Rabu, 29 November 2017

Mee Kari Ayam yang Sedap

Rasa mi kari yang sedap.. Sukar melupakan kelazatannya selepas menikmatinya..


"Kau makan mi gulai? Kalau kau makan esok aku bawa." Seorang kawan baik dari utara tanah air bertanyakan Mak Hencik pada suatu hari.
Mi Gulai? Apa tu? 

Gelak sakan dia ni. Su nama dipanggil. Sangat baik orangnya, penyayang kepada kanak-kanak, suka bergurau, suka melawak dan menggembirakan hati kawan-kawan. Sangat pandai memasak pula.




Rupa-rupanya mi gulai ni adalah panggilan Su kepada Mi Kari. Memang sedap rasa Mi Kari ni rupa-rupanya. Ada juga mi masak kari ni rupa-rupanya. Ish Ish Ish banyak pula rupa-rupanya.

Hihihi


Mi Kari Ayam 
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg mi kuning - dicelur 

1 biji bawang merah besar
5-6 biji bawang putih
1/2 inci halia

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis 

2 ketul ayam dipotong kecil
1/2 cwn air asam jawa
5 cwn santan1 paket tauhu kering - dibelah empat
1 biji tauhu basah - di goreng dan dipotong kiub

*4 sb rempah kari daging
*1/2 cwn air
bahan bertanda * dicampur dijadikan bancuhan kari

Garam dan gula secukupnya 

Bahan-bahan hiasan

1 paket fish ball - dicelur
1 biji tauhu basah - digoreng dan dipotong nipis
3 batang fish cake - digoreng dan dipotong nipis
5 biji telur - direbus dan dibelah dua
lada merah atau hijau - dihiris nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua - Mak Hencik tak ada. Huhuhu
tauge, daun sup dan bawang goreng

Cara-cara menyediakannya.

Marilah kita ke dapur..


Langkah 1
Ayam dipotong kecil-kecil. Boleh campur bahagian tulang dan bahagian isi. Kemudian basuh bersih dan toskan airnya. Ketepikan.


Langkah 2
Buat bancuhan kari. 4 sudu besar serbuk kari daging dibancuh dengan 1/2 cawan air. Mak hencik agak-agak jer tuh. Pandai-pandailah korang nak tambah atau nak kurang.


Langkah 3

a. Sediakan 1 biji bawang besar, setengah inci halia dan 6 biji bawang putih. Masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hancur. 

b. Sediakan rempah 4 sekawan seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Basuh bersih dan toskan airnya.  Yang ni takder gambar, tak sempat selfie.



Langkah4
Itu dia rupa hasil kisaran kita.


Langkah 5
Panaskan periuk atas dapur, masukkan 5 sudu besar minyak masak.


Langkah 6
Apabila minyak sudah panas, masukkan rempah empat sekawan. Kacau sebentar.


Langkah 7
Masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sekali-sekala sehingga hampir garing.



Langkah 8
Masukan bancuhan kari kita tadi. Kacau sebati. 



Langkah 9
Apabila sudah kering, masukkan ayam. Kacau sehingga rata.


Langkah 10
Masukkan air asam jawa.


Langkah 11
Apabila ayam sudah masak, masukkan santan. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga rata.




Langkah 12
Tauhu kering dipotong. Nama ebenar Mak Hencik tak tau loorrr. Tauhu basah tu kita goreng dulu, pastu potong kiub.


Langkah 13
Masukkan ke dalam periuk kari tadi. Kacau rata sehingga mendidih. Hahhhh nampak penuh seperiuk. Bau pun sudah masuk ke rongga hidung. Sedappp baunya.


Langkah 14
Setelah mendidih seketika, tutup api.



Langkah 15
Untuk tambahan hiasan, Mak Hencik guna fishcake dan tauhu yang digoreng. Hiris nipis-nipis.


Langkah 16
Untuk hidangan mi kari hari ini, Mak hencik guna tauge, daun sup, daun bawang, telur rebus, fish ball Mak Hencik celur seketika, tauhu dan fish cake yang dihiris nipis tadi.


Langkah 17
Ho ho ho.. Jangan lupa mi kuning, iaitu bahan utama kita.. Celur dulu mi kuning tu dan tos.


Langkah 17
Tu dia rupa mi kari ayam kita hari ini. Sedap dimakan petang-petang dengan segelas air sirap. Tak ada air sirap, air oren pun boleh. Tak ada air oren air anggur pun ok. Kalau tak ada juga, ada air sejuk pun tak po aiihhhh...  Jemput makan semua..

Bismillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan