Rabu, 20 Disember 2017

Kurma Ayam Laku Keras

Biarpun nampak biasa-biasa sahaja, bahan memasak yang biasa-biasa sahaja, cara memasak yang biasa-biasa sahaja, namun rasamu lazat nikmat terangkat!




Adakah kurma ni yang kita makan semasa mula-mula nak buka puasa? Bukannnnn... Kurma ini tidak dimakan semasa berbuka puasa di bulan Ramadhan. 
Adakah kurma ini yang selalu dikisar dengan susu untuk dijadikan minuman lazat? Bukannn...  Kurma ini tidak boleh sama sekali dicampur dengan susu dan dikisar menjadi minuman lazat.


Ramai orang kata untuk melembutkan daging, boleh diletakkan sebiji dua biji kurma di dalam masakan. Bolehkah diambil biji kurma ini untuk melembutkan daging? Oh tidak bolehhhh. Malahan kurma ini tidak mempunyai biji. Kurma yang tiada biji? Seedless? Ooo.. ternyata kurma ini sangat istimewa dan luar biasa ya..
 

Iya.. benar sekali..Yang istimewanya ialah kurma ini merupakan sejenis lauk yang dimakan dengan nasi atau roti atau roti jala. Kurma ini bukanlah sejenis buah, apatah lagi pokok. Sebaliknya kurma ini selalu bergandingan dengan haiwan. Antaranya ialah kurma ayam, kurma kambing dan kurma daging lembu. Hihihi


AYAM MASAK KURMA LAKU KERAS
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 ketul ayam
2 biji bawang putih - dimayang
1 biji bawang merah besar - dimayang
1/2 inci halia - dihiris halus

3 sudu besar rempah kurma
2 batang serai diketuk
2 biji lada hijau atau lada merah
3 cawan santan
1/2 cawan air

2 biji ubi kentang - dipotong sederhana kecil
1 biji bawang besar - dipotong wedges
1 biji tomato - dibelah empat

2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar minyak sapi atau minyak masak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

Jom jom jom kita ke dapur..


Ayam dibersihkan dan ditoskan airnya


Sediakan bahan untuk memasak


Rempah kurma dibancuh dengan sedikit air dijadikan paste kurma


Langkah 1
Panaskan minyak sapi atau minyak masak. Tumiskan sebentar rempah empat sekawan seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.


Langkah 2
Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehingga bawang layu.


Langkah 3
Bila bawang sudah layu, masukkan kurma paste, iaitu campuran serbuk kurma dengan sedikit air. Kacau rata dan biarkan ia kering sedikit.
.

Langkah 4
Bila bancuhan kurma sudah naik minyak, masukkan ayam, ubi kentang dan air asam jawa secukupnya. Gaul sehingga rata dan sebati.
 
Langkah 5
Masukkan serai yang diketuk dan setengah cawan air. Gaul sehingga rata.


Langkah 6
Untuk mempercepatkan ayam masak, tutup periuk dengan penutup sekejap dalam 4-5 minit.


Langkah 7
Kena tengok jugalah periuk yang ditutup sekali-sekala  takut hangit pula dia. Haru jadinya..
Bila air sudah hampir kering, masukkan santan. 


Langkah 8
Masukkan juga, tomato, lada hijau dan merah serta bawang holand yang dipotong wedges.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala. Biarkan ia mendidh.


Langkah 9
Apabila kuah kurma sudah mendidih, ayam pun sudah masak, bolehlah kita merasa masakan kita hari ini. Masam, masin, manisnya semua ada. Cantekkkkkk!
 

Langkah 10
Bolehlah kita hidangkan di dalam mangkuk hidangan. Ayam masak kurma..sedap sangat. Jemput makan kawan-kawan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan