sebati. Ingat! Sehingga rata dan sebati tau! Ini arahan. ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ



Bila maggi dan semua bahan telah bergaul rata dan sebati, tutup api.



5. Hidangkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.



Bersorak anak-anak melihat hidangan pada malam ni. 😆😆😆 Si ayah senyap-senyap duduk mengadap meja.

Jom makan..

Bismillah..

Rabu, 13 Disember 2017

Maggi Ladna Ayam Sukahati Akula Sedap Sangat

Pernah rasa? Cubalah masak kalau nak tahu rasanya. Sedap bhai.


Masa duduk belajar kat U dulu, aku biasa order nasi ladna. Nasi putih dituangkan kat atasnya kuah pekat dengan penuh sayuran dan sedikit ayam, udang dan sotong. Masa tu kuat makan dan tak pula naik berat badan. Kalau tak makan nasi macam tak makanlah pulak fe'el perutku nih. Jadi, hari-hari kena cari nasi.


Selepas itu bertukar pula kepada kue tiew ladna. Kalau kat kantin, kue tiew habis, adik tukang masak kantin yang sedap, Gee namanya akan cadangkan mee ladna pulak. Angguk jer la kalau sudah lapar. Itulah rezeki terbaik untuk saat tersebut.. Mak redha you..


MAGGI LADNA AYAM 
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

5 keping maggi - dicelur dan ditos

3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
1 ketul dada ayam - dihiris nipis
1 liter air
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram

sedikit kobis - dipotong kecil
sedikit karot - dipotong halus panjang
sedikit bunga kobis - dipotong kecil
sedikit cendawan - disiat kecil
sedikit batang seleri - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
sedikit minyak untuk menumis

*4 sudu besar tepung jagung
*1 cawan air 
Bahan bertanda * dibancuh sebati

garam dan gula secukupnya

Cara-cara memasak

Jom kita ke dapur.. Jom Jom


Langkah 1
Mula-mula kita celur maggi. Kita ambil periuk, masukkan air dan buka api. Biarkan sampai mendidih, barulah dimasukkan maggi. Pastu tutup periuk. Tutup api dapur sekali. Biarkan seketika. Selepas dua tiga minit, buka penutup periuk dan check dah masak ke belum maggi tadi. Kalau dah lembut bolehlah ditoskan maggi tadi.


Langkah 2
Sediakan bahan-bahan untuk memasak.
Bawang putih diketuk dan cili padi. Kalau nak pedas, tambahlah 38 biji lagi. Kalau tak mau pedas kurangkan kepada sebiji sahaja. Hihihi. Suka hati uols..


Isi ayam yang dihiris nipis. Uols boleh tukar kepada haiwan kegemaran masing-masing seperti sotong dan udang. Nak campur-campur pun laaagi sedap. Mak Hencik buat ayam sebab anak Mak Hencik yang sorang tu tak makan seafood. Jadi, untuk selamat Mak Hencik masukkan ayam sahaja.


Langkah 3
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan warna bertukar kepada kekuningan.


Langkah 4
Masukkan ayam. Kacau seketika sehingga separuh masak.


Langkah 5
Masukkan air. Boleh terus masukkan kiub ayam, sedikit serbuk lada putih, sedikit serbuk lada hitam, sos tiram dan sedikit garam. Biarkan dia mendidih seorang diri.
 Sementara itu. kita boleh potong-potong sayur.


Sayur-sayuran ni kita boleh pilih ikut selera kita. Bagi Mak Hencik pula selain dari mengikut selera anak tekak sendiri dan ahli keluarga, Mak Hencik ikut apa yang ada dalam peti sejuk.
Mak Hencik gunakan sahaja apa yang hadowww..

  
Langkah 6
Apabila sudah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran kecuali bunga kobis. Kacau sedikit.. Bunga kobis akan dimasukkan akhir sekali nanti untuk mengekalkan kerangupannya.
Gambarnya kabur sebab berasap. Hihi.


Langkah 7
Akhir sekali masukkan bunga kobis.

  
Bancuhan tepung jagung di mana kita campurkan tepung jagung dan air. Kacau sebati. 


Langkah 8
Sebaik sahaja masukkan bunga kobis, terus masukkan bancuhan tepung jagung dan segera dikacau. Kita akan dapatinya kuahnya menjadi pekat. Kalau tak pekat macammana nak buat pula? Kalau tak pekat lagi, awak buatlah bancuhan tepung jagung dan tuangkan lagi ke dalam kuah tadi. Kesimpulannya kuah ladna ni agak pekat. Jnagan pekat sangat dan jangan cair sangat. Agak pekatlah juga.. haha.. pandai-pandailah ya


 Langkah 9
Boleh rasa dah kuahnya sedak ko idok. Tutup api. Bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan.


 Ada megi, kuah ladna sukahati akula, daun sup dan bawang goreng



Langkah 10
Ambil mangkuk makan, masukkan megi, cedukkan kuah ladna, tabur daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati. Sila.. sila..

Bismillah..

Rabu, 29 November 2017

Maggi Goreng Ala Kampung yang Sedap

Masakan yang  cepat dan ringkas. Sedap pula tu!


Kebaikan megi kering ni ialah ia boleh disimpan lama. Megi ni pun ada banyak jenis juga. Kita boleh pilih jenis yang kita suka. Jenama juga berbeza-beza. Kita boleh pilih juga jenama yang kita mahu, sesuai dengan citarasa kita.


Ia juga boleh digunakan semasa kecemasan terutamanya kalau ada tetamu yang singgah sebentar secara mengejut. Makan megi la jawabnya. Megi ni cepat dan mudah untuk dimasak. Boleh masak megi pelbagai cara juga.

Ia juga sengaja disimpan untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Boleh dimasak tengah-tengah malam buta apabila perut menyanyi gembira. Sekali-sekali nak juga merasa hidangan megi ni. Hihihi


Megi Goreng Ala Kampung
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

5 ketul maggi - dicelur
1 ketul isi ayam - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji lada hijau - dihiris serong
1 sb cili kisar
3 sb minyak masak
4 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 cawan air
1 st serbuk perasa ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

sedikit karot - disagat memanjang
sedikit kobis - dipotong memanjang 
sedikit daun salad - hiasan
sedikit bawang goreng - hiasan

Cara-cara membuatnya

Meh ler kita ke dapur..


Langkah 1
Celur megi sehingga lembut. Kemudian angkat dan toskan airnya.


Langkah 2
Sediakan bahan untuk menumis seperti bawang putih yang diketuk, cili kisar, lada hijau yang dipotong serong dan isi ayam yang dipotong kecil. Kalau tak makan ayam, boleh tukar dengan sumber protein yang lain seperti daging, udang atau sotong. Terpulanglah pada kita yea.. lagi pula yang nak makan pun kita.. Hehe



Langkah 3
Mak Hencik gunakan lobak merah dan kobis sebagai sumber vitamin untuk hidangan ini.
Terpulang pada kita jugalah nak masukkan sayur apa. Mungkin apa-apa sahaja sayuran yang sesuai yang ada dalam peti ais kita, kita boleh masukkan. Gunakan apa yang hado..



Langkah 4 
Sediakan kuali dan masukkan minyak. Tunggu hingga minyak panas.


Langkah 5 
Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih yang diketuk dan cili kisar. Kacau sehingga cili kisar masak dan naik bau.


Langkah 6
Apabila cili kisar sudah masak, masukkan isi ayam. Kacau rata sehingga isi ayam masak.


Langkah 7
Apabila isi ayam sudah masak, masukkan sayur kobis, lobak merah dan lada yang telah dipotong serong tadi. Kacau rata.


Langkah 8
Apabila sayuran sudah hampir layu, masukkan air.



Langkah 9
Masukkan juga sos cili, sos tiram, serbuk ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. 



Langkah 10
Akhir sekali masukkan megi yang ditos tadi. Mmm.. tengok megi Mak Hencik dah jadi macam topi. Gunalah kudrat yang ada untuk menggaul rata megi kita supaya bercampur-gaul sebati.
 

Langkah 11
Beginilah rupa megi goreng Mak Hencik hari ini. Cuba rasa sikit. Mmm... sedap. Secukup rasa. Bolehlah dimatikan api.


Langkah 12
Masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiaskan dengan daun salad dan bawang goreng. Dalam peti ais Mak Hencik ada salad jer sayur hijau. Jadi Mak Hencik guna jer laa. Korang bubuhlah apa yang korang ada. Janji hiasan ni boleh dimakan. 

Jom ambil pinggan..Jemput makan semua..

Bismillah..