Sedap ke masak ikan Kheng Som ni? ☺☺ Haaa.. kalau nak tahu kena la cuba buat.
Banyak versi juga masakan Kheng Som nih. Versi Songkhla pun ada. Pendek kata ikut penduduk setempat gamaknya.
Ada masuk daun kesom, serai, rebung, timun, nenas, kang kung dan sebagainya.
Versi masakan Kheng Som Mak Hencik? Apa-apa jer ler.. asalkan sedap dan menyelerakan.. 😀😀
RESEPI IKAN KHENG SOM
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak saiz kecil - dipotong 4
*10 biji cili padi - Mak Hencik kurangkan sebab perut tak tahan pedas.
*1 biji bawang merah besar
*2 inci kunyit
*1/2 inci belacan - tak letak sebab ada orang dalam family ni takleh makan
Semua bahan bertanda * dikisar halus
3 cawan air
1/2 cawan air asam jawa atau secukupnya
5 tangkai daun kesum
5 tangkai kangkung - dipotong 2 inci
1 keping nenas - dipotong kecil
Manisan kerek, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Cara-cara menyediakannya
Mari kita memasak...jom
Cili padi, bawang merah besar dan kunyit. Semua bahan ni dikisar halus. Termasuk belacan ya kalau letak belacan.
Ikan jenahak saiz kecil dipotong empat.
Air asam jawa
Daun kesom, kangkung dan manisan kerek. Kalau tak ada boleh jer ditukar dengan gula.
Langkah 1
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan kacau seketika sehingga air kisar kering.
Langkah 2
Apabila air sudah kering, tambah air secukupnya. Kalau suka kuah banyak, bubuh banyak air dan kalau suka kuah sedikit, bubuhlah sedikit air sahaja.
Langkah 3
Masukkan air asam jawa. Rasanya mesti masam.
Ada orang gantikan asam jawa dengan asam keping kerana rasanya lebih ummmphhh. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Dah lidah kita yang nak merasa, suka hati kita la nak boh apa pun. Hurmmm.. bengang nampak? Kahkahkah
Masukkan juga garam dan serbuk perasan secukup rasa.
Langkah 4
Masukkan manisan kerek sekiranya ada. Kalau tiada tak payah bubuh. Gantikan jer dengan gula. Rasanya harus ada rasa manis sikit. Jangan manis sangat mengalahkan air teh pula. 😂😂😂
Ini pun menimbulkan perbahasan juga. Tak per.. tak per.. terpulang kepada citarasa juga. Dah lidah kita yang nak merasa, suka hati kita la nak boh gula macam lori tumpah pun. Hurmmmm... bengang nampak? Kahkahkah
Sedapnya membebel.. kuah pun sudah mendidih.
Langkah 5
Masukkan ikan. Biar dia mereneh seketika.
Langkah 6
Masukkan nenas, daun kesum dan kang kung.
Langkah 7
Bila kang kung sudah layu, tutup api.
Langkah 8
Siap sudah masakan kita hari ini. Rasanya cukup. Pedas, masam dan manis. Fuhhhhh..! Berapi.🔥🔥🔥
Jemput makan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan