Jumaat, 15 Disember 2017

Bingka Ubi Kayu Orang Kampung

Antara kuih tradisional Melayu yang sangat mudah untuk disediakan dan enak pula rasanya.

Beruntung orang kampung. Kalau nak makan kuih berasaskan ubi kayu agak mudah.  Pergi ke belakang rumah atau tepi-tepi pagar, bawa cangkul sekali. Cangkul tanah berhati-hati supaya tak terkena ubi kayu. Kemudian tarik ke atas. Maka keluarlah empat lima ketul ubi kayu. Sudah boleh dibuat kuih bingka ubi kayu. Itu pun kalau ada tanam pokoknya...


Berbeza pula dengan orang yang tinggal di bandar, yang tak dapat bercucuk-tanam lantaran kesempitan tanah.

Paling mudah ialah hidupkan enjin motor atau kereta ke pasar berhampiran untuk 'menuai' ubi kayu. Lepas tu pulang ke rumah. Dah tu rasa penat pula sebab tadi baru keluar. Jadinya biarkan saja si ubi kayu di ceruk dapur.. bertangguh-bertangguh, last-last ubi pun dah masuk angin.. hurmm.. aku lah tu..


Resepi Bingka Ubi Kayu Tradisional
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Kak Ann Periuk Tanah

Bahan-bahan

4 cawan ubi kayu yang diparut
1 cawan gula  - Mak Hencik tambah 2 sudu besar gula
2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara menyediakannya

Jom ke dapur


Inilah rupa dan bentuk badan ubi kayu.


Kupas kulit ubi kayu. Buang baju hitamnya. Biarkan kulit putih melepaknya terdedah. Biar nampak seksi hari ni.


Parut ubi kayu menggunakan mesin parut kelapa.

Kalau tak ada mesin, boleh gi kedai upah orang parut ubi. Hehe


Masukkan ubi kayu parut ke dalam besen kecil. Masukkan gula, garam dan santan. Kacau hingga sebati.

Santan tu Mak Hencik beli kat pasar satu plastik kecil, lebih kurang secawan. Pastu Mak Hencik tambahkan secawan air.


Oh ho ho.. hampir terlupa pula. Masukkan juga sedikit pewarna kuning. Terus dikacau sehingga sebati.

Masa ni dah boleh panaskan oven 200°C selama 10 minit.


Sapu loyang dengan mentega atau minyak masak. Mak Hencik guna loyang saiz 8"x 8". Kalau nak tebal, gunalah loyang yang lebih kecil.


Masukkan ke dalam loyang.


Bakar 200°C, 1 jam 20 minit atau ikut oven masing-masing.


Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu. Jangan potong dulu masa masih panas sebab nanti tak cantik. Tak caye? Cer tengok kat bawah. Huhu


Rasanya memang sedap. Cukup manis. Cukup lemak. Enak sekali.

Jemput makan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan