Hidangan zaman kanak-kanak yang tetap ku gemari dari dahulu sehingga kini..
Pada ketika itu, asam pedas tempoyak nenek panggil, selalu dimasak menggunakan ikan-ikan sungai seperti ikan kelah, ikan jelawat, baung dan patin. Ada banyak jenis ikan sungai lagi yang aku pun tidak ingat namanya.
Masak tempoyak tu biasanya ditemani oleh pelbagai jenis daun pula. Antaranya daun yang paling kuingat ialah daun pepijat. Kenapa agaknya aku tidak dapat melupakannya? Kerana baunya seakan-akan bau pepijat di bawah tilam. Biar betik? Yuppp! Memang betik. Itulah antara menu masakan nenekku dahulu.
Namun begitu, aromanya apabila dimasukkan dalam masak tempoyak ni memang terangkat bertingkat-tingkat. Hehe.. Malangnya daun pepijat ni sukar didapati kerana hidup di kawasan hutan pedalaman dan tidak hidup pula bila ditanam di kawasan kediamanku.
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
4 ketul ikan patin
*2 inci kunyit hidup
*5 biji cili padi
Bahan bertanda * dikisar halus
1 keping asam gelugur
5 sudu besar tempoyak
4 cawan air
4 tangkai daun kesum
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara membuatnya
Jom masak sama-sama
Air beras, garam dan asam jawa
Langkah 1
Basuh ikan patin menggunakan air beras, garam dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Basuh sehingga bersih dan tos kan airnya. Ketepikan.
Mymum yang ajar Mak Hencik begitu caranya basuh ikan darat yang berbau hanyir. Mak Hencik ikut jer cakap mak. Saaaaayang mak.
Tempoyak
Daun kesum
Kunyit hidup dan cili padi secukupnya
Langkah 2
Kisar cilipadi dan kunyit sehingga hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu.. Mmm.. frust sangat bunyinya terr.. Kalau nak pedas, tambahlah cili padi tu. Kalau tak nak pedas, kurangkan sahaja cili tu ya..
Sediakan juga tempoyak dan daun kesum. Daun kesum tu boleh diceraikan daun dengan batang. Kalau nak masukkan sekali dengan batangnya pun tidak menjadi masalah. Suka hati kau lah.. Kau yang nak masak.. Tapi kalau masak dengan MIL (mother in law) kau kena ikut cara dia tau. Tu cara nak bagi MIL sayang kau tu tau.. Mak Hencik dah payung tu..
Langkah 3
Sediakan periuk. Masukkan ikan patin. Masukkan bahan kisar tadi.
Sebenarnya ikan patin tu boleh ditukar ikut selera anak tekak kita tau. Mana tau ada yang tak makan ikan patin, boleh tukar pada ikan keli ke, ikan kembung ke, ikan selar ke.. Terpulanglah ya. Ikut selera anak tekak masing-masing.
Langkah 4
Masukkan air dan sekeping asam gelugur. Sementara tu buka api dapur tu. Masukkan juga garam, gula (optional) dan serbuk perasa (optional). Biarkan sehingga mendidih.
Ada yang panggil asam gelugur tu asam keping. Benda alah yang sama tu ya nak oii.
Langkah 5
Selepas itu, masukkan juga tempoyak. Kacau sikit supaya tempoyak bergaul mesra dengan kuah.
Langkah 6
Masukkan juga daun kesum.
Kalau ada daun pepijat tu bubuhlah, tukar dengan daun kesum tu ya. Mak Hencik ada daun kesum jadi bubuh daun kesum jer la. Bau sedap juga nanti ni...
Langkah 7
Tunggu sampai mendidih. Kemudian bolehlah rasa asam garamnya. Rasa tempoyakkah? Rasa ikankah? Hihi
Langkah 8
Bila dah masak, matikan api. Ambilkan mangkuk warna-warni ke, bercorak ke, mangkuk kaca ke, mangkuk plastik ke.. Yang mana yang kita suka.. cedokkan ikan masak tempoyak ke dalamnya.
Langkah 9
Inilah dia hasil dapur berasap kita hari ini. Sedia dimakan dengan nasi. Sediakan nasi putih panas, sambal belacan dan petai. Fuhhh menyengat!! Silakan makan bersama..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan