Gulai lemak cili padi daging salai pembuka selera.. ππ
Pagi ni kita pergi pasar basah, nak cari daging. Sambil-sambil tu beli ulam daun salom, daun kesum dan bunga kantan. Kot ler esok lusa nak buat laksa pulak. πππ
Lepas tu nampak pula orang jual durian, katanya durian kampung tapi mixed. Dia letak longgok 3 biji rm20. Nak ke.. Kalau nak saya buka terus untuk tengok isi. Kalau isi rosak terus saya kasi baru.. Saya pun setuju sebab rasa harga yang ditawarkan berpatutan. Pak Hencik pun suka makan nasi dengan budu campur durian.. Isinya memang elok betul. Berbaloi!
Ni kisah nak masak lemak daging salai ni apa cerita ni? πππ
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
300 gm daging
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 batang serai, diketuk
5 biji cili padi, dikisar. Kalau nak pedas tambah ler cili padi tu..
1 inci kunyit hidup, dikisar
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Jom.. Masuk ke dapur..
Daging dibasuh bersih
Panaskan kuali dan masukkan daging tadi. Ni cara salai orang rajin. ππ Kalau nak lebih sedap tentunya daging dibakar guna arang.
Balikkan supaya masak sekata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan sedikit.
Hiris daging nipis-nipis.
*jika daging yang dihiris tu masih liat (sebab sambil hiris tu sambil masukkan daging dalam mulut. ππππ), rebuslah sekejap dengan sedikit air. Tapi air rebusan jangan dibuang.
Sementara itu, kisar cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.
Dalam periuk, masukkan daging hiris, bahan kisar, santan, sedikit air, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
Kacau sikit..
Kacau sehingga kuah mendidih.
Biarkan ia mereneh dan pekat.
Sudah masak, tutup api.
Masukkan ke dalam mangkuk hidang.
Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain di meja makan.
Jom menjamu selera..
Bismillah..
Tapai pulut yang sedap adalah tapai yang manis!
Di negeri Kelantan, tapai pulut adalah satu hidangan wajib untuk hari raya sama ada hari raya Aidil Fitri atau hari raya Aidil Adha.
Biasanya masyarakat Kelantan akan menyediakan tapai pulut pada 2 hari terakhir puasa. Hari tersebut di panggil hari buat tapai. Sehari sebelum raya pula adalah hari untuk menyediakan ketupat palas. Hari tersebut di panggil hari buat ketupat.
Walaupun pada masa dahulu tapai hanya boleh dimakan pada hari raya sahaja, namun kini ia telah berubah. Tapai pulut kini disediakan dan dihidangkan pada jamuan tertentu sepanjang tahun sebagai pencuci mulut.
Ragi memainkan peranan penting untuk buat tapai. Jadi, pilihlah ragi yang biasa kita guna, yang menghasilkan tapai yang manis. Jangan salah pilih ragi ya..
Ragi ππdibeli di pasar Sumayyah, Tumpat, Kelantan dengan harga seringgit.
RESEPI TAPAI PULUT
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 kg beras pulut (Mak Hencik guna beras pulut susu )
1/2 cawan air
1 biji ragi, dihancurkan
1 sudu kecil gula
Bekas atau daun pisang untuk membungkus
Cara-cara membuatnya
Jom...
Beras pulut dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 30 minit.
Selepas 30 minit, toskan dan masukkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
Kukus selama 30 minit.
Selepas 30 minit, keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang mengandungi pulut sambil digaul hingga rata.
Bila sudah rata, masukkan pulut yang telah diarung dengan air tadi ke dalam bekas untuk dikukus kali kedua.
Kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak sempurna.
Apabila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam dulang yang lebar atau talam. Ratakan supaya pulut cepat sejuk. Jadi, kita tunggu lah sebetar sehingga pulut benar-benar sejuk.
Sementara itu, kita sediakan ragi. Sebiji ragi sebesar shiling 20 sen dihancurkan dan dicampur dengan satu sudu teh gula. Gaul sebati.
Pastikan pulut tadi betul-betul sejuk untuk langkah seterusnya, iaitu menabur serbuk ragi tadi ke atas pulut dan gaul sehingga rata. Pastikan ragi digaul rata supaya tapai nanti masak sekata.
Sediakan bekas untuk membungkus tapai. Tapai boleh dibungkus menggunakan daun pisang atau daun getah.
Mak Hencik suka guna bekas plastik yang dialas dengan daun pisang.
Tapai yang sudah dibungkus atau dibubuh di dalam bekas dimasukkan ke dalam bekas besar dan ditutup. Bekas tu disimpan di tempat yang selamat.
Tunggulah 2 malam untuk tapai masak.
Tapai yang sudah masak selepas 2 malam. Pulutnya sudah lembut dan berair sedikit. Mmmm.. Rasanya pun sangat manis. ππ
Untuk tahan lama, tapai yang sudah masak disimpan di dalam peti ais. ππ
Laksam yang sangat enak dimakan dengan kuah lemak putih. Perghhh..!
Resepi ini Mak Hencik simpan lamaaaaaa sangat. Sehinggakan penyumbang resepi pun sudah tak tahu siapa. Anyway, syukran kepada penyumbang resepi ni.. Ia memang menjadi dengan jaya sekali.
Resepi Laksam
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi (Mak Hencik tak letak sebab tak ada stok. He he)
4 cawan air suam
Secubit garam
Sedikit minyak masak untuk disapu pada loyang
Cara-cara membuatnya
Jom.. Jom.. Jom..
Mula-mula sekali campur semua bahan dan gaul sebati.
Perap sekejap, dalam 30 minit. Biar ajee gitu ya. Tapi tutup la.
Sementara tu, sediakan loyang untuk mengukus laksam. Dulu-dulu mak selalu guna tudung periuk. Tapi sekarang Mak Hencik guna loyang buat kek jer senang. So uols boleh guna jer laa mana-mana loyang yang sesuai.
Sapu minyak dulu supaya laksam mudah dikeluarkan nanti.
Letak loyang dalam pengukus dan biarkan sekejap supaya loyang panas sikit.
Tuang dua senduk rata atau sehingga menutup dasar loyang.
Kukus sampai masak. Mak Hencik letak timer 10 minit sahaja.
Bila sudah menggelembung gitu ππtandanya sudah masaklah dia.
Keluarkan dari pengukus dan terus digulung.
Inilah hasil masak laksam hari ni. Dapat 5 gulung.
Laksam ni dimakan dengan kuah lemak putih. Jom masak kuah pula yang semudah ABC!
Kuah Laksam
Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang atau sardin,direbus kemudian diasingkan isi dengan tulang dan dikisar sehingga halus. (nak guna ikan kembung ke ikan seluar ke.. Pun boleh. Terpulang ya)
3 cawan santan sederhana pekat
1 1/2 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Di dalam periuk, masukkan santan, isi ikan rebus kisar, bahan kisar, asam keping, serbuk lada hitam dan kacau sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila kuah sudah mendidih dan pekat, rasa pun sudah sedap, bolehlah tutup api.
Laksam boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman pilihan dan sambal lada.
Ulam-ulaman
Daun kesum, dihiris halus
Bunga kantan, dihiris halus
Kacang panjang, dihiris halus
Timun, dibuang empulur dan disagat halus
Tauge
Sambal lada
10 tangkai cili kering, dipotong dibuang biji dan direbus. Apabila sudah lembut, kisar bersama sedikit garam.
Gambar lengkap tak dapat di sediakan kerana masa tu dah sibuk nak berbuka puasa. Hu hu hu
Mudah untuk di sediakan.. Dan mudah habis!
Ni biskut pebret anak-anak. Maka setiap kali beraya, inilah antara biskut wajib yang akan dibuat. Atau lebih tempat lagi, mereka yang buat! ππ
Lepas buat tu simpan di tempat yang selamat supaya selamat wujudnya pada hari raya. Kalau tidak nanti bila tiba hari raya karang, biskut ni dah selamaaaat jalan. π
π
π
Biskut ni juga adalah kegemaran PrettyZiela, kawan Mak Hencik. Pernah terjadi semasa beraya di rumah saudara sambil bersembang tu di ambil biskut ni dengan bekasnya sekali. Alih-alih dah habis bersembang, bekas dah tinggal kosong di'sapu'nya. πππ
Biskut Cornflakes Madu
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
1 kotak besar cornflakes
3/4 daripada 250 gm mentega
1/2 cawan madu
5 sudu besar gula (membukit)
Paper cup secukupnya
Hiasan
Coklat rice warna-warni atau apa-apa yang sesuai ikut kegemaran masing-masing
Cara-cara menyediakannya.
Jom...
Antara bahan-bahan yang digunakan.
1. Masukkan cornflakes ke dalam bekas yang besar dan sesuai untuk menggaul. Biarkan.
2. Masukkan mentega, gula dan madu ke dalam kuali dan buka api. Biar kan mentega cair sambil dikacau sehingga sebati. Bila sudah cair mentega dan sebati adunannya, tutup api.
3. Tuang ke dalam bekas yang berisi cornflakes tadi. Hati-hati semasa menuang sebab panas tu beb! Lepas tu kacau guna senduk kayu ke senduk besi ke.. Ada ku kesah?! Hahaha
Bila dah rata segala, berhenti lah mengacaunya ya. Tak perlu tunjuk over rajin pula ya.
4. Sementara tu sediakan paper cup yang kecil tu.
5. Sudukan ke dalam paper cup secukupnya. Jangan bubuh sikit sangat pulak. Nanti nampak nau kau tu taik hidung masin. Jangan buka aib sendiri tu ya. Ehe he he. Jangan bubuh banyak sangat pula, nanti nampak pula kau tu pemboros. (pulak dah π
π
π
)
6. Lepas tu tabur dengan hiasan yang disukai. Mak Hencik guna coklat rice warna-warni.
*panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C
7. Bakar dalam oven selama 10 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejuk kan sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Jangan lupa sorok kan di tempat yang selamaaaat.
Selamat hari raya..
Maaf zahir dan batin..