Memaparkan catatan dengan label Resepi Gorengan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Gorengan. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Januari 2024

Bakwan Sayur Tok Wan

Bakwan Tok Wan.. pahala dikongsi bersama..

Bakwan atau tepung dibancuh dengan air dan dicampur dengan sayuran enak dimakan panas-panas di waktu petang. Di luarnya garing dan rangup bila dimakan panas-panas. Di dalamnya pula lembut. 



RESEPI BAKWAN TOK WAN

Oleh Dapur Cempakasari

Sumber resepi : Chanel YouTube Tok Wan


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi

1/2 cawan tepung beras

2  cawan air

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil yis segera

1 sudu kecil serbuk perasa

Sedikit karot - disagat

Daun bawang - dipotong kasar

Bawang merah - dihiris kasar

Lads merah besar - dibelah empat dan dipotong kasar.

3 batang sosej - dipanggang, dibelah dua dan dipotong kasar


Cara membuatnya.

Jom... Ke Dapur!


Bahan sayuran yang dipilih seperti karot, bawang merah, daun bawang, lada merah besar dan sosej yang telah dipotong.



Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras.


Gaul rata.


Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata.


Panaskan minyak.
Bila minyak sudah panas, sendukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.


 Bila dah masak, balikkan supaya kedua-dua belah masak sekata.


Bila dah berwarna keperangan, angkat dan toskan minyak.

Ulangi proses menggoreng sehingga habis.


Hasil menggoreng hari ini.

Hidangan yang sudah sedia untuk dinikmati. 

Jemput makan kawan-kawan.

Bismillah..

Isnin, 13 April 2020

Kuih siput kosong letak bawang

Guna bahan asas sahaja. Maklumlah semua nak kena jimat..

Dah tak boleh ke mana-mana ni mulut pun jadi nakal. Ia jadi cepat lapar nak mengunyah. Nak keluar selalu beli barang dan jajan bagai tidak sesuai. Jadi, kami pun buatlah kudapan sendiri. Hangpa tak mau kaa kudapan siput ni.. Sipu ni bukan sebarang siput. Hukum memakannya adalah harus. Kekehkeh.



KUIH SIPUT BAWANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
3/4 - 1 cawan air
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1/2 cawan bawang besar Holland - dicincang halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya

Jom..jom..jom..rajinkan diri anda.



Dalam sebuah bekas yang sesuai, masukkan 4 cawan tepung gandum, 1/2 cawan marjerin, 1 sudu kecil garam dan 3 sudu besar gula. Gaul hingga menjadi serbuk roti.



Buatkan lubang di tengah, pecahkan sebiji telur dan tuang air ke dalamnya.



Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau lembik, kena tambah tepung tau.




Kalau nak tambah bawang Holland cincang, bolehlah tambah sekarang. Pastu uli lagi sehingga rata.



Seeloknya bawang tu kena betul-betul halus supaya senang nak ditenyeh nanti. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€




Sediakan senjata untuk menyiput.



Sebelum tu kena sediakan dulang atau bekas yang sesuai. Tabur dulu dengan sedikit tepung gandym supaya siput tidak melekat di dulang.

Lepas tu cubit sikit adunan tepung, tenyeh dekat papan pencanai siput shingga ia membentuk seperti siput. Ulangi proses sehingga habis. Kalau buat sorang-sorang, mau lenguh pinggang, lenguh belakang juga. Better buar reramai.

Mak hencik minta budak-budak ni buatkan. Daripada dok ngadap tepon tu baik la korang buat siput mi. Nanti korang jugak yang nak makan.

Dah habis siap semua, bolehlah panaskan kuali yang mengandungi minyak yang agak banyak.


Siput digoreng dengan gembira sehingga masak.


Bila sudah masak, angkat siput-siput yang tidak bernyawa. Goreng yang lain sampai habis.


Toskan minyak. Biarkan ia sejuk sedikit kemudian baharulah dimasukkan ke dalam balang. Hurmmm.. nampaknya macam-macam saiz ada. Mungkin ikut saiz jari orang yang membuatnya..Hihihi

Sekarang bolehlah kita kunyah-mengunyah..

Bismillah..


Isnin, 30 Disember 2019

Corndog Viral

Tarik... Tarik... Tarik... Sampai seribu kilometer. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Bila ada jer stok mozzarella cheese block dan sosej dalam peti sejuk, si kakak akan buat benda alah ni. Dia buat ikut resepi dari facebook yang dikongsi warganet. Jadi juga corndognya. Yang memulun makan pastilah dia sendiri dan adik-adiknya. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Hari ni Mak Hencik kena buat sendiri sebab si kakak dah merajuk empat lima hari lepas lagi. Langsung tak keluar bilik. Masa nak makan tu pun keluar nyorok-nyorok. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†Merajuklah kak.. selagi mama dan ayah ada ni.. Lepas ni merajuk ngan suami pulak..๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


RESEPI CORNDOG CUCUR LEMAK MANIS ADABI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

10 batang sosej
1 ketul mozzarella cheese
1 bungkus tepung cucur lemak manis adabi
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
Breadcrumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng
20 batang lidi satey

Bahan hiasan
Mayonaise
Sos cili

Cara-cara membuatnya

Jommm.. Jomlah kita ke dapur..


๐Ÿฅ–Sosej dipotong empat.

๐Ÿฅ–Mozarella cheese - dipotong sama saiz dan panjang dengan potongan sosej. Tapi Mak Hencik potong kiub jer.


๐Ÿฅ–Ambil sebatang lidi satey dan cucuk sosej dan cheese berselang-seli.

๐Ÿฅ–Cucuk sampai habis. Ketepikan


๐Ÿฅ–Sediakan breadcrumb. Ketepikan.


๐Ÿฅ–Bancuh tepung cucur lemak manis Adabi dan 2 sudu besar tepung gandum bersama secawan air.

๐Ÿฅ–Kacau sehingga sebati. Adunan tidak pekat sangat dan tidak cair sangat.

๐Ÿฅ–Tuang adunan dalam gelas tinggi yang boleh menenggelamkan lidi corndog.

๐Ÿฅ–Kemudian celuplah corndog ke dalam bancuhan tepung.


๐Ÿฅ–Lepas tu salut dengan breadcrumb. Biar breadcrumb bersalut elok.


๐Ÿฅ–Masukkan dalam bekas.


๐Ÿฅ–Buat sampai habis.


๐Ÿฅ–Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnnya 30 minit.


๐Ÿฅ–Selepas 30 minit atau esoknya bolehlah digoreng.

๐Ÿฅ–Panaskan minyak dalam pan yang boleh memuatkan lidi satey tu.

๐Ÿฅ–Goreng sampai keemasan, kemudian balikkan supaya kedua belah masak sekata.


๐Ÿฅ–Dah masak, angkat dan toskan minyak. Siapppp!


๐Ÿฅ–Masukkan ke dalam pinggan dan picitkan sos cili dan mayonnaise kat atasnya.

๐Ÿฅ–Jemput makan semua..

๐Ÿฅ–Bismillah..


๐Ÿฅ–Tarik.. Tarik.. Tarik..


๐Ÿฅ–Yang ni ☝️☝️second round pula.. Tarik.. Tarik.. Tarik..

Sabtu, 21 September 2019

Popia Satar

Rangup di luar. Lembut di dalam. Bertemu pula pasangan sos cili pencicah. Walla!

Popia satar ni terkenal di negeri penyu, Terengganu Darul Iman. Untuk menjamin keenakan popia satar ni, kita mesti guna kelapa yang masih muda dan isi ikan segar. Isi ikan segar pula kalau boleh lebih banyak sikit dari kelapa parut tu.Perasanya pula mesti ada rasa manis-manis, pedas dan masin. Baharulah sedap walla!


RESEPI POPIA SATAR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung, saiz XL-rebus sekejap dan asing kan tulang serta isi. 
1 1/2 cawan kelapa parit putih
6-10 biji cili api, ikut kepedasan masing-masing
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah besar
2 batang serai, dihiris
garam dan gula secukup rasa
*semua bahan di atas ditumbuk atau dikisar

1 bungkus kulit popia
2 sudu besar tepung dicampur dengan sedikit air - untuk pelekat
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Jom..Jom.. kita membuat popia hari ni..




Sediakan bawang putih, bawang merah, cili padi dan serai.


dua ekor pasangan ikan sardin yang besar saiznya. Direbus sekejap kemudian sejukkan dan asingkan isi dengan tulang.


Tumbuk serai yang terlebih dahulu dihiris halus, cili api, bawang putih dan bawang merah.
Lepas tu tumbuk pula isi ikan sehingga lumat.

Boleh jer guna blender kering untuk mudahkan urusan.


Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut putih. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.


Gaullah sehingga sebati. Siaplah inti satar kita.

Jom kita main lipat dan gulung pula.


Ambil sekeping kulit popia dan letakkan satu sudu besar inti satar.


Lipat ke hadapan, kiri dan kanan seperti kita gulung popia.


Gulung dengan kemas dan sapukan bancuhan tepung di hujungnya supaya popia melekat dengan kemas. 

G

Dah siap gulung, masukkan ke dalam bekas. Buatlah sampai habis..


Panaskan minyak dan goreng popia satar sehingga garing dan keperangan. 


Sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Siaplah juadah kita untuk hari ini. Tetapi tak sempat ambil gambar sebab sibuk bersiap untuk pergi hantar anak di asrama.

Sempat goreng sedikit untuk dibawa ke asrama dan yang baki tu digoreng sekejap untuk difrozenkan.

Apa-apa pun selamat menjamu selera..

Bismillah..

Khamis, 12 September 2019

Pancake Popia K-Pop

Pancake Popia K-Pop? Hmmm.. Sedap apabila dimakan semasa panas.



Percubaan pertama. Yang paling sedap ialah rasa intinya. Campuran telur dan isi ayam tu sedap betul bila dicicah dengan sos pencicah.

Lepas tu ada pula rasa rangup di tepinya, rangup kulit popia.

Apa lagi.. Marila kita buat sendiri..


RESEPI PANCAKE POPIA K-POP
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Majalah Rasa

Bahan-bahan

Kulit popia

1 ketul dada ayam, dicincang
2 biji telur ayam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
5-6 helai daun sup, dihiris halus
1 biji lada hijau atau merah, dicincang
1 biji bawang merah besar, dicincang
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng jeluk

Bahan pelekat

*1 sudu besar tepung gandum
*2 sudu besar air
Bahan beranda * dibancuh sehingga sebati untuk dijadikan gam

Cara-cara menyediakannya


Isi ayam dicincang, digaul dengan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kemudian digoreng dengan sedikit minyak. Bila isi ayam sudah masak, angkat dan sejukkan sebentar.

Resepi asal letak udang tetapi ada antara anak Mak Hencik tidak makan seafood. Jadi, Mak Hencik gantikan dengan isi ayam.


Kulit popia. Ceraikan siap-siap supaya senang untuk digunakan. 


Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai gam. 


Lima enam tangkai daun sup. Sebiji lada hijau kemerahan dan sebiji bawang merah besar.


Bawang merah besar, lada merah kehijauan besar dan daun sup dicincang halus.

Resepi asal letak daun kucai tapi Mak Hencik tidak letak.


Dalam mangkuk adunan, masukkan semua bahan cincang, serbuk lada sulah, telur dan tepung jagung. Jangan lupa bubuh sedikit garam.


Kacau sehingga rata dan sebati.


Untuk buat popia K-Pop, kita bentangkan sekeping kulit popia dan sapu bancuhan tepung di tepinya.

Sudukan bancuhan telur tadi kat sebelah kulit popia.


Lipat kulit popia menutupi bancuhan telur tadi.

Bahagian tepinya akan melekat kerana tadi kita sudah sapu bancuhan tepung.


Panaskan minyak masak dan goreng popia K-Pop sehingga keperangan. Balikkan popia K-Pop supaya masak sekata.


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Goreng sehingga selesai.


Hidangan bersama sos cili Thai atau sos pencicah keropok dari Kelantan.

Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah..