Khamis, 19 September 2019

Resepi satey ayam yang mudah

Lembut dan sedap. Nikmatnya!

😍😍😍 

Kalau nak berniaga satay, boleh ambik resepi ni. Resepi ni sumbangan rakan FB yang telah Mak Hencik cuba dan ternyata sangat sedap hasilnya. 


Mak Hencik biasa buat sate ni pada hari perayaan. Malam nanti pula kita sediakan satay untuk BBQ. Menu lain yang biasa kita bakar ialah ayam, sotong, daging kambing, kerang dan ikan.

Sedap juga tau makan satay ni. Tambah-tambah kalau resepinya menjadi. InsyaaAllah menjadi. Haa.. Apa lagi. Jom kita try!



RESEPI SATE AYAM
Oleh Dapur Cempakasari
(menghasilkan 70 batang satay saiz besar jugak la)

Bahan-bahan

2 kg isi ayam - dibasuh bersih dan dipotong kiub
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah besar
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5-6 batang serai
2 1/2 inci halia
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 inci Kunyit hidup
3 sudu besar kunyit serbuk
2 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa, jika suka. 


Cara-cara membuatnya


Ajom kita ke dapur..


Rendam lidi satay selama sejam lebih kurang supaya lidi tidak mudah terbakar apabila satay dibakar nanti.


 Serai dihiris halus. Sediakan juga bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia.


Biji jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

Semua bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, jintan putih jintan manis, ketumbar, Serai, gula, gula merah dan garam dikisar sehingga halus. Ketepikan


Isi ayam dibasuh bersih dan diasingkan kulit. Kulit tu pun ambil juga tau.


Potong kiub isi ayam dan kulit ayam pula dipotong dalam 2-3 inci panjang.


Seterusnya,  ambil bahan kisar tadi dan tuang ke dalam bekas isi ayam.


Lepas tu kita gaullah ayam dan bahan kisar tu sehingga sebati.

Bila sudah sebati segala, kita perap dalam 2-3 jam supaya rempah ratus dan rasa masin manis diserap pada ayam. Kita tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Kalau nak lagi sedap, peraplah semalaman.


Sesudah diperap, keluarkan bekas ayam dari peti sejuk dan bermula lah proses mencucuk pula.

Ambil sebatang lidi dan cucuk seketul ayam diikuti oleh kulit ayam dan seterusnya diikuti pula dengan dua ketul isi ayam. Cucuk dengan cermat dan kemas. Buatlah sampai habis.


Kalau ada anak-anak tu kita kerah jer tenaga diorang supaya cepat siap kerja mencucuk ni. 😂😂😂

Buatlah sampai habis..


Tibalah masanya untuk membakar. Maka bakarlah satay sehingga masak.


Bila satay sudah masak, angkat dan bakar yang lain pula sehingga habis. Sambil membakar tu bolehlah ambil sebatang satay dan makan. Ambil lagi sebatang dan makan. Dan makan lagi..


Jemput makan semua..

Bismillah.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan