Rabu, 20 Disember 2017

Ayam Buttermilk Berkuah cepat dimasak sedap dimakan

Rasa lemak berkrim, sungguh lazat menikmatinya..




Teka-teki ayam

 Dalam banyak-banyak ayam, ayam apakah yang paling kaya? Jawapannya ialah ayamas.

Asal dari ayam, tapi tidak disebut ayam. Apakah dia? Jawapannya ialah telur tembelang, telur mata kerbau

Ayam apa paling hebat? Jawapannya ialah ayam jaguh. Huhu

Ayam apa paling hot? Jawapannya ialah ayam api. Hahaha

Ayam berkokok, harimau....? Jawapannya hari mau (mahu) siang

Aduhhh terkena Mak Hencik dengan anak-anak. Masa cuti sekolah beginilah boleh bergurau-senda dengan anak-anak. Hihi...


RESEPI AYAM BUTTERMILK BERKUAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 ketul ayam - dipotong kecil
1/2 cawan tepung jagung

2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 biji bawang merah besar - dimayang
4 biji cili padi - dipotong serong
3 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega
1 cawan susu sejat atau susu cair
1 cawan air
1/2 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih

2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (optional)

sedikit garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak

Jom jom jom..


 Ayam dipotong, dibersihkan dan toskan airnya.


Masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk berisi ayam


Gaul rata sehingga tepung jagung menyaluti ayam

 Goreng ayam bersalut tepung jagung


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak


Hiris bawang putih dan bawang merah, cili padi dan daun kari.

Langkah 1
Panaskan kuali, masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang merah. Bila sudah kekuningan, masukkan cili dan daun kari. Kacau rata.

Daun kari tu nak dileraikan daunnya pun ok. Kalau nak masuk sekali dengan tangkainya pun ok juga. Ikut minat dan mood masing-masing..


Langkah 2
Masukkan susu sejat dan air. Kacau sebati sehingga mendidih.


kiub ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah


Langkah 3
Sambil tu boleh masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Bubuh garam sedikiiiiitt sahaja sebab kiub ayam tu dah masin. Kalu tak bubuh garam pun tak apa. Ikut sukalah ya..

Kacau rata hingga mendidih. Bila sudah mendidih dan pekat sedikit kuahnya, tutup api.

Kalau nak lagi pekat, bancuh sesudu dua tepung jagung dengan sedikit air. Tuang ke dalam kuah yang tengah menggelegak. Sekejap jer kuah jadi pekat.


Langkah 4
Tuang kuahnya ke atas ayam goreng tepung tadi.


Langkah 5
Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Makan dengan roti pun sedap. Makan saja pun sedap juga. Hihi

Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan