Memaparkan catatan dengan label Resepi kudapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi kudapan. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2021

Jagung Rebus Susu

 Rasa lemak, manis dan masin, rasa yang sempurna. ohhh sedapnya!


Hari ni dah puasa hari yang ke 18 hari. Dah tak tau nak masak apa dah ni. Masa pergi Tesco nak cari barang basah tadi maka ternampaklah lambakan jagung. Maka Mak Hencik pun ambikla 2 batang. Kalau potong 3 bahagian, nanti dapatlah seketul sorang. Bulan puasa ni budak-budak tak makan banyak.

Bila Pak Hencik tengok Mak Hencik ambil 2 batang jagung, dia minta Mak Hencik tambah lagi sebatang. Jadilah semuanya tiga batang..


JAGUNG REBUS SUSU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 batang jagung
1/2 cawan air rebusan jagung
1 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam

Jom..jom.. jom kita ke dapur


Inilah jagungnya


Kopek kulit dan bersihkan rambut kuningnya. Supaya senang nak makan nanti, Mak Hencik potong jer 3 terus.


Setelah dibasuh bersih, rebus bersama sedikit air selama 10 minit.


Dah masak, terus tutup api dan toskan airnya. 

Secawan air rebusan jagung disimpan. Selebihnya boleh buang semua..


Seterusnya dalam periuk, masukkan butter, susu sejat, susu pekat manis dan sedikit garam. Tuang sekali air rebusan jagung yang disimpan tadi.


Masukkan jagung.


Tutup periuk dan rebus selama 10 minit lagi. Jangan rebus lama sangat, nanti jagung kecut jadi tak sedap pula.


Ni Mak Hencik masak dalam rice cooker, pastu tinggal. Hihihi

Bila dah masak tutup api. 


Bolehlah bubuh dalam mangkuk bidang.


Juadah berbuka puasa pada hari ini. 

Jemput berbuka, kawan-kawan..

Bismillah..

(Next time Mak Hencik nak rebus sekali jer.. ada saper pernah Cuba buat?)

Isnin, 27 April 2020

Muruku Kacang Dhal

Lembut tapi rangup. ๐Ÿ’œ๐Ÿ’š❤️

Rasa nak mengunyah petang-petang atau malam-malam?  Mari kita buat kudapan ni. Tak susah mana pun, cuma kena rajin sikit.

Kekadang kalau beli di.luar, rasa maruku mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan. Ada terlebih masin, terlebih manis atau terlebih pedas. Atau mungkin juga maruku yang kita beli tu rasa kilang. Samaaaa jer rasanya Biarpun jenis lain-lain.

Dengan membuatnya sendiri, tentulah rasanya berbeza sebab yang yang buat tu diri kita sendiri kan..
๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€


RESEPI MURUKU KACANG KUDA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

500gm tepung beras pulut
400gm tepung kacang kuda atau kacang dhal
5 sudu besar marjerin
๐ŸŒป1 kotak kecil santan kotak
๐ŸŒป1 kotak air - sukat guna kotak santan tadi
๐ŸŒป5 sudu besar lada kering kisar - boleh kurang atau tambah ikut selera
๐ŸŒป5 ulas bawang putih
๐ŸŒป1 sudu besar jintan manis
๐ŸŒป1 sudu besar jintan putih
๐ŸŒป2 biji telur
๐ŸŒป1 sudu besar garam
๐ŸŒป3 sudu besar gula
Bahan bertanda๐ŸŒปdi kisar sehingga halus
1/2 cawan bijan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya.


๐Ÿ’š1 bungkus tepung kacang kuda, 400gm


๐Ÿ’š1 bungkus tepung beras pulut, 500gm.


๐Ÿ’šSediakan senjata untuk buat muruku. Mak Hencik guna lubang yang kat dalam gambar ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†tu.


๐Ÿ’šKisar bawang putih, lada kering kisar, jintan manis, jintan putih, garam, gula dan telur bersama air dan santan sehingga hancur.

๐Ÿ’šMesti hancur ya, kalau tidak hancur nanti ia akan melekat di lubang acuan muruku.

๐Ÿ’šDah siap ketepikan dahulu.


๐Ÿ’šDalam bekas, masukkan tepung beras pulut, tepung kacang kuda atau kacang dhal dan 5 sudu besar marjerin.

๐Ÿ’šKacau menggunakan hujung jari sehingga rata.


๐Ÿ’šTuang bahan yang dikisar halus tadi.


๐Ÿ’šKacau dan uli sehingga menjadi adunan yang lembut.

๐Ÿ’šAdunan hendaklah lembut supaya senang apabila ditekan nanti.


๐Ÿ’šNak mudahkan kerja, genteel siap-siap adunan lembut tadi agak-agak boleh masuk ke dalam acuan maruku.

๐Ÿ’šAmbil acuan muruku dan masukkan adunan lembut tadi. Tekan-tekan sikit kemudian tutup rapat dan kemas.


๐Ÿ’šPanaskan minyak masak. Mak Hencik letak lebih kurang sekilo gram minyak masak.

๐Ÿ’šBila minyak sudah cukup panas, paipkan acuan maruku terus ke dalam minyak panas.


๐Ÿ’šBiarkan dahulu sehingga warna bertukar kuning gelap, baharulah boleh dibalikkan muruku.

๐Ÿ’šKalau dibalikkan awal-awal dikhuatiri maruku akan patah.


๐Ÿ’šApabila muruku bertukar ke warna keperangan, bolehlah di angkat dan ditoskan minyak.

๐Ÿ’šUlangi proses memaip adunan maruku ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.


๐Ÿ’šSetelah selesai menggoreng, sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam balang.


๐Ÿ’šAlhamdulillah . Dapatlah separuh balang gergasi.

Simpan Galah di tepi perigi,
Cuba lah.. Jangan tunggu lagi! ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

Isnin, 13 April 2020

Kuih siput kosong letak bawang

Guna bahan asas sahaja. Maklumlah semua nak kena jimat..

Dah tak boleh ke mana-mana ni mulut pun jadi nakal. Ia jadi cepat lapar nak mengunyah. Nak keluar selalu beli barang dan jajan bagai tidak sesuai. Jadi, kami pun buatlah kudapan sendiri. Hangpa tak mau kaa kudapan siput ni.. Sipu ni bukan sebarang siput. Hukum memakannya adalah harus. Kekehkeh.



KUIH SIPUT BAWANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
3/4 - 1 cawan air
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1/2 cawan bawang besar Holland - dicincang halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya

Jom..jom..jom..rajinkan diri anda.



Dalam sebuah bekas yang sesuai, masukkan 4 cawan tepung gandum, 1/2 cawan marjerin, 1 sudu kecil garam dan 3 sudu besar gula. Gaul hingga menjadi serbuk roti.



Buatkan lubang di tengah, pecahkan sebiji telur dan tuang air ke dalamnya.



Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau lembik, kena tambah tepung tau.




Kalau nak tambah bawang Holland cincang, bolehlah tambah sekarang. Pastu uli lagi sehingga rata.



Seeloknya bawang tu kena betul-betul halus supaya senang nak ditenyeh nanti. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€




Sediakan senjata untuk menyiput.



Sebelum tu kena sediakan dulang atau bekas yang sesuai. Tabur dulu dengan sedikit tepung gandym supaya siput tidak melekat di dulang.

Lepas tu cubit sikit adunan tepung, tenyeh dekat papan pencanai siput shingga ia membentuk seperti siput. Ulangi proses sehingga habis. Kalau buat sorang-sorang, mau lenguh pinggang, lenguh belakang juga. Better buar reramai.

Mak hencik minta budak-budak ni buatkan. Daripada dok ngadap tepon tu baik la korang buat siput mi. Nanti korang jugak yang nak makan.

Dah habis siap semua, bolehlah panaskan kuali yang mengandungi minyak yang agak banyak.


Siput digoreng dengan gembira sehingga masak.


Bila sudah masak, angkat siput-siput yang tidak bernyawa. Goreng yang lain sampai habis.


Toskan minyak. Biarkan ia sejuk sedikit kemudian baharulah dimasukkan ke dalam balang. Hurmmm.. nampaknya macam-macam saiz ada. Mungkin ikut saiz jari orang yang membuatnya..Hihihi

Sekarang bolehlah kita kunyah-mengunyah..

Bismillah..


Jumaat, 13 Disember 2019

Resepi Rempeyek yang Sangat Mudah

Nak buat Rempeyek ni mudah sahaja. Yang susahnya ialah nak cari kerajinan dan kesabaran tuh. Ada ke insan-insan di luar sana yang macam insan di sini. Yang rajin yakmat masa makan krup krap krup krap. Tapi time nak buat tu tunggu 2 ke 3 tahun baru buat sekali. 

Hahaha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Iols jer yang pemaleh.. Uols rajin-rajin belaka. Jangan ikut perangai 'rajin' iols ya.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Ni kali kedua dalam hidup nih buat rempeyek. Mujurlah resepinya memang menjadi. Jadi bolehlah kongsi-kongsi dengan uols semua. Mana tau kot-kot uols nak buat berniaga ker.. Nak buat untuk hari raya ker.. Nak menunjuk kat MIL ke.. (jangan ... Tak baik menunjuk tau.. Hi3)


Yang penting kalau nak buat tu kena tingkatkan kesabaran dan keimanan.. Panas dan berpoluh den dok menggoreng rempeyek ni wehhh
๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


RESEPI REMPEYEK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250 gm tepung beras
300 ml santan (lebih kurang 1 1/3 cawan santan)
1 cawan air
3/4 cawan udang kering
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 biji telur
5 biji bawang putih
2 sudu besar air kapur
2 cawan kacang tanah atau secukupnya
1/2 cawan ikan bilis dibelah dua
1 kg minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara untuk menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Mula-mula kita buat persediaan awal sebelum memasak dulu ya.


Sediakan kacang tanah. Kalau boleh pilih kacang tanah saiz kecil. Basuh bersih dan jemur supaya bila digoreng nanti akan mudah masak.


Kisar santan bersama ketumbar, jintan manis, jintan putih, udang kering, telur, garam, gula, bawang putih dan air kapur sehingga hancur.


Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang mengandungi tepung.


Gaul sehingga rata. Rasa dulu cukup tak masin dan manis. Sempurnakan rasa.


Tambahkan kacang tanah dan ikan bilis. Gaul rata.


Panaskan minyak. Ambil satu senduk kecil adunan dan tepekkan di tepi kuali.

Cuba buat satu senduk dulu. Kalau tebal, kena tambah air sikit. Kalau nipis sangat, kacang tak lekat lak, so kena tambah tepung beras sikit. Kalau dah OK tak yah lah dok memandai tambah apa-apa lagi. Ki3 ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Nanti bila dah garing sikit ia mudah jer tangga dari kuali panas tu. Kalau susah juga nak tanggal, jirus sikit dengan minyak panas tu. Nanti senang lah ia lekang dari kuali.


Biarkan ia dalam minyak panas.


Bila warna sudah keperangan, balik kan rempeyek.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak. Ulangilah proses menggoreng sehingga habis. Jangan ler risau pasal panas dan berpeluh ketiak tu ya.. Itu biasa... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Akhirnya... Siap juga.. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Dapat tiga balang. 2 balang besaq, satu balang sederhana besaq. Huntung tak agak-agak? Huhuhu

Jom rasa..

Bismillah..

Sambil tu tertanya-tanya.. Bila lagi saya akan buat rempeyek ni ya? Kikiki.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Jumaat, 29 November 2019

Maruku Kak Besah yang Rangup dan Sedap

Rangup dan sedap!

Perlukan kudapan semasa bersembang atau menonton televisyen? Inilah jawapannya.

Ni maruku melayu ni sebab letak udang kering dan cili kering. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


MARUKU KAK BESAH
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Kak Besah via MyRecipe

Bahan-bahan

1 bungkus tepung muruku segera
1 bungkus beras pulut
1 senduk nasi serbuk kari daging
1 senduk nasi bijan

๐ŸŒธ2 senduk nasi cili kering kisar
๐ŸŒธ1/2 senduk nasi udang kering
๐ŸŒธ7 biji bawang putih
๐ŸŒธ2 biji telur gred A
๐ŸŒธ2 cawan santan (Mak Hencik guna 1 kotak santan segera + 1 cawan air)
๐ŸŒธ1 sudu besar garam
๐ŸŒธ1 sudu besar gula (Mak Hencik bubuh 4 sudu besar)

Daun kari secukupnya
Minyak untuk goreng terendam

Bahan yang beranda ๐ŸŒธ hendaklah dikisar sehingga lumat.

Cara-cara membuatnya.
Jom...

Sebelum itu mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.


Antara bahan-bahan yang digunakan.


Daun kari dan daun pisang dari belakang rumah. Daun pisang tu untuk alas jer, kalau tak ada tak per.


Senjata untuk buat muruku. Pilihlah bentuk yang berkenan di hati. 


Senduk nasi yang Mak Hencik gunakan. Senduk nasi biasa jer. Agaknya kak Besah pun guna sudip canni gak kot. Heeee.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Dah ada semua bahan-bahan, marilah kita meneruskan misi. 


Langkah 1
Masukkan santan,air, bawang putih, udang kering, cili kering, garam dan gula ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.

Lepas tu masukkan telur dan kisar sebentar dalam 6 saat. Tutup suis.


Langkah 2
Di dalam besen yang sesuai, masukkan tepung muruku, tepung pulut, bijan dan serbuk kari. Gaul sehingga rata.


Langkah 3
Tuang bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung.


Gaul sehingga rata dan membentuk adunan yang lembut supaya senang untuk di tekan dengan acuan nanti. Kalau rasa adunan tu keras sikit, boleh la tambah sedikit air lagi. Kalau adunan keras, jenuhlah kita time nak menekan nanti.


Langkah 4
Masukkan adunan ke dalam acuan muruku. Tekan ke atas daun pisang.


Macam ni ler lebih kurang. Hehe. Buat banyak-banyak lah ya.


Langkah 5
Panaskan minyak dan masukkan maruku. Taburkan daun kari sekali. Gorenglah sehingga masak. Api sedang-sedang jer ya.


Kalau nak cepat, terus jer tekan  maruku ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Lepas tu tabur daun kari. Bila warna sudah keperangan, balikkan maruku dan biarkan sehingga masak.


Langkah 6
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Goreng sehingga habis.


Langkah 7
Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam balang. Untuk projek hari ini Mak Hencik dapat tiga balang besar.

Jom makan.

Bismillah..