Jumaat, 27 September 2019

Tepung Pelita

Kalau makan kuih ni, perut kita akan bercahaya dan cerah! 😂😂😂




Pertama kali buat terus jadi! Resepi kuih tepung pelita ni menggunakan tepung gandum. Resepi ini juga sangat mudah untuk dibuat. Guna sukatan cawan jer..



TEPUNG PELITA
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

Gula secukupnya

Lapisan hijau/pandan
(Lapisan bawah)

1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air daun pandan - kisar 10 helai daun pandan dengan air dan tapis.
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula
Pewarna hijau

Lapisan putih/santan
(Lapisan atas)

2 cawan santan pekat (kalau nak lebih lembut dan lemak tambah 1 cawan lagi)
2 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom kita buat kuih tepung pelita hari ni. Senang sahaja caranya.



Sediakan bekas plastik dan daun pisang sebagai alas. Kalau tak nak alas pun tak per.

Lagi bagus kalau buat bekas guna daun pisang.



Selepas bekas dialas dengan daun pisang, masukkan 1 sudu besar gula. Mak Hencik guna sudu besar sukatan tu. Biarkan seketika.



Di dalam pengisar, masukkan santan, air daun pandan, tepung gandum, gula dan pewarna hijau. Kisar sehingga rata.



Tuang adunan hijau ke dalam bekas yang mengandungi gula tadi sebanyak 1/3 penuh. Kemudian susun di dalam pengukus.



Balut tudung pengukus dengan kain dan kukus selama 20 minit.

Sementara itu kita buat lapisan atas pula.



Di dalam pengisar, masukkan santan, air, tepung gandum dan garam. Kisar sehingga tidak berbintil.

Untuk menghasilkan permukaan yang licin, keluarkan buih santan dengan sudu.



Bila lapisan pandan sudah masak, tuang adunan putih ke atasnya dengan cermat.



Lepas tu kukus untuk kali kedua selama 20 minit.



Apabila cukup 15 minit, buka tudung pengukus dan bolehlah disejukkan sebelum dihidangkan.

Bolehlah dimakan sekarang..

Bismillah..

Isnin, 23 September 2019

Pulut Dakap Inti Serunding Daging

Wahai cermin ajaib, pulut apakah yang paling sedap?




Wahai manusia, pulut yang sedap ialah Pulut Dakap. Nak lagi sedap kau letak inti serunding di dalamnya. Tak kisahlah serunding daging ke ayam. Dua-dua sedap. Pastikan serunding tu jenis yang sedap. Kalau serunding tu jenis tak sedap, sia-sia sahaja pulut dakap kau tu. Ingat! Pulut Dakap yang sedap mestilah ada inti serunding yang sedap! Hahahahahahahahahaha..

Alamak! Ngerinya mimpi yang Mak Hencik alami.. Huhuhu..



RESEPI PULUT DAKAP INTI SERUNDING DAGING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan beras pulut - dibasuh, dibilas dan direndam sejam atau dua jam.
1 cawan santan
1/2 cawan gula - boleh tambah atau kurang ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil garam
1 cawan serunding daging

Daun pisang - dilayur
Tali rafia


Cara-cara menyediakannya


Jom.. Jom.. Kita memulut hari ni..



Beras pulut dibasuh bersih dan direndam dengan air sejam atau dua jam.

Buka api pengukus dapur gas. Biarkan air mendidih.



Toskan dan masukkan ke dalam kukusan yang telebih dahulu dialas dengan daun pisang.



Letakkan di atas pengukus dan tutup dengan tudung pengukus.



Kukus selama 40 minit.



Sediakan gula.

Santan di masukkan sedikit garam.

Bila pulut sudah separuh masak tutup api dan keluarkan dari pengukus.



Masukkan pulut ke dalam besen yang sesuai. Arung pulut dengan santan sedikit demi sedikit diselang-seli dengan gula. Gaul hingga rata dan sebati.

Pastikan pulut tu ada rasa manis yang over sikit kalau nak rasa pulut yang manis.



Ambil daun pisang yang telah dilayur dengan api dan bentangkan.

Ambil 2 sudu besar pulut dan ratakan di atas daun pisang. Kemudian letakkan pula serunding daging.



Gulung daun pisang dan lipat dengan kemas. Buat sampai habis.



Kemudian ambil dua bungkusan pulut dan Dakap kan mereka. Ikat dengan tali rafia supaya tidak bercerai. Buatlah sampai habis.



Akhirnya masukkan semua pulut yang telah didakap ke dalam periuk dan isikan dengan air sama aras dengan pulut.

Rebus sehingga air hampir kering. Bil air sudah kering tutup api dan keluarkan pulut. Toskan.



Bila sudah sejuk sedikit bolehlah dirasa..

Jemput rasa kawan-kawan semua..

Bismillah..

Ahad, 22 September 2019

Kek Minyak

Lembut, gebu, lembab dan sedap!


Tertawan hati melihat wajahnya. Badan pun nampak gebu di sebalik make up warna-warni bak pelangi. Aduhhh! Tak keruan bila dia lalu-lalang di depan mata. 😍😍😍



Banyak kali tengok kawan Facebook, Siti Fatimah post kek minyak untuk tempahan. Rasa sangat nak tempah dan memberi sokongan kepada perniagaannya, tetapi apakan daya dia duduk jauh sangat kat utara tanah air. Hu hu hu

Bila dah teliur tengok kek minyak Timah ni, maka Mak Hencik pun carilah resepinya di internet. Terima kasih Timah.. Jadi sumber isnpirasi untuk masak kek ni. Dan inilah hasilnya hari ini.



KEK MINYAK
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Kemma81 di MyResepi

Bahan-bahan

*2 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
Bahan beranda * diayak
(Mak Hencik guna tepung naik sendiri dan tak perlu campur serta ayak dengan baking powder)

5 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis, boleh kurang kan sikit kalau tak suka manis.
1 cawan minyak
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
Beberapa titis perisa pisang
Beberapa pewarna pilihan

Cara-cara menyediakannya.

Jom kita membuat kek hari ni..



Sediakan acuan pilihan saiz 8"X8". Oleskan dasar dan tepi loyang dengan minyak.
Alaskan dasarnya dengan baking paper.



Di dalam mangkuk adunan, putar gula, ovallete dan telur sehingga kembang dan gebu.



Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Putar sehingga sebati.



Masukkan minyak masak dan beberapa titis esen pisang. Putar lagi sehingga sebati.



Masukkan tepung gandum yang telah diayak atau tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan dikaup-balik menggunakan sudip kayu.



Kaup-balik sehingga sebati.



Bahagian adunan tepung kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.

Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit.



Ambil loyang yang telah dialas dengan baking paper tadi dan tuangkan adunan tepung berwarna sesenduk demi sesenduk.

Contohnya masukkan satu senduk warna pink di tengah loyang. Tuangkan satu senduk warna biru di atas warna pink. Ambil warna lain pula dan tuang tindan ke atas warna biru. Ulang langkah tersebut sehingga semua adunan habis.



Lorekkan adunan dalam loyang. Kalau tak lorek pun tak apa. Ikut suka lah..



Akhir sekali bakar dalam oven yang terlebih dahulu telah di panaskan tadi pada suhu 180C selama 1 jam.

Tips: sekiranya kek belum masak tetapi bahagian atasnya kelihatan hangus, letakkan atas kek sekeping aluminium foil dan terus bakar dalam oven.



Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven dan cucuk di tengah kek dengan lidi. Apabila lidi licin, tandanya kek sudah masak.

Sekiranya lidi masih diselaputi oleh adunan tepung, masukkan semula kek ke dalam oven dan tambah masa membakar.



Kek yang telah masak dikeluarkan dari loyang dan disejukkan sebentar di atas redai sebelum dipindahkan ke dalam pinggan.



Potong sekeping. Hurm.. Nampak elok dan gebu.

Jom rasa kawan-kawan..

Bismillah..

Sabtu, 21 September 2019

Popia Satar

Rangup di luar. Lembut di dalam. Bertemu pula pasangan sos cili pencicah. Walla!

Popia satar ni terkenal di negeri penyu, Terengganu Darul Iman. Untuk menjamin keenakan popia satar ni, kita mesti guna kelapa yang masih muda dan isi ikan segar. Isi ikan segar pula kalau boleh lebih banyak sikit dari kelapa parut tu.Perasanya pula mesti ada rasa manis-manis, pedas dan masin. Baharulah sedap walla!


RESEPI POPIA SATAR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung, saiz XL-rebus sekejap dan asing kan tulang serta isi. 
1 1/2 cawan kelapa parit putih
6-10 biji cili api, ikut kepedasan masing-masing
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah besar
2 batang serai, dihiris
garam dan gula secukup rasa
*semua bahan di atas ditumbuk atau dikisar

1 bungkus kulit popia
2 sudu besar tepung dicampur dengan sedikit air - untuk pelekat
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Jom..Jom.. kita membuat popia hari ni..




Sediakan bawang putih, bawang merah, cili padi dan serai.


dua ekor pasangan ikan sardin yang besar saiznya. Direbus sekejap kemudian sejukkan dan asingkan isi dengan tulang.


Tumbuk serai yang terlebih dahulu dihiris halus, cili api, bawang putih dan bawang merah.
Lepas tu tumbuk pula isi ikan sehingga lumat.

Boleh jer guna blender kering untuk mudahkan urusan.


Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut putih. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.


Gaullah sehingga sebati. Siaplah inti satar kita.

Jom kita main lipat dan gulung pula.


Ambil sekeping kulit popia dan letakkan satu sudu besar inti satar.


Lipat ke hadapan, kiri dan kanan seperti kita gulung popia.


Gulung dengan kemas dan sapukan bancuhan tepung di hujungnya supaya popia melekat dengan kemas. 

G

Dah siap gulung, masukkan ke dalam bekas. Buatlah sampai habis..


Panaskan minyak dan goreng popia satar sehingga garing dan keperangan. 


Sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Siaplah juadah kita untuk hari ini. Tetapi tak sempat ambil gambar sebab sibuk bersiap untuk pergi hantar anak di asrama.

Sempat goreng sedikit untuk dibawa ke asrama dan yang baki tu digoreng sekejap untuk difrozenkan.

Apa-apa pun selamat menjamu selera..

Bismillah..