Jumaat, 20 April 2018

Pulut Tanak tanpa Sukatan Air guna dapur gas

Kalau nak makan pulut dalam jumlah yang sedikit, senang tanak ajer dalam periuk. Tenggek atas gas. Guna cara orang dulu-dulu. Cara ni Mak Hencik belajar dari Mak.

Biasanya kita tanak pulut ni kerana nak makan pulut durian, pulut mangga, pulut nyior ikan kering atau untuk dimakan dengan cendol.


PULUT TANAK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan pulut
Air yang banyak, lebih kurang 3 inci dari aras pulut atau lebih.

Cara-cara


Basuh bersih beras pulut dan rendam dengan pewarna yang disukai. Masukkan sekeping asam gelugur. Mak kata supaya warna tu melekat elok jer kat pulut kita.
Ya ke mak?

Kalau tak mau kaler, takyahlah pewarna, takyah letak asam keping tu. Rendam dengan air jer.


Masukkan beras pulut yang direndam tadi beserta airnya ke dalam periuk. Asam keping dikeluarkan dan dibuang. Mak Hencik buang ke dalam tong sampah. Oii itu pun nak bagitahu ke? Kikiki Lepas tu buka api.


Biarkan sehingga air menggelegak. Biarkan menggelegak selama 2-3 minit.

Lepas tu tutup api. Lepas tutup api buat apa pulak?

Ambil sarung tangan ketuhar, pegang periuk dan buang air dalam periuk. Biarlah kalau ada air sikit-sikit dalam tu. Nanti air tu akan membantu memasakkan pulut kita.


Lepas tu?

Lepas tu, letak semula periuk di atas dapur. Tutup periuk dan buka api perlahan.

Lepas tu?
Tunggulah sampai masak. Dalam lima minit kot ya. Macam kita masak nasi dengan dapur gas la lebih kurang

Lepas tu?
Dah masak tutuplah api.


Inilah hasilnya..


Hari ni kami makan cendol pulut, letak jagung dan kacang tanah cincang. Jom makan.. jom..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan