Isnin, 24 Januari 2022

Wadai Kepeng Buah Nangka

 Resepi ni sangat mudah dibuat dan sangat sedap dimakan sebagai pencuci mulut.

Rasa dan bau buah nangka memang membangkitkan rasa dan aroma kuah bubur kepek hidung ini!

Bila buat kuih ni, terus teringatkan bulan Ramadhan..


RESEPI BUBUR WADAI KEPENG DAN NANGKA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Bahan wadai kipang
2 cawan tepung beras pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air

Bahan kuah
4 sudu besar gula, tambah jika nak lebih manis
3 cawan santan
6 ulas nangka, dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam

Bahan pemekat
1/2 cawan air dibancuh  dengan 2 sudu besar tepung beras

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom kita ke dapur


Isi nangka dipotong kecil, Ketepikan.


Di dalam bekas, satukan tepung beras pulut bersama tepung gandum.

Masukkan secawan air, gaul menggunakan jari sehingga membentuk adunan yang lembut dan boleh dibentuk. 

Jika adunan masih keras, tambah air sedikit demi sedikit untuk mbentuk adunan yang lembut.


Ambil sedikit adunan dan bulatkan sebesar guli. Kemudian tekan di bahagian tengah dengan jari. Ada nampak kepek kat situ 😆😄

Letak atas dulang yang ditabur dengan tepung gandum.

Buat sehingga habis adunan.


Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan wadai kipeng tadi. Tunggu sehingga ia timbul.

Bila ia dah timbul, angkat menggunakan pengetos dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Tujuannya adalah supaya ia tidak melekat sesama sendiri. Ketepikan.


Sediakan bahan pemekat iaitu membancuh 2 sudu besar tepung beras dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.


Selepas itu, dalam sebuah periuk, masukkan santan, gula dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.

 Kacau sehingga kuah mendidih. Bila sudah mendidih, tuang bahan pemekat iaitu bancuhan tepung jagung tadi. Kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat 


Masukkan buah nangka yang telah dipotong 


Masukkan juga wadai kipeng yang ditoskan air

Kacau seketika sehingga buah nangka lembut.


Dah siap..

Jom.. ambik mangkuk.

Bismillah..