Sabtu, 3 Mac 2018

Cendawan Snow White Tumis Air

Hari ini kita makan tengahari dengan menu cendawan snow white tumis air, ikan tamban goreng garing dan sambal tiada belacan yang pedas power. Heeeee 😁😁


Pagi tadi singgah di Tesco untuk beli barang keperluan harian. Sebelum ni Mak Hencik berbelanja di pasaraya kecil Grand Union kerana barang-barang jualannya lengkap dan berkualiti dengan harga yang kompetitif.


Selepas berpindah ke kampung ni, kami singgah di Tesco atau Giant selepas menikmati sarapan pagi. Panjang pula ceritanya ya..

Dah tiba di Tesco tadi, anak bongsu teringinkan makan cendawan ni. Nama pun tak tahu apa. Ikut jer laa nama yang tertulis di bungkusan tu.

Kalau nama Melayu kita ni apa ya? Nak kata cendawan pusu, saiznya lebih kecil. Mmm.. biaq pi la nama apa pun. 😑😑


CENDAWAN SNOW WHITE TUMIS AIR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

1 ketul ayam - dipotong kecil
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah besar saiz kecil - dihiris
4 cawan air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 biji lada merah - dipotong serong
1/2 biji tomato - dipotong wedges
2 paket cendawan snow white
Sedikit karot - dipotong halus panjang 2 inci
Sedikit brokoli - dipotong kecil
2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa ayam
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Hiasan
Sedikit daun sup - dihiris halus
Sedikit daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Cara-cara membuatnya

Mohler..

Sediakan bahan-bahan..


Ayam dipotong kecil, dibersihkan dan ditoskan airnya.


Cendawan snow white


Karot, brokoli dan lada hijau


Tomato dipotong wedges


Bawang putih dan bawang merah dihiris.

Cara-cara menyediakannya


Langkah 1
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah.


Langkah 2
Bila bawang sudah berwarna kekuningan, masukkan ayam. Kacau seketika.


Langkah 3
Bila ayam sudah separuh masak, masukkan air.


Langkah 4
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa ayam. Kacau seketika. Biarkan sehingga mendidih.


Langkah 5
Bila kuah sudah mendidih, masukkan karot, brokoli dan lada hijau.


Langkah 6
Masukkan juga cendawan snow white.
Kacau rata dan biarkan merenih seketika.



Langkah 7
Bila cendawan sudah masak, bolehlah tutup api. Hidangkan dalam mangkuk hidangan. Jom makan dengan ikan tamban goreng garing dan sambal tiada belacan. Hari ni makan berdua sahaja.. huhu

Bismillah..


Pergi kedai baba,
Beli buah ara;
Selamat mencuba,
selamat menjamu selera. 😄😄

Tiada ulasan:

Catat Ulasan