Dah sampai tengah jalan baru perasan ada benda yang tertinggal..
Nak buat roti, tapi lupa letak salah satu bahannya. Jadi ke tak? Jadi ke tak? Kesian pada diriku ini.. Huhu
Aku teruskan jugalah dengan perasaan berbelah bahagi. Rasa terkilan juga pada mulanya. Tapi apakan daya.. mungkin inilah resepi short cut atau resepi roti stick dengan bahan yang mana ada. Korang yang kurang bahan kat dapur tu boleh guna resepi ni..
RESEPI ROTI CHEESE STICK CARA SHORT CUT
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar bread softener
*1 sudu besar yis segera
*1 cawan air
*2 sudu besar susu pekat manis
Bahan bertanda * dicampur dan dikacau kemudian dibiarkan sehingga berbuih
Cara-cara membuatnya
Mehler kita mengerjakannya..
Langkah 1
Campurkan air suam, susu pekat manis dan yis segera di dalam bekas. Kacau sedikit. Biarkan hingga kembang. Ketepikan.
Langkah 2
Sementara itu, ambil satu mangkuk adunan. Masukkan tepung gandum, gula, garam, minyak, baking powder dan bread softener. Gaul sebati hingga menjadi serbuk roti.
Langkah 3
Buatkan lubang di tengah-tengah.
Mak Hencik tengok yis dalam bekas belum kembang berbuih. Jadi Mak Hencik biarkan dulu.
Keadaan campuran yis selepas 30 minit agaknya. Tak perasan berapa lama. Tinggal- tinggal.. Tengok-tengok dah berbuih.
Langkah 4
Tuangkan campuran yis tadi ke tengah-tengah adunan. Ulilah sampai membentuk adunan yang tak melekat di tangan. Agak-agaklah ya.
Adunan yang sudah diuli dengan tergesa-gesa sebab lepas ni nak keluar pulak.
Langkah 5
Tutup adunan dengan penutup yang sesuai. Biarkan sehingga kembang. Kata orang, kembang sekali ganda.
Langkah 6
Sampai sahaja di rumah, terus buka penutup. Tengok-tengok seperti gambar di atas. Masa ni ler baru perasan tak letak satu bahan untuk buat roti.. Adusss jadi ke ni.. jadi ke ni..
Langkah 7
Tumbuk tumbuk adunan sampai kembali penyek. Kemudian keluarkan dari mangkuk adunan dan letakkan atas tikar hikmat untuk menguli.
Mak Hencik tambah sesudu dua tepung sebab melekat-lekat kat tangan dan uli lagi, lagi dan lagi.
Inilah hasilnya..
Langkah 7
Bahagikan kepada 12 ketul. Kemudian bulatkan memanjang.
Tak sempatlah Mak Hencik nak timbang-menimbang atau sukat menyukat. Main agak-agak jer la ya uols!
Panggil anak-anak minta mereka buatkan. Seronok bukan main lagi. Bentuk pun macam-macam. Ada panjang, ada pendek. Gemuk, ramping. Hehe
Susu pekat dan sedikit air dibancuh sebagai pelekat.
Mozarella dan chedar cheese yang diparut
Langkah 8
Panaskan oven 180°C sementara kita sapukan bancuhan susu pekat dan tabur cheese atas roti.
Langkah 8
Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit atau ikut ragam oven masing-masing.
Mengintai-intai..
Langkah 9
Bila roti stick sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Langkah 10
Nahhh! Inilah hasilnya. Boleh tahan Juga sedapnya. Lembut pun lembut juga. Sangat sedap dimakan dengan sup ayam cendawan. Resepi sup ayam cendawan di SINI
Jemput makan..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan