Sedapnya makan pengat pisang πππ yang dicampur dengan durian ni.. makan pula selepas disejukkan dalam peti ais. Nyaman.. πΌπΌπΌ
RESEPI PENGAT PISANG DURIAN LEMAK BERKRIM
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
6 biji pisang - dipotong serong
10 ulas durian atau secukupnya
4 cawan santan
1 cawan susu sejat
1/3 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
Gula melaka secukupnya
Pisang lebihan goreng petang tadi ada enam biji. Ni pisang apa ya? Pisang ni jiran yang bagi. Katanya boleh dimakan begitu sahaja dan boleh juga digoreng. Tadi sudah goreng, sekarang mari kita cuba buat pengat pula.
Pisang dipotong serong. Satu biji dapat empat keping. Mmm.. banyak pula dapat pisang ni.
Durian ni suami beli di pasar malam. Katanya durian dari Muar. Harga adalah berpatutan, RM36 dapat 6 biji.
Cara-cara menyediakannya
Langkah 1
Dalam periuk, masukkan santan, susu cair, gula melaka, gula dan garam. Masukkan juga isi durian. Buka api dan kacau sekali-sekala.
Langkah 2
Masukkan pisang. Kacau lagi dan tunggu sehingga kuah mendidih.
Langkah 3
Bila sudah mendidih, isi durian pun sudah bercerai dengan isinya, bolehlah tutup api.
Bolehlah dihidangkan. Jemput makan..
Bismillah..
Ya ampunnn sedapnya pisang ni. Lemak dan manis asli buah pisang. Pisang apa ni ya. Boleh cari benih dan tanam ni.
Yang ini pula kita simpan dalam peti sejuk untuk bekalan mulut di hari esok. πππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan