Khamis, 25 Januari 2018

Resepi Kambing Bakar Berempah yang Sedap

Aku terpesona dengan rasa kambing bakar yang dimakan semasa aku mengikuti suami pergi memancing di Ulu Langat tempohari. Rasa rempah yang seimbang, ditambah dengan rasa lemak daging kambing, rasanya yang manis sedikit menambat seleraku.

Resepi yang digunakan sangat ringkas. Mudah pula bahan-bahannya. Yang mana kita guna bahan yang sedia ada di dapur kita sahaja, kecuali daging kambing. Yang itu, terpaksalah kita menapak sedikit ke pasaraya besar seperti Tesco dan Giant. Atau kedai-kedai frozen yang menjual daging kambing slice ini..

Hidangan ini aku sajikan bersama nasi kerabu. Tiba-tiba sahaja tadi suami memaklumkan dia telah menjemput kawannya yang juga bakal jiran kami untuk makan di rumah. Kebetulan dia datang meninjau keadaan rumahnya yang sedang dibina.


RESEPI KAMBING BAKAR BEREMPAH YANG SEDAP
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg daging kambing slice
*1 sudu besar jintan manis
*1 sudu besar jintan putih
*1 sudu besar ketumbar
*1/2 inci halia
*5 biji bawang putih
*3 sudu besar gula atau secukup rasa
*2 sudu besar gula merah atau secukupnya
*1 inci kunyit 
*3 batang serai - dipotong kecil
*sedikit garam
Semua bahan bertanda * dikisar dengan sedikit air

 Cara-cara membuatnya

Jom Jom Jom kita ke dapur


Daging kambing dibersihkan dan ditos.


Bawang putih, halia, kunyit, jintan putih jintan manis, ketumbar, serai, garam, gula merah dan gula secuupnya dikisar bersama sehingga hancur-lumat.


Tuang bahan kisar ke atas daging kambing dan gaul rata.



Perap lebih kurang setengah jam.


Daging kambing yang diperap tadi dipanggang dengan arang.

Kalau tiada tempat memanggang, gunakan sahaja kuali leper. Tenggek di atas gas.


Ini dia.. Dah masak pun daging kambing berempah kita. Sedap dimakan dengan sos lada hitam, nasi kerabu atau nasi putih. Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan