Jumaat, 22 Disember 2017

Donat Kegilaan Apakah ini.

Hari ini rupamu tidak lawa, Nat. Aku pun tak dapat make up kau lawa lawa. Maafkan aku, Nat. Tapi.. kau sungguh lembut.. Kau sedap, Nat!



Kau banyak keistimewaan, menjadi pilihan kanak-kanak dan dewasa. Kau kegemaran ramai..  dari gerai kecil tepi jalan di hujung kampung hinggalah ke gedung-gedung mewah bandaraya terkenal.


Setiap kali gambar donat muncul di depanku, setiap kali itulah kau akan ditatap, direnung, diperhati dan ditelek- telek. Lembutkah? Gebukah? Sedapkah?


Resepimu pun ku abadikan di dalam telefonku. Pantang terjumpa resepimu di laman sosial, ku akan save resepimu tanpa ragu. Ku akan share resepimu tanpa silu. Kukumpul resepimu biarpun bila ku tengok semula aku dapati resepimu lebih kurang sama sahaja.


RESEPI DONAT KEGILAAN APAKAH INI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air suam
2 sudu besar yis segera
1 sudu kecil double action baking powder
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu teh garam

1/2 cawan gula kastor untuk menyalut Cik Nat kita
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Meh ler kita ke dapur



Mula-mula sekali masukkan air dalam bekas, masukkan susu pekat dan yis. Kacau sedikit dan biarkan sehingga berbuih.


Air campuran yis yang sudah berbuih


Di dalam mangkuk adunan, masukkan tepung, telur, esen vanila, garam, gula, mentega dan double action baking powder. Gaul semuanya sehingga menjadi seperti serbuk roti.


Buatkan lubang di tengah-tengah dan masukkan air yis yang berbuih tadi. Gaul sebati dan uli sehingga tak melekat di tangan.

Kalau nak senang bubuh jer adunan dalam bread maker.


Adunan yang sudah siap diuli ditutup dengan kain kasa. Hihi. Ayat Sains Rumah Tangga tu. Okey,  biarkan beberapa jam sehingga kembang.

Sebenarnya seperti biasa, Mak Hencik tutup dengan tutup pengukus. Hihi


Ini adalah rupa adunan yang dah kembang. Tapi nampak macam tak kembang jer. Nampak macam kembang sikit jer. Risau pula hati Mak Hencik. Biasa Mak Hencik bubuh minyak, hari ni tukar dengan mentega. Biasa masukkan baking powder, hari ni Mak Hencik masukkan double action baking powder. Pasal tarikh expired dah nak abis.

 Atau mungkin kerana Mak Hencik bawa dia berjalan 8 km naik kereta ke rumah baru. Apakan daya, Mak Hencik nak ngemas. Mak Hencik usunglah segala..Hihi

Alaaa.. teruskan ajer..Tumbuk tumbuk dia sikit untuk buang udara. Uli dan penyek dengan bertenaga.


Bentukkan bebola kecil. Penyekkan dia sikit dan tebuk lubang. Hurmm.. tak ada pula gambar  Cik Nat yang ditebuk lubang..


Lepas tu apalagi.. Goreng diorang semua dalam minyak yang banyak.


Bila masak angkat dan toskan minyak.


Rupa bentuk  Cik Nat sebelum berbedak


Rupa bentuk Nat selepas dipakaikan bedak dengan gula kastor. Jom buat air teh 0, untuk menemani Cik Nat hari ni.. Sila.. silakan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan